Tuesday, June 22, 2010

Sempena Pelancaran IKRAM - Satu perkongsian perjalanan hidup 2

Di Lapangan Terbang Subang. Di sinilah ribuan pelajar
berangkat ke luar negara tetapi kemudiannya menerima
sentuhan dakwah Islam yang 'alami.

dihantar oleh keluarga - 7 Januari 1981

Adinda Zuraidah berangkat pada tahun 1984
di hantar oleh arwah Abah dan keluarga.

Bertemu jodoh di Konxville, Tennessee
21 Jun 1986.

Akad nikah oleh Syeikh Aiman Fateh. Iman
Muslim House, Knoxville dalam majlis yang
disaksikan oleh pelajar Malaysia dan
muslim community Knoxville.

Dua orang saksi rasmi - Sdr Satria (Wak Sat) dan Ramzuzaman.
Nampak Sdr Amran Sakir (di belakang). IKRAM Hulu Selangor


Sahabat-sahabat makan di dapur sahaja. Nampak Soofie Mohd Taib?
Salam,

Ketika video pengenalan IKRAM di tayangkan slaid yang kedua menyentuh tentang peristiwa 13 Mei 1969 yang mencetuskan idea kpd DEB (Dasar Ekonomi Baru). Di dalam melaksanakan misi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat maka kerajaan memberi tumpuan kepada pembinaan guna tenaga mahir di kalangan orang melayu/bumiputera. Hasil darinya pelajar-pelajar yang berpotensi di hantar ke luar negara untuk menuntut dalam pelbagai bidang pengajian. Bermula tahun 1974-75 maka bermulalah penghantaran pelajar ke UK.

Tetapi kesan penghantaran pelajar ini membawa natijah lain iaitu tumbuhnya kesedaran Islam yang kurang disenangi oleh Kerajaan Sekular Perikatan. Rupa-rupanya dunia barat khususnya UK menjadi tempat yang paling subur untuk menyebarkan fikrah Islam yang syumul dan alami. UK menjadi tempat pemastautinan dan juga destinasi belajar bagi pendukong-pendukong Ikhwan Muslimun (Mesir dan Timur Tengah) dan Jamaati Islami (Indo-Pakistan - yang diasaskan oleh Abu A'la Maudoodi). Pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan kesan pengaruh Islam kepada pelajar Malaysia. Ini termasuklah meletakkan mereka dalam program 'foster families' di kalangan rakyat British. Tetapi tidak juga mendatangkan hasil yang diharapkan. Gerakan Islam di kalangan pelajar mula mengorak langkah. Dua dari pertubuhan pelajar yang sering dicurigai oleh kerajaan ialah IRC (Islamic Rep. Council) dan Suara Islam. Mereka menghasilkan pelbagai pendirian yang dimuatkan di dalam lidah rasmi 'al-Furqan' dan dasar-dasar kerajaan dikritik dengan hujah-hujah yang mantap.

Sekitar tahun 1979-1980, Kerajaan mula menukar arah dalam memilih destinasi belajar di luar negara. Amerika Syarikat menjadi pilihan. Kemungkinan Universiti di AS berjauhan di antara satu sama lain dan musim cuti semester juga tidak sama menyukarkan pelajar untuk bertemu pada hujung minggu.

Aku dan Zuraidah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. aku berangkat pada bulan Januari 1981 dan Zuraidah pada tahun 1983. Aku ke Madison, Wisconsin dan adinda Zuraidah di Martin, Tennessee. Kami menerima sentuhan dakwah MISG (Malaysian islamic Study Group) dan akhirnya ditakdirkan bertemu jodoh di Knoxville Tennesse, 21 Jun 1986.

Ternyata penghantaran pelajar ke AS tidak membantutkan dakwah. Konvensyen MISG pada hujung tahun tetap dibanjiri oleh ribuan pelajar Malaysia dari serata ceruk US di manapun mereka berada. Dari California, New York dan Florida mereka datang dengan memandu sehingga dua hari dua malam untuk ke konvensyen MISG.

Di situ kami tetap menerima sentuhan dakwah 'IRC'. Tokoh-tokoh seperti Abu Urwah (Saari Sungib), Abu Iman (Dr Dzulkifli Mohd). Malah Abdul Rahim Ghous aktivis dari UK menyambung Mastersnya dalam bidang Chemistry dan Sociology di US. Kami turut dikunjungi oleh tokoh-tokoh PAS seperti Ust Abd Hadi Awang, Ust Nakhaei (sebelum beliau masuk UMNO). Sdr Anwar Ibrahim turut diundang. Bahkan Anwar dan Ust Hadi pernah diundang untuk berforum di konvensyen MISG selepas Anwar mengistiharkan masuk UMNO.
Kami turut mendapat sentuhan tokoh-tokoh dari Timur Tengah seperti Syeikh Tariq Suweidan, Syeikh Hussin Saqr, Syeikh Hassan at-Turabi. Bahkan Ust Umar Tilmisani (mursyid Ikhwan Muslimun) pernah hadir dan memberi ucapan.

Namun antara acara yang paling menarek dalam konvensyen MISG ialah majlis aqad nikah di antara pelajar Malaysia yang memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka dalam majlis gilang-gemilang itu dengan disaksikan oleh lebih dari 1,000 pelajar Malaysia. Keadaan ini kadang-kadang menimbulkan keresahan di kalangan ibu-bapa dan pegawai-pegawai MSD....

Bersambung insyaAllah.
Hafidzi Mohd Noor
Zuraidah Kornain

2 comments:

Asim Abdullah said...

Wah~ menarik menyoroti sejarah dakwah pakcik-pakcik dahulu...

teruskan...ana menanti sambungannya...huhu~

Unknown said...

Salam ya akhi. Entri yg menyentuh qalbu. Berada di era 40-50'an ini, bila amal menuntut masa dan qudrat yg banyak, siraman2 kenangan yg mengusik rasa spt ini bisa menghilangkan lenguh-lenguh diserata badan. Buat anak2 & adik2 moga menambah koleksi ilmu mereka, spt pepatah ikhwan : generasi baru bermula di mana generasi terdahulu berhenti. Semoga Dr dilimpahi AlLah kesihatan yg baik.

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc