Saturday, August 18, 2012

Perutusan Eid-ul Fitri 1433H Pengerusi Aqsa Syarif



Assalamualaikum wrt bth.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan 'Taqabalallahu minna waminkum' kepada semua kaum muslimin dan muslimat di mana jua mereka berada. Aqsa Syarif dan seluruh jentera penggerak dan sukarelawannya ingin mengajak umat Islam yang bergembira di pagi Syawal nanti supaya mengenang saudara-saudara seagama yang menyambut kedatangan syawal dengan penuh duka dan linangan air mata, khususnya umat Islam yang dilanda oleh peperangan di merata dunia terutama di Syria, bumi Palestin dan di Rohingya. Lebih 10 juta rakyat Palestin akan menyambut kedatangan Eid-ul-Fitri buat sekian kalinya di khemah-khemah pelarian dan dalam keadaan terkepung dan terjajah. Lebih dari lima juta rakyat Palestin kini menghuni khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan Gaza. Generasi pertama yang terusir dari tanah air mereka yang masih hidup kini menyambut Eid-ul-Fitr sebagai orang pelarian untuk kali yang ke 64. Selama enam puluh tahun mereka tidak pernah menjejak tanah air mereka dan kembali ke rumah-rumah mereka. Di saat umat Islam di Malaysia sedang teruja untuk balik ke kampung halaman masing-masing, umat Islam di Palestin hanya dapat mengimbau kenangan lalu. Bahkan sebahgian besar dari generasi ketiga yang dilahirkan di khemah-khemah pelarian langsung tidak punya gambaran sedikitpun tentang kampung halaman mereka di Palestin.

Bagi umat Islam yang berada di Gaza pula, keadaan lebih getir kerana sehingga kini mereka masih lagi berada dalam keadaan terkepung oleh regim Zionis. Mereka hidup dalam serba kedaifan dengan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang amat terhad. Mereka juga seringkali bergelap kerana terputus bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api yang disekat oleh Israel. Dalam keadaan ekonomi yang lumpuh dan bekalan yang terputus mereka diserang bertalu-talu oleh tentera zionis secara biadap. Sehingga kini penduduk di Gaza masih terdedah kepada serangan Israel yang boleh berlaku tanpa sebarang amaran. Setiap kali serangan berlaku mereka tidak akan mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan dari negara-negara umat Islam yang bertetangga dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Mereka seolah-oleh menjadi objek di lapang sasar bagi tentera zionis Israel.

Rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis pula terpaksa berhadapan dengan pelbagai sekatan pergerakan. Ini termasuklah pos-pos kawalan tentera dan sekatan jalan yang diadakan secara sewenang-wenangnya. Kini sebuah tembok pemisah yang panjangnya melangkaui 800 km memisahkan rakyat Palestin dari ladang mereka, telaga air dan meyukarkan anak-anak untuk ke sekolah dan menghadkan pergerakan rakyat Palestin. Tembok konkrit yang tingginya mencecah 10 m ini dibina untuk menguasai lebih banyak wilayah dari Tebing Barat. Di samping itu projek-projek perumahan Yahudi terus bercambah di Tebing Barat dan Baitul Maqdis setelah penghuni-penghuni Arab yang bermastautin di sana diusir dan tanah-tanah mereka di rampas. Senario pembinaan penempatan haram Yahudi ini terus rancak berjalan meskipun Israel terikat dengan beberapa penjanjian damai termasuklah Konferens Annapolis pada penghujung tahun 2007 yang meletakkan syarat agar Israel menghentikan aktiviti penempatan Yahudi. Semua ini hanyalah helah untuk memastikan bahawa penyelesaian dua negara yang dicanang ke seluruh dunia tidak akan menjadi kenyataan dan mustahil untuk dilaksanakan. Impian untuk melihat negara Palestin yang merdeka akan terus tinggal impian.

Bagi umat Islam di Baitul Maqdis pula mereka terus dinafikan hak untuk menziarahi dan memakmurkan Masjid al Aqsa. Pelbagai sekatan dikenakan keatas umat Islam yang ingin menziarahi masjid. Mereka meletakkan had umur tertentu sahaja yang dibenarkan memasuki masjid termasuklah pada bulan Ramadhan. Umat Islam bersolat di perkarangan masjid dan di luar tembok al Aqsa di bawah muncung-muncung senapang tentera zionis. Penghinaan yang menyolok mata ini amat mencabar kesabaran umat Islam yang ingin memuliakan dan memakmurkan tanah suci dan masjid ketiga paling dimuliakan dalam Islam.

Inilah senario yang melatari sambutan Eid-ul-Fitri di bumi Palestin yang terjajah. Meskipun mereka berhadapan dengan pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman serta tidak mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan, umat Islam di Palestin tetap bersyukur kerana mereka telah dipilih di kalangan umat Islam untuk mempertahankan tanah suci ke tiga umat Islam. Mereka tidak pernah berputus asa bahkan mereka merasa amat mulia kerana berada di dalam kedudukan yang sedemikian. Mereka yakin dengan hadis Rasulullah SAW yang menyebut bahawa mereka sedang berada di bumi 'Ribat - bumi peperangan untuk mempertahankan Islam. Mereka adalah para mujahid dan mujahidah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW lewat beberapa hadisnya. Bahkan Nabi SAW menggambarkan umat akhir zaman yang berada di Baituil Maqdis tidak akan berganjak dari kedudukan mereka dan mereka tidak akan merasa lemah meskipun di khianati.

Aqsa Syarif kini amat bersyukur dengan sokongan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin samada di Gaza atau di Baitul Maqdis. Alhamdulillah, hari Raya Eid-ul Fitri pada tahun ini akan disambut oleh 39 sukarelawan Aqsa Syarif yang dipimpin oleh Prof Madya Ust Hasanuddin Muhd Yunus di bumi Gaza. Sukarelawan yang menyertai misi A2G8 kini bersama-sama NGO-NGO Palestin lantikan Aqsa Syarif di Gaza mengagih-agihkan pelbagai bentuk bantuan kepada penduduk Gaza berupa Ramadan Gift pack, iftar, agihan bantuan persekolahan, bungkusan sumbangan Aidil Fitri untuk para pesakit, bantuan kepada mangsa yang tercedera dan mengalami kecacatan akibat serangan Isreal dan bantuan membaik pulih rumah keluarga miskin. Beberapa projek baru seperti kilang roti kedua, pembinaan pusat kesihatan, melengkapkan beberapa sekolah dengan kemudahan musolla, pembinaan pusat komuniti wanita, suntikan modal tambahan untuk projek mikro kredit dan modal permulaan projek village industri Malaysia-Palestin juga dilaksanakan di bawah inisiatif misi A2G8. Alhamdulillah sumbangan dan projek-projek ini melibatkan sumbangan hampir RM 3 juta dari rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif. Ini adalah antara bukti umat Islam di Malaysia khususnya berdiri teguh di belakang perjuangan rakyat Palestin. Rakyat Malaysia insaf bahawa saudara-saudara mereka di Palestin telah mengambil tanggungjawab seluruh umat Islam dan memikulnya di atas pundak-pundak mereka sehingga mereka kehilangan anak-anak, ayah, suami, isteri dan ibu yang syahid pada jalan Allah.

Sesuai dengan pencapaian yang amat memberangsangkan ini, maka Aqsa Syarif menyeru umat Islam yang telah dilatih untuk bermujahadah selama sebulan dalam bulan Ramadhan  supaya meningkatkan sokongan kepada perjuangan pembebasan al-Quds dan bumi Palestin dari cengkaman musuh-musuh zionis. Hidupkanlah semangat Ramadhan dengan menyahut seruan Allah SWT untuk berjihad pada jalanNya dengan harta dan jiwa demi mencapai taqwa dan keredhaan Allah SWT. Segala yang disumbangkan samada dalam bentuk wang ringgit, masa dan tenaga untuk menyokong pelbagai program kempen kesedaran perjuangan Palestin amat besar maknanya di dalam menjana perjuangan berterusan. Semua ini dengan izin Allah SWT akan mencipta sebab-sebab yang membawa kepada kemenangan. Baitul Maqdis akan kembali ke pangkuan umat Islam dan kezaliman dan penindasan golongan zionis akan dihapuskan dengan keadilan Islam. Sejarah kembalinya Baitul Maqdis kepada umat Islam di bawah kepimpinan Salahuddin Al-Ayyubi akan berulang. Bukan sahaja Baitul Maqdis akan kembali merdeka dari pendudukan Yahudi bahkan seluruh kemanusiaan akan menghirup udara kebebasan dan mengecap keadilan sejati.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif
1 Shawal 1433H/19 Ogos 2012

Monday, July 9, 2012

Cdgn teks khutbah 14 jun sempena Hari Untuk Syria


KHUTBAH SEMPENA KEBANGKITAN RAKYAT SYRIA
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan dari Rasulullah SAW. Ada sebahagian dari umat ku mereka tidak akan berhenti berjihad di pintu-pintu masuk Damsyik dan di pintu Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya. Pengkhianatan dan pembelotan sesiapa yang membelot tidak akan memudaratkan mereka sedikit jua. Mereka akan tetap menang, istiqamah, sehingga tibanya saat kiamat. – at-Tabarani.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Hadis ini menggambarkan tentang hubungkait di antara jihad di Damsyik dan Baitul Maqdis. Syeikh Raed Solah, pemimpin gerakan Islam Palestin 1948 apabila ditanya di dalam muktamar Bantuan untuk Syria anjuran Rabitah Ulama al-Ittihad al-Alami lil-Ulama al-Muslimin (Persatuan Ulama Muslimin sedunia) dan Rabithah Ulama Suria, apakah kaitan di antara Baitul Maqdis dan Syria, beliau jawab rengkas ‘Hari ini Damsyik, esok Baitul Maqdis’.
Siapakah Syeikh Raed Solah? Beliau adalah pemimpin umat Islam yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan Masjid al-Aqsa dan Kota lama (Madinatul Kadima) di Baitul Maqdis dari pencerobohan dan ancaman Zionis Israel. Beliaulah orang yang membongkar aktiviti penggalian terowong di dasar Masjid al-aqsa dan figure yang paling dikehendaki oleh Israel kerana menggagalkan perancangan jahat mereka untuk mengambil alih masjid al-Aqsa yang ditawan sejak 47 tahun yang lalu iaitu pada bulan Jun 1967. Beliau yang berada di tengah-tengah medan jihad yang utama iaitu menjaga Masjid ketiga paling tinggi darjatnya di dalam Islam dari pencerobohan Israel, berada di dalam muktamar yang membincangkan tentang perjuangan yang sedang berlangsung di bumi Syria. Ini menunjukkan bahawa beliau meletakkan kepentingan yang sangat besar terhadap apa yang berlaku di Syria, meskipun beliau diamanahkan untuk menjaga sisi yang paling penting dalam jihad mempertahan dan membebaskan Masjid al-Aqsa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Hari ini umat islam berhadapan dengan satu persoalan lagi tentang pergolakan di timur tengah. Pembunuhan yang berlaku ke atas rakyat Syria kini mengundang pelbagai reaksi umat Islam. Apa sebenarnya yang berlaku di Syria sehingga pandangan umat islam tak dapat disatukan. Ada yang melihat ini sebagai isu dalaman Syria dan Negara lain termasuk Negara umat Islam tidak perlu campurtangan. Biarlah pihak keselamatan Syria dan Kerajaannya menangani isu yang berlaku. Ada yang menganggap pergolakan ini dicetus oleh tangan-tangan kuasa barat bahkan Israel dan umat Islam jangan terpancing dengan agenda barat yang mahu melihat tumbangnya Regim Basyar Assad. Syria dikatakan satu-satunya Negara Arab yang menjadi ancaman kepada Israel dan dengan itu barat berusaha untuk menggantikan kerajaan Basyar Assad dengan kerajaan  tajaan barat yang tidak akan menjadi ancaman kepada Israel. Agenda ini penting terutama apabila sekutu Israel yang bolih diharapkan selama ini iaitu Regim Husni Mubarak di Mesir telah ditumbangkan. Keadaan ini menjadi semakin genting apabila calun dari gerakan Ikhwanul Muslimin iaitu Dr Muhammad Mursi dipilih sebagai Presiden Mesir. Benarkah pandangan ini?
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Pertimbangkan perkembangan ini. Bilangan rakyat Syria yang terbunuh kini sudah mencecah 90,000. Pembunuhan ini turut melibatkan kanak-kanak kecil bahkan bayi sekalipun. Maklumat yang diperolehi menunjukkan di antara 50 sehingga 100 orang terbunuh, dengan purata hampir 10 darinya adalah kanak-kanak setiap hari. Pembunuhan ini pula berlaku dengan cara-cara yang sangat kejam dan melibatkan penggunaan senjata berat termasuklah dengan menggunakan kereta kebal, pengeboman dengan jet pejuang dan tembakan roket. Kanak-kanak dibunuh dengan cara disembelih hidup-hidup, dipukul dan dikeluarkan isi otaknya. Wanita diperkosa dan kemudian dihumban dari atas bumbung bangunan. Rakyat tidak mungkin melakukan kekejaman ini. Sekiranya mereka hendak menumbangkan kerajaan Basyar Assad kenapa mereka mesti pembunuh kanak-kanak dengan cara yang sadis dan penuh kebinatangan. Sekiranya kebangkitan rakyat Syria didalangi oleh kuasa-kuasa barat dan Israel, kenapa tentera kerajaan tidak melindungi rakyat Syria dari serangan ganas ini. Dan satu persoalan yang wajar difikirkan oleh semua, rakyat yang tidak berdosa menjadi sasaran senjata berat seperti kereta kebal dan jet pejuang. Dan kini sudah ada bukti bahawa tentera Syria menggunakan gas sarin yang beracun ke atas sasaran orang awam. Bukankah ini bukti jelas bahawa tentera Basyar Assad digunakan untuk membunuh rakyatnya sendiri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.,
Pada tahun 1982, satu tragedy pembunuhan yang lebih dahsyat telah berlaku berbanding sekarang. Dalam tempoh satu bulan iaitu pada bulan Februari 1982, regim Hafez Assad, bapa kepada Basyar Assad telah membunuh 45,000 rakyatnya di Hamma. Tragedi ini tidak diketahui kerana ketiadaan teknologi maklumat untuk menembusi kawalan berita yang begitu ketat di Syria pada zaman itu. Hari ini maklumat tidak dapat dibendung lagi sehingga Thaurah atau kebangkitan rakyat merebak dari Tunisia sehingga Syria melalui Media Sosial dan internet.
Sebenarnya rakyat Syria sudah terlalu lama hidup di bawah kezaliman yang mencengkam sejak tahun 1970’an lagi. Kezaliman yang menekan rakyat Syria sama seperti kezaliman yang berlaku di Tunisia di bawah pemerintahan diktatar Habib Bourguiba dan pengganti nya Zainal Abidin Ben Ali sejak tahun 1960’an, begitu juga Libya yang diperentah secara kuku besi oleh Muammar Ghadaffi sejak tahun 1961, dan Mesir yang hidup di bawah kezalimn King Farouk, Gamal Abdul Nasser dan Hosni Mubarak yang membunuh dan memenjarakan ulama dan pendukong dakwah terutama ikhwan al muslimin sejak tahun 1940’an lagi. Namun apa yang berlaku di Syria adalah jauh lebih kejam dan zalim lagi. Ini adalah kerana Regim Basyar Assad dikuasai oleh golongan Nusayriah – satu cabang melampau aliran Syiah. Agama Nusayriah adalah disebarkan 200 tahun selepas wafatnya Rasulullah SAW. Mereka sebagaimana golongan Syiah telah mensucikan Ali bahkan dengan menggabungkan dengan ajaran Kristian dan Majusi. Oleh kerana itu kebencian mereka kepada umat Islam Sunni yang merupakan majority rakyat Syria iaitu 78% memuncak apabila rakyat bangkit menentang kezaliman Basyar Assad. Kekufuran mereka amat jelas apabila tentera Assad memaksa rakyat Syria untuk mengucapkan kalimah kufur dengan syahadah ‘As-syahadu alla ila ha illa Basyar’ (Nauzubillah). Kerana itu kita lihat kebencian ini diluahkan dalam bentuk pembunuhan ke atas kanak-kanak tanpa sebarang belas kasihan. Bahkan mereka menembak menara-menara masjid sama sebagaimana yang dilakukan oleh Israel di Gaza, memperolok-olokkan solat umat Islam, membakar al-Quran bahkan mencemarkan masjid.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
 Rasulullah saw. bersabda : “ Pusat kepimpinan kaum Muslimin pada hari peperangan yg paling besar adalah di sebuah negeri yg bernama Ghuthah, yg mana di negeri itu terdapat sebuah kota yg bernama Damsyik (Damaskus), ia merupakan tempat tinggal yg terbaik bagi kaum Muslimin pada waktu itu”. (Hadis riwayat Iman Ahmad, Abu Daud disahkan oleh Al-Abani dlm soheh Al-Jami’)
Meskipun hadis ini tidak semestinya merujuk kepada apa yang berlaku di Syria pada hari ini, namun ia memberikan dorongan yang cukup kuat bagi rakyat Syria untuk berjihad. Mereka melihat apa yang berlaku saat ini adalah pertentangan di antara al-Haq dan bathil. Ini jugalah yang mendorong Syeikh Raed Solah untuk mengaitkan Damsyik dan Baitul maqdis di dalam jihad untuk membebaskan baitul maqdis dan bumi Palestin. Kezaliman melampau yang digunakan oleh Ragim Basyar Assad mendorong rakyat Syria untuk kembali kepada Allah dan Rasulnya. Begitu banyak pengalaman yang dikongsikan di medan bagaimana rakyat Syria mula kembali kepada Islam yang sebenar dan berlindung dengan kekuasaan Allah yang Maha Kuat dan Maha Perkasa. Sehingga ada seorang pemuda yang sepanjang hayatnya tidak pernah solat apabila dipaksa untuk sujud kepada potret Basyar Assad beliau mengatakan ‘Sepanjang usiaku aku tidak pernah sujud kepada Allah, bagaimana mungkin aku akan sujud kepada seorang manusia.?” Dan ada seorang kanak-kanak yang kehilangan ke dua tangannya dan buta sebelah matanya berkata dengan penuh yakin ‘Aku bersyukur kepada Allah kerana aku mempunyai sebelah mata lagi untuk melihat kejatuhan Basyar Assad”. Dan syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi mengatakan beliau akan turun ke Damsyik dan akan bersolat Jumaat dan berkhutbah di sana apabila rakyat Syria Berjaya di dalam perjuangan mereka yang beliau anggap suatu yang pasti akan berlaku insyaAllah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Beberapa fatwa telah disepakati oleh 400 delegasi ulama sedunia yang berkumpul di Istanbul pada 1 – 3 Julai 2012 yang lepas. Mereka secara rengkasnya memutuskan:
1)      Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman. Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam untuk membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.
2)      Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan samada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria yang telah berjihad dan berjuang melawan regim Basyar yang zalim.
3)      Merupakan kewajipan untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran. Maka, tidak ketinggalan kepada para alim ulama' dan juga pemikir Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan mereka terhadap kebangkitan rakyat Syria. Dan haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman demi kezaliman berlaku di Syria
4)      Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada regim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.

Dan terkini Syeikh Dr Yusuf Qardhawi telah mengeluarkan pandangan yang sangat tegas terhadap Iran dan Hizbullah yang mengirimk tentera untuk membantu Regim Basyar Assad membunuh rakyatnya. Dr Yusuf Qardhawi tidak teragak-agak untuk menggelar Hizbullah sebagai Hizbusyaitan. Bahkan beliau telah memuji ulama Saudi yangt lebih tegas dari beliau dalam memberikan pandangan lebih jelas terhadap persekongkolan Syiah Iran dan Nusairi Assad.

      قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ {26}

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ali Imran: 26.



بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sunday, June 10, 2012

Cadangan Teks Khutbah Sempena Isra Mikraj 1433H


Cadangan Teks Khutbah sempena Isra Mikraj: Membebaskan Baitul Maqdis

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Memperingati peristiwa Isra’ Mikraj bererti memperingati perjuangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan satu misi yang mengambil masa selama 23 tahun. Seerah ataupun perjalanan hidup Rasulullah SAW ini merupakan khazanah yang tidak ternilai kepada umat Islam yang melaksanakan misi yang telah diwariskan kepada umat yang datang kemudian. Ini ditegaskan di dalam khutbah wida' (haji perpisahan) ketika Nabi berpesan 'hendaklah mereka yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir agar yang tidak hadir lebih memahami. Mereka yang tidak hadir itu ialah umat Islam yang datang silih berganti dari satu generasi kepada satu generasi dan mereka semua dituntut untuk memahami tugas yang diamanahkan kepada mereka iaitu menyeru kepada al-khair (Islam), menyuruh kepada ma'ruf dan menghalang dari kemungkaran. Inilah misi besar yang ditaklifkan ke atas umat Islam sepanjang zaman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Untuk meneruskan misi ini kita berhajat kepada panduan yang terdapat di dalam seerah. Seerah mengandung prinsip-prinsip perjuangan yang memandu umat Islam untuk memikul tugas yang maha berat ini. Seerah adalah gambaran terhadap apa yang bakal dilalui oleh mereka yang mahu meneruskan perjuangan Nabi SAW.

Peristiwa Isra’ Mikraj pastinya berkait rapat dengan tanah suci al-Quds di Palestin. Sudah tentu peristiwa besar yang dialami Rasulullah SAW ini sangat relevan di dalam memahami tuntutan perjuangan membebaskan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa yang merupakan tempat singgahnya Nabi dalam perjalanan Isra’ Mikraj yang penuh baroqah. Dalam konteks ini kita dapati banyak persamaan di antara peristiwa yang berlaku pada hari ini dengan apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW sendiri. Rakyat Palestin pada hari ini ditindas dan dizalimi oleh zionis Israel. Mereka dikenakan sekatan perjalanan, penyingkiran dari tanah-tanah milik mereka, kepungan oleh tembok-tembok pemisah dan terakhir sekatan ekonomi dan penutupan laluan darat, udara dan laut di Gaza. Semua bentuk kezaliman dan penindasan ini pernah ditimpakan ke atas Rasulullah SAW dan komuniti mukmin oleh orang-orang Quraish. Bahkan seluruh Bani Hasyim dan Bani Abu Talib yang mempunyai hubungan keluarga dengan Rasulullah SAW diboikot samada mereka muslim atau sebalinya. Ini bererti sesiapa juag yang menyokong atau melindungi Rasulullah SAW walaupun mereka bukan dari kalangan umat Islam turut menerima akibat dan dipulau sama.

Seluruh penduduk Mekah membuat perjanjian untuk memboikot, memulau, tidak bersilaturrahim, tidak berjual beli, tidak berkahwin dengan mereka. Selama tiga tahun lamanya mereka dipinggirkan di Shiib (lembah) Abi Talib. Keadaan menjadi begitu genting sehingga anak-anak menangis kelaparan pada waktu malam dan mereka terpaksa mengalas perut dengan kulit unta dan kulit-kulit kayu. Rasulullah SAW dikhianati dan dianiaya oleh penduduk Mekah termasuk bapa saudara Nabi sendiri iaitu Abu Lahab. Apabila kita bandingkan dengan apa yang berlaku pada hari ini maka kita akan dilihat persamaan yang amat ketara. Bukan sahaja rakyat Palestin dikepung dan dipulau oleh masyarakat antarabangsa yang didalangi oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Rusia dan PBB bahkan mereka dikhianati oleh pemimpin-pemimpin Arab. Dalam keadaan rakyat Gaza diserang bertalu-talu oleh zionis Israel, pemimpin-pemimpin Arab mengambil sikap acuh tak acuh atau tidak bersungguh-sungguh untuk menghalang serangan. Bahkan Mesir mengambil sikap menutup sempadan dan menghalang rakyat Gaza yang tercedera menyederang masuk ke Mesir untuk mendapatkan rawatan. Semua drama yang pahit ini telah kita saksikan di Gaza. Ini jugalah yang dialami oleh Rasulullah SAW. Dek kerana tidak tertahan mendengar rintihan anak-anak maka ada di kalangan orang-orang Quraish yang tidak sampai hati dan menyusup pada waktu malam untuk menghantar makanan. 

Namun seerah menunjukkan pemulauan ke atas Rasulullah SAW adalah merupakan siri-siri awal kepada kemenangan yang bakal ditempa oleh umat Islam. Boikot ini berakhir setelah tiga tahun dan diikuti pula dengan pelbagai bentuk penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Rasulullah SAW. Ini termasuklah kematian Abu Talib dan isteri tercinta, Sy Khadijah RA yang merupakan tonggak utama kepada Rasulullah SAW. Ini disusuli dengan peristiwa menyayat hati apabila Rasulullah diusir dari Taif dan dilontar dengan batu. Dalam saat-saat yang amat menekan inilah Rasulullah SAW dikurniakan mukjizat yang amat besar iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj. Dalam peristiwa bersejarah ini Nabi singgah di Masjid Al-Aqsa sebelum meneruskan mikraj ke Sidratul Muntaha.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Al-Isra’ 1
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Perjalanan ini punya makna yang sangat simbolik dalam perjuangan Palestin pada hari ini. Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj bermulalah pertemuan dengan penduduk Yathrib yang membawa kepada perjanjian Aqabah I dan II yang disusuli dengan hijrah dan pemasyuran Yathrib sebagai Kota Madinatul Nabi. Bermula dari saat itu kemenangan demi kemenangan ditempa sehingga cahaya Islam memancar ke seluruh ufuk timur dan barat. Kesemua ini menunjukkan kepada kita bahawa kemanangan bakal datang setelah pelbagai ujian dan mehnah dilalui oleh umat Islam di palestin.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj juga mengingatkan kita kepada gambaran-gambaran akhir
zaman yang telahpun dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Beriman dengan Rasul bererti beriman dan meyakini dengan berita-berita ghaib yang disampaikan oleh baginda, samada menyangkut tentang peristiwa masa depan apatah lagi tentang hari Qiamat. Berkaitan tentang peristiwa masa depan yang bersangkutan dengan Palestin, terdapat begitu banyak perkhabaran-perkhabaran yang disampaikan oleh Nabi. Sepatutnya perkhabaran-perkhabaran ini menguatkan azam dan keyakinan umat Islam tentang jihad yang sedang berlaku di palestin. Malangnya umat Islam pada hari hilang punca apabila berhadapan dengan isu Palestin. Sebabnya ialah kita tidak lagi menggunakan neraca iman dalam menilai perjuangan Palestin. Sebaliknya kita menggunakan penilaian kebendaan dan seringkali menyalahkan rakyat Palestin tanpa melakukan apa-apa untuk membantu mereka. Walhal apa yang saksikan pada hari ini telahpun digambarkan oleh Rasulullah SAW.

Nahik Ibn Suraym al-Sakuni r.a. menyampaikan dari Rasulullah SAW, baginda bersabda “kamu akan memerangi golongan kafir sehingga yang tinggal akan berperang di Sungai Jordan, kamu berada di sebelah timur (Jordan pada hari ini) dan mereka berada di sebelah baratnya (Tebing Barat – Palestin yang dijajah Israel).”

- Ibnu Hajar al-Asqalani.

Rasulullah SAW bersabda berhubung dengan penduduk tanah suci al-Quds, “Mereka dan isteri-isteri mereka, anak-anak dan hamba sahaya mereka berada dalam ribat (kubu) di jalan Allah”

- Al-Tabarani.

Masjid al-Aqsa pasti akan dibebaskan. Sama ada umat Islam peduli atau tidak tentang keadaan masjid al-Aqsa yang terkepung pada hari ini. Hakikatnya mereka yang berjihad untuk melindungi dan mempertahankan tanah suci akan dimuliakan oleh Allah dan mereka akan dijanjikan kemenangan. Sedang mereka yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad yang merupakan kewajipan setiap umat Islam ini pastilah akan rugi dengan kerugian yang tak mungkin dapat ditaksir di dunia dan di akhirat. Semuga Allah membuka hati kita dan memilih kita untuk berada di dalam saf umat Islam yang berjihad untuk membebaskan masjid al-Aqsa.
Muawiyah bin Abu Sufyan menyampaikan Rasulullah SAW bersabda, “Akan ada di kalangan umatku yang akan terus berada di atas jalan kebenaran. Tiada sesiapa yang menentang mereka dapat menyakiti mereka sehingga tiba hari kiamat”, Para sahabat bertanya, “Di mana mereka ya Rasulullah?” Rasulullah SAW jawab, “Mereka berada di baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hari ini kita menyaksikan cahaya kemenangan sudah mulai kelihatan. Amat benarlah janji Allah. Kepalsuan tidak dapat dipertahan dan pasti musnah. Hakikat ini sedang kita saksikan pada hari ini. Regim-regim Arab yang melindungi Israel ditumbangkan satu demi satu. Masyarakat antarabangsa terutama dari barat kini berada di barisan hadapan membela rakyat Palestin bahkan bersedia untuk berkorban apa sahaja untuk membantu rakyat Gaza yang terkepung. Semua ini adalah bukti bahawa perjuangan untuk pembebasan Tanah suci pastinya akan mendapat pembelaan berterusan dari Allah sehingga kejayaan di capai sepenuhnya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif
10 Jun 2012/21 Rejab 1433H

Tuesday, June 5, 2012


Forty-five years on: Aqsa Syarif Remembers an-Naksah (The Setback of June 1967)

Aqsa Syarif Remembers an-Naksah (The Setback of June 1967)
As an expression of commitment and continuous solidarity with the Palestinians in their legitimate struggle against the Zionist occupation, Aqsa Syarif would like to call upon each and every Malaysian citizen and the international community to reflect on the event of 5th – 10th June 1967. These dates marked the military and political defeat of the Arab regimes at the hands of the Zionist in what is popularly known as the six-day war or an-Naksah (Setback in Arabic).
The defeat of the Arab countries spearheaded by the United Arab Republic (Egypt), Syria and Jordan, and assisted with men and material by Arab Saudi, Algeria, Iraq, Maghribi and Tunisia did not only resulted in colossal loss of life and military equipments, but also brought about the occupation of the West Bank, the Gaza strip, East Jerusalem, The Golan Heights and The Sinai Peninsula. The status of the occupied territories as it stands today can be traced back to the events of June 1967. Today, The Sinai Peninsula has been returned to Cairo under the Camp David Peace deal between Israel and Egypt in 1978. In return, the Palestinians in Gaza have to pay a heavy price, i.e. the only lifeline into Gaza from Egypt at the Rafah crossing comes under the purview of Israel. Following the siege laid on Gaza since 2007 and the barbaric massacre of December 2008 – January 2009, the crossing has remained effectively closed, up until only recently in the wake of the sweeping political change that has seen the removal of the Egyptian Prime Minister Hosni Mubaraq from office.
The dates will also live in infamy as Zionist army marched into and desecrated the al-Aqsa Mosque, an act which is denounced by all religious faiths and fraternities. Since 1967, Israel has committed a series of sacrilege mosque and churches in the neighbourhood of the old city of Jerusalem and throughout the West Bank. One of these outrageous act was the attack by IDF (Israeli forces) on the Church of Nativity in Bethelhem, the birth place of Jesus (Isa a.s.) in 2002. The Zionist regime also trampled on the declaration made by the League of Nations, the predecessor to the United Nations that accorded the Buraq Wall as a Islamic Heritage by turning it into the Kottel or the Wailing Wall.
In November in the same year the United Nations general assembly has convened and passed the UN Resolution 242 which dictates Israel to withdraw back to the Green line as stipulated by the Rhodes Armistice of 1949. It means, Israel must return to the borders prior to June 1967 and relinquish all occupied territories in the 1967 incursions. Today, after 44 years, the West Bank and East Jerusalem remain under occupation and Gaza remains under debilitating siege. Four decades of occupation has caused the most deplorable living conditions in the occupied territories. The Palestinians in the West Bank are now living in cantonments, their land now criss-crossed by the separation wall which disrupts their daily lives and movements. On top of this, they are subjected to countless roadblocks and military checkpoints which only serve to harass them on a daily basis. They have become ‘displaced’ in their own land, a situation not far off than that endured by 5 million or so Palestinian refugees of the 1948 war in neighbouring Arab countries.
Far from having any respect for international laws and basic human rights as enshrined in the United Nations Charter, the Universal Declaration of Human Rights 1948 and the 4th Geneva Convention of 1949, the Zionist regime has committed appalling abuse on human rights by arbitrary detention, revoking of citizenship, home demolitions and land confiscations. All these were done under the pretext of establishing the Jewish State of Israel. Amidst international protests and scores of the so-called peace negotiations, Israel remain defiant and continue to engage in settlement activities in the West Bank and in the Palestinian neighbourhood of Jerusalem.
In the light of remembrance of an-Naksah, Aqsa Syarif appeals to the Arab and Islamic countries to take stock of the humiliating setback of June 1967. Today after decades of iron fist rules across the Arab hinterlands, the people of the middle east and the Palestinians in particular can heave a sigh in relief. The Egyptian people is now empowered to relief and deliveers their brethren in Gaza from the crippling siege. The interim government of Egypt has announced that the gates at Rafah will be kept open indefinitely and in the true spirit of solidarity, Egypt will set up a consulate in Gaza, despite of the US assurance to Israel that every effort to recognize Palestine as a sovereign state by the UN will be frustrated.
Forty six long years of occupation and denial of the Palestinians of their rights to a homeland and self determination is long enough to set in motion an overwhelming public opinion drive and a strategic political move to end the predicament and the sufferings.
Aqsa Syarif appeals to the international community to join hands and end the occupation of Palestinian land. Aqsa Syarif would like to remind the whole world that the sinister objectives of the Zionist agenda are not only a threat to the Palestinian existence but it is also a threat to the harmony and peace of the whole world.
Dr. Hafidzi Mohd Noor
Chairman
Aqsa Syarif Bhd.
Aqsa Syarif is a charity organization for the Palestinian cause

Monday, June 4, 2012

GMJ - Perutusan Aqsa Syarif Sempena Ulangtahun an-Naksah ke 46





Perutusan Sempena Ulangtahun an-Naksah ke 46

Assalamualaikum wrt bth

Dengan nama Allah maha pemurah lagi maha pengasihani

Bagi umat Islam khususnya, tarikh 5 – 10 Jun 1967 menandakan tahap yang paling rendah dalam sejarah kerana Masjid al-Aqsa kembali terjajah setelah ianya dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi kira-kira seribu tahun yang silam.

Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya untuk memperingati satu lagi insiden dalam siri tragedi bertimpa yang dilalui oleh rakyat Palestin. Sembilan belas tahun selepas peristiwa Nakbah, rakyat Palestin melalui satu lagi peristiwa pahit yang dikenali sebagai an-Naksah atau ‘hari kekalahan’. Peristiwa an-Naksah merujuk kepada Perang enam hari yang berlangsung dari 5 hingga 10 Jun 1967 di antara Negara-negara Arab dan Israel. Dalam tempoh sesingkat enam hari 3 negara Arab iaitu Mesir, Syria dan Jordan kehilangan wilayah dan mengalami kemusnahan yang besar dari sudut ketenteraan. Bahkan dalam tempoh tersebutlah Masjid al-Aqsa ditawan oleh tentera Israel dan terus terjajah sehingga hari ini.

Pada 8 Jun Mesir kehilangan seluruh Semenanjung Sinai yang merupakan satu kekalahan yang besar dan memberi kelebihan strategik kepada Israel untuk terus menguasai Selat Tiran yang mengawal laluan ke Laut Merah. Jalur Gaza yang dikuasai oleh Mesir sejak tahun 1948 juga jatuh ke tangan musuh.Tentera Israel juga memasuki Kota lama Baitul Maqdis dan menduduki Masjid al-Aqsa pada 7 Jun, seterusnya mara ke Sungai Jordan dan menguasai seluruh Tebing Barat yang ditadbir oleh Jordan. Apabila Mesir dan Jordan bersetuju dengan gencatan senjata yang diputuskan oleh PBB pada 8 Jun, seluruh Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat sudah diduduki oleh tentera Israel. Syria juga memilih untuk patuh dengan gencatan senjata pada 9 Jun, namun Israel terus menceroboh wilayah Syria dan menduduki Tanah Tinggi Golan sehingga kini. Menjelang 10 Jun, Israel menguasai wilayah yang keluasannya ialah dua kali ganda dari Negara haram Israel yang didirikan ke atas wilayah Palestin pada tahun 1948. Wilayah tersebut meliputi Baitul Maqdis timur, Tebing Barat, Jalur Gaza, Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan.

Bagi umat Islam, 7 Jun adalah tarikh yang amat memilukan kerana pada tarikh tersebutlah Masjid al-Aqsa kembali terjajah. Tentera Israel memasuki masjid al-Aqsa yang mulia dan mencemarinya dengan pelbagai perbuatan biadap. Mereka bersorak menghina umat Islam dengan melaungkan Khaibar! Khaibar! Mereka menganggap pada hari tersebut penghinaan yang ditimpakan ke atas mereka oleh umat Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW ditebus dengan jatuhnya Masjid al-Aqsa ditangan Yahudi. Mereka menghina Rasulullah SAW dengan melaungkan ‘Agama Muhammad sudah mati dan hanya meninggalkan wanita-wanita; merujuk kepada Negara-negara Arab yang mengalami kekalahan teruk dalam Perang 6 hari tersebut. Mereka turut memusnahkan laluan (pintu) Maghriba dan merobohkan semua rumah-rumah rakyat Palestin yang mengadap Tembok Buraq (Western Wall) dan menukarnya menjadi satu perkarangan lapang bagi upacara keagamaan Yahudi. Tembokj Buraq mereka kuasai dan menamakannya sebagai ‘Kottel’ atau ‘Wailing wall’, satu tindakan yang jelas merampas hak umat Islam yang diperakui oleh Liga Bangsa-Bangsa sebagai warisan Islam. Israel seterusnya mengistiharkan penggabungan Baitul Maqdis barat (bahagian Baitul Maqdis yang ditawan pada tahun 1948) dan Baitul Maqdis timur (yang mereka tawan dalam Perang 6 hari) dan menamakan Baitul Maqdis (Jerusalem) sebagai ibu Negara abadi Israel yang tidak boleh dirunding buat selama-lamanya pada 26 Jun 1967.

PBB bertindak meluluskan Resolusi 242 pada bulan 2 November 1967 yang memutuskan Israel perlu berundur semula ke sempadan sebelum 1967 dan mengembalikan ‘sebahagian dari wilayah yang ditawannya’. Namun Israel telah menggunakan wilayah yang didudukinya sebagai bahan tawar-menawar (bargaining chip) untuk menciptakan perdamaian palsu melalui apa yang disebut sebagai pertukaran wilayah (land swap). Hakikatnya Israel tidak pernah berniat untuk melepaskan mana-mana wilayah di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur yang ditawannya. Ini adalah berdasarkan tindakan Israel yang terus menerus membina penempatan-penempatan haram di seluruh Tebing Barat bahkan di sekeliling Kota lama yang menempatkan Masjid al-Aqsa. Apabila perjanjian damai Oslo ditanda tangani pada tahun 1993, Israel meningkatkan lagi aktiviti pembinaan penempatan haram tersebut. Keadaan ini berterusan setelah persetujuan dicapai dalam Annapolis Konferens pada tahun 2007 sehingga kini. Israel terus berdolak dalih dan berselindung di sebalik pelbagai istilah perdamaian bermula dari Madrid (1991) sehinggalah Deklarasi Prinsip-prinsip Clinton (DOP – Declaration of Principles – 2001) dan Pelan Damai atau ‘Road Map’ (2003). Mereka turut membina tembok pemisah (Separation or ‘Aparthied’ wall) sepanjang 800 km dari utara ke selatan jauh ke dalam Tebing Barat untuk mengepung rakyat Palestin, membataskan pergerakan mereka dan menafikan pelbagai kemudahan asas termasuklah sumber air bersih untuk minuman dan mengairi ladang, perkhidmatan dan hak rawatan di hospital bahkan untuk mendapatkan pendidikan untuk anak-anak Palestin. Apabila HAMAS memenangi pilihanraya legislatif yang pertama dan membentuk kerajaan pilihan rakyat yang sah, Israel mengenakan sekatan dan akhirnya kepungan menyeluruh ke atas Gaza bermula pada tahun 2007 sehingga kini.

Hari ini kita menyaksikan pelbagai perkembangan positif dengan perubahan lanskap politik di timur tengah khususnya di Mesir. Perkembangan ini merupakan gugatan kepada Israel yang semakin merasa terdesak dengan kehilangan sekutu kuatnya Mesir apabila tumbangnya regim Hosni Mubarak yang merupakan boneka Amerika dan orang suruhan regim Zionis. Bahkan pada hari ini Israel terpaksa mencari rakan-rakan baru setelah sekutu-sekutu tradisinya tumbang ditangan rakyat satu persatu. Turki sudah berubah arah 180 darjah dan sistem sekular berteraskan ideologi fanatisisma Kamal Ataturk semakin tergugat, Israel hanya menunggu masa untuk dipencilkan oleh Turki. Pergolakan di Syria juga akan berakhir dengan pertukaran regim yang pastinya menjadi ancaman yang 'real' kepada Israel. Kedudukannya di tanah tinggi Golan yang tidak pernah tergugat di zaman dinasti Basyar akan goyah. Kemenangan calun Presiden FJP iaitu Muhammad Mursi dari Ikhwan Muslimin akan menjadi mimpi ngeri kepada Israel. Kemenangan ini juga akan menukar lanskap keseimbangan kuasa di Semenanjung Sinai yang dikuasai israel secara proksi yang menjerut dan menutup pintu masuk ke Gaza selama ini. Dalam perkataan lainnya, keputusan pilihanraya presiden Mesir akan memberi harapan baru kepada Gaza yang dikepung dan dikenakan sekatan oleh Israel sejak tahun 2007.

Aqsa Syarif menegaskan bahawa jalan untuk menuju perdamaian di Timur Tengah dan di Palestin hanyalah satu iaitu Israel wajib berundur ke sempadan 1967 dan melepaskan semua wilayah yang didudukinya dalam perang 6 hari, berdirinya sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan 1967 tersebut dengan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara Palestin yang tidak bolih dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan hak rakyat Palestin untuk pulang ke nagara mereka wajib dihormati sepenuhnya tanpa syarat. Aqsa Syarif mengulangi pendirian negara dan rakyat Malaysia yang berdiri teguh bersama rakyat Palestin untuk tidak mengiktiraf negara Israel. Aqsa Syarif akan terus berjuang bagi mengembalikan hak rakyat Palestin, berdirinya sebuah negara Palestin yang merdeka dan pembebasan Masjid al-Aqsa sepenuhnya dari cengkaman Zionis Israel.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif

Thursday, May 31, 2012


Sedutan dari Buku Jejak Risalah Di Nusantara Jilid V - Perang Aceh (1873 - 1913) dan Peranan Snouck Hurgronje di bawah tajuk Tjut Nyak Dien - Sosok Srikandi Aceh- Terbitan JIMedia 2007


Sesungguhnya Aceh mempunyai tradisi kepahlawan wanitanya yang amat membanggakan. Sejak zaman melawan Portugis lagi, serikandi Aceh telah menunjukkan rekod perjuangan yang sewajarnya dicatat dengan tinta emas. Laksamana Kemala Malahayati telah mengumpulkan sekitar 2,000 ‘inong bale’ (wanita-wanita yang suaminya syahid) untuk mempertahankan pesisiran pantai Aceh dari armada Belanda pimpinan Croulis dan Frederick De Houtman pada tahun 1006H (1599M).[1] Beliau juga merupakan cekap dalam bidang diplomasi sehingga dilantik sultan untul menjadi wakil negara menerima Sir James Lancaster utusan Ratu Inggeris, Queen Elizabeth I (pemerintahan 1591 – 1603) pada 5 Jun 1602.[2]

rumah tradisi cut
Replika rumah Cut Nyak Dien yang dibangunkan semula setelah di bakar Belanda. Rumah ini menempatkan bahan-bahan dokumentasi mengenai perjuangan Teuku Umar/Cut Nyak Dien yang dibawa pulang dari belanda.

Aceh juga terkenal sebagai negara umat Islam yang pernah menobatkan empat orang ratu sebagai pimpinan tertinggi negara pada kurun ke 17. Mereka ialah Ratu Tajul Alam Safiatuddin (1641 – 1675), Ratu Nur Alam Nakiatuddin (1675 – 1678), Ratu Zakiatuddin Inayat Syah (1678 – 1688) dan Ratu Kamalat Syah (1688 – 1699).[3] Perlantikan ratu ini telah menimbulkan perbahasan ilmiah. Namun mereka memimpin di bawah penasihatan ulama.[4] Di antara penasihat Ratu-ratu tersebut ialah Syeikh Nuruddin ar Raniry dan Syeikh Abdul Rauf Sinkili, tokoh ulama yang juga amat dikenali dan dihormati dalam tadisi pembelajaran pengajian kitab di Semenanjung Malaysia. Ratu-ratu ini bukan sahaja dinobatkan atas perkiraan politik, tetapi atas dasar kemampuan administratif dan kepimpinan mereka. Ratu Zakiatuddin umpamanya menguasai lima bahasa iaitu Belanda, Sepanyol, Arab, Hindi dan Aceh.[5] Di samping itu 16 wanita pernah duduk dalam Majlis Mahkamah Rakyat (Parlimen Aceh) dari tahun 1641 – 1675. Semua contoh-contoh kepimpinan ini berlaku 300 tahun sebelum pejuang-pejuang hak wanita dan golongan feminis cuba mempejuangkan hak mereka untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam masyarakat.[6]

Tidak syak lagi wanita Aceh adalah peniup semangat jihad umat Islam Aceh.[7] Nukilan Prof HAMKA dalam bukunya ‘Ghirah dan tantangannya terhadap Islam’ menyimpulkan hakikat ini. Tercatat dalam catatan Zentgraaf sebuah rumah pernah digeledah oleh soldadu Belanda. Di halaman terdapat seorang wanita sedang menumbuk padi. Bila diajukan soalan kepada wanita tersebut, ‘di rumah ada laki-laki?’. Jawab wanita itu ‘Semua laki-laki ke hutan ‘bermuslimin’ (jihad diertikan sebagai Islam di Aceh). Mereka tidak berpuas hati dan memeriksa rumah dan mendapati ada seorang lelaki sedang bersembunyi di bawah katil. Lelaki itu di ke bawah dan wanita tadi diherdik. ‘Tadi kamu bilang tidak ada lelaki’, Yang ini apa?’. Maka jawab wanita itu ‘Sudah saya bilang semua laki-laki ke hutan, bermuslimin. Dia tidak pergi maka dia bukan laki-laki!”[8]


[1] H. Ainal Mardhiah Aly, op. cit., hlm. 286. Sejak dari Sultan Al Kahhar, Aceh telah menghantar banyak ekspedisi untuk memerangi Portugis di Selat Melaka. Ramai dari pahlawan Aceh gugur syahid, meninggalkan isteri ’inong bale’ (balu syuhada). Pada zaman pemerintahan Sultan Saidil Mukammil Alaudin Riayat Syah (1589 – 1604) dibentuklah sebuah armada ’inong bale’ yang dipimpin oleh Laksamana Malahayati. Seorang wanita Belanda Marie Van Zuchtelen dalam bukunya Vrouwelijke Admiral Malahayati memuji beliau dan 2,000 pasukan inong balenya yang tangkas dan berani. Teuku Laksamana Malahayati juga adalah seorang Kepala Barisan Pengawal Istana, Panglima Jawatan Rahsia dan Panglima Protokol Pemerintah merangkap fungsi diplomatik di zaman Sultan Alauddin Riayat Syah.
[2] Ibid., hlm. 286. Teuku Laksamana Malahayati juga adalah seorang Kepala Barisan Pengawal Istana, Panglima Jawatan Rahsia dan Panglima Protokol Pemerintah merangkap fungsi diplomatik di zaman Sultan Alauddin Riayat Syah.
[3] A. Hasjmy, 59 Tahun Aceh Merdeka di Bawah Pemerentahan Ratu, Penerbitan Bulan Bintang, Jakarta, 1977.
[4] Pemerentahan raja perempuan di Aceh adalah satu bentuk susunan yang jarang berlaku di dunia Islam. Ratu Safiatuddin diangkat menjadi raja apabila Sultan Iskandar Tsani ’Alauddin Moghayat Shah mangkat pada tahun 1641 tanpa meninggalkan seorang putera. Ratu Safiatuddin adalah permaisuri kepada Sultan Iskandar Tsani. Dari sudut hukum, As Syeikh Nuruddin ar Raniry menjelaskan bahawa tidak ada larangan yang tegas untuk merajakan seorang perempuan asalkan ’ahlul halli wal’ aqdi’ iaitu ahli-ahli mesyuarat kerajaan diajak bermesyuarat sebelum sesuatu keputusan diambil menyangkut kepentingan negara. Cuma satu perkara sahaja yang tidak boleh dipegang oleh Sultan perempuan iaitu menjadi wali-hakim (mewalikan pernikahan). Lihat HAMKA, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1980, hlm. 576 – 577. Syeikh Abdul Rauf Sinkili yang dilantik oleh Ratu Tajul Alam Safiatuddin sebagai Mufti dan Qadhi Malik al Adhil juga dipertanyakan tentang kedudukan wanita sebagai sultan. Beliau tidak memberikan jawapan yang jelas tentang persoalan ini. Di dalam kitabnya Mi’rab al Tullab, ketika membahaskan tentang syarat-syarat menjadi hakim (penguasa) as Sinkili sengaja tidak memasukkan lelaki sebagai syarat. Bagaimanapun apabila Syeikh Abdul Rauf Sinkili meninggal dunia, sultanah yang terakhir, Ratu Kamalat Syah dimakzulkan (diturunkan) berdasarkan fatwa ketua mufti Mekah yang memutuskan syariat tidak membenarkan perempuan menjadi pemimpin kerajaan Islam. Lihat H.M. Hasbi Amiruddin, Perjuangan Ulama Aceh di Tengah Konflik, CENINNETS Press, Yogyakarta,  2004, hlm. 46 – 47.
[5] Teuku H. Ainal Mardhiah Aly, op. cit., hlm. 294
[6] Ibid., hlm. 288 – 289. Teuku H. Ainal Mardhiah Aly memberikan senarai 14 orang dari anggota legislatif wanita semasa pemerintahan Ratu Safiatuddin; iaitu Si Nyak Bunga, Si Halifah, Si Sarah, Maimunah, Siti Cahaya, Mahkiah, Si Nyak Puan, Nadisah, Si Nyak Ti Cahya, Si Nyak Bunga (dua orang anggota legislatif memiliki nama yang sama; pen.), Si Habibah, Umi Puan, Siti Awan dan Umi Nyak Angka.
[7] Menurut Zentgraaf, lelaki dan wanita Aceh berjuang kerana kepentingan negerinya dan agama yang tidak kalah gagahnya dengan tokoh-tokoh perang terkenal bangsa Belanda. Dan pemimpin-perang Belanda yang pernah berperang di seluruh kepulauan Indonesia mengakui bahawa tidak ada satu bangsa yang begitu gagah berani dan fanatik dalam peperangan kecuali bangsa Aceh. Wanita-wanitanya mempunyai keberanian yang melebihi wanita-wanita Belanda. Lihat H.C. Zentgraaf, Atjeh, hlm. 1 dan 63. Dirujuk oleh M.H. Gayo, op. cit., hlm. 258.
[8] HAMKA,  Dan Tantangan Terhadap Islam, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 15.

Lapu-Lapu adalah hero sebenar dalam episod Ferdinand Magellan


Lukisan imaginatif Raja Lapulapu ketika berdepan dengan Magellan.Sumber: Mactan Shrine Painting (Carl Frances Morano Diaman) en.wikipedia.org/wiki/Mactan_isla

Sedutan dari manuskrip Jejak Risalah di Nusantara jilid II - Conquistidor (Sepanyol dan Portugis)

Kapal-kapal Magellan belayar dari San Lucar, Sepanyol pada 20 September, 1519. Setelah menyusuri Benua Afrika sehingga Tanjung Pengharapan, kapal-kapal Magellan belayar ke barat dan mengelilingi Amerika Selatan melalui Selat yang sempit dan merbahaya yang beliau namakan ’Selat Magellan’. Kemudian Magellan merentas Lautan Pasifik selama empat bulan sebelum berjumpa dengan daratan (Pulau Samar) yang beliau namakan Kepulauan St Lazarus, berhenti di Pulau-pulau kecil Homonhon sebelum mendarat di Limasawa, sebuah pulau kecil di selatan Leyte. Di Limasawa, Magellan mengadakan upacara sembahyang Katolik yang pertama di Filipina pada 31 Mac, 1521. Dari Limasawa, Magellan meneruskan usaha penjelajahan dan penyebaran agama Kristian di pulau-pulau sekitar. Magellan sampai di Cebu pada 1 April di mana  dia menjalin hubungan yang baik dengan ketua suku, Humabon. Magellan Berjaya membaptis 800 orang suku Cebuanos bersama Humabon, isteri dan anak perempuannya.[1] Dengan mengkristiankan mereka, Magellan telah menjadikan Cebu sebagai vassalage (jajahan takluk Sepanyol). Di masa yang sama Raja Lapulapu di pulau Mactan yang merupakan musuh Humabon, enggan menyerahkan kedaulatannya kepada Sepanyol. Raja Lapulapu memilih untuk mempertahankan kemerdekaan dan negerinya. Lalu berlakulah pertempuran yang pertama dengan penjajah Sepanyol di Kepulauan Filipina. Meskipun tentera Sepanyol bersenjatakan musket (senapang), perisai dan baju besi, mereka ditewaskan oleh penduduk tempatan dalam pertempuran Mactan yang masyhur pada 27 April, 1521. Ferdinand Magellan sendiri terbunuh di tangan raja Lapulapu. Rombongan Magellan kemudian meneruskan pelayaran tanpa Ferdinand Magellan.
Satu persoalan yang menjadi perbahasan ialah tentang Raja Lapulapu. Tiada kepastian tentang identi beliau sebagai muslim. Namun yang menarik ialah Raja Lapulapu adalah satu-satunya pemimpin suku yang tidak mahu tunduk kepada Sepanyol. Penentangan yang dipilih oleh Raja Lapulapu mengundang satu persoalan tentang pegangan beliau. Biasanya ada sesuatu yang mendorong mana-mana pemimpin untuk menentang penguasaan bangsa asing, apatah lagi jika ada unsur-unsur paksaan untuk menganut sesuatu agama dan menuntut ketaatan kepada bangsa asing tersebut. Mengambil kira kebanyakkan ketua suku di Kepulauan Filipina ketika itu beragama pagan (atau yang disebut oleh orang-orang barat sebagai heathen), maka Magellan tidak menghadapi sebarang penentangan ketika membaptis mereka kepada agama Katolik. Namun Raja Lapulapu memilih untuk menolak kedaulatan Spain dan enggan dibaptis kepada agama Kristian.[2] Penentangan Lapulapu disampaikan sendiri oleh seorang ketua suku bernama Zula
” On Friday, April 26, Zula a chief of the Island of Mactan, sent out one of his sons to present two goats to the Captain general and to say that he would send him all that he had promised, but that he had not been able to send it to him because of the other cheif Cilapulapu, who refused to obey the King of Spagnia...The captain sent a message to the effect that if they would obey the king of Spagnia, recognised the Christian king as their soveriegn and pay tribute, he would be their friends, but if they wished otherwise, they should wait to see how our lances wounded.[3] (Pada hari Jumaat, 26 April, Zula, ketua suku di Pulau Mactan mengutus seorang dari dua anaknya untuk mempersembah dua ekor kambing kepada Captain General (Magellan) dan untuk memberitahu bahawa dia akan persembahkan semua yang dijanjikan, tetapi hasratnya terhalang kerana seorang ketua suku Cilapulapu enggan tunduk kepada Raja Sepanyol... Captain (Magellan) menegaskan di dalam perutusannya jika mereka tunduk kepada Raja Sepanyol, mengiktiraf Raja Kristian tersebut sebagai ketua dan menyerahkan hadiah sebagai bukti ketundukan, maka beliau bersedia untuk menjadi sekutu mereka, tetapi jika sebaliknya, maka mereka patut tahu bagaimana pedang kami melukakan.)

Kesah peperangan Mactan dicatat oleh Pigafetta yang menyertai ekspedisi Magellan sebagai jurutulis. Ferdinand Magellan yang cuba untuk menundukkan Raja Lapulapu merancang untuk melancarkan serangan ke atas Pulau Mactan. Kapal Magellan tidak dapat menghampiri pantai kerana batu karang. Kedudukan kapal yang jauh dari pantai menyebabkan meriam tidak dapat digunakan untuk menembak sasaran musuh di darat. Ferdinand Magellan mengambil keputusan menggempur musuh dengan 48 askar Sepanyol dengan menggunakan perahu untuk mendarat. Tanpa diduga Magellan terpaksa berhadapan dengan 1,500 pejuang yang diketuai oleh Raja Lapulapu.[4] Sebelum melancarkan serangan Magellan telah member peluang terakhir kepada Raja Lapulapu untuk tunduk kepada kekuasaan Sepanyol, tetapi dijawab tegas oleh Raja Lapulapu.

“Saya tidak tunduk pada mana-mana raja dan tidak akan membayar ufti kepada mana-mana jua kuasa. Jika musuh kami ada tombak, kami juga mempunyai tombak daripada buluh dan kayu pancang yang disalai hingga keras”[5]

Ketika Magellan meredah air pada paras betis, askar-askar Sepanyol diserang oleh pejuang-pejuang Mactan dengan gagah berani. Meskipun mereka terpaksa berdepan dengan askar Sepanyol yang bersenjatakan
musket (senapang) dan lengkap dengan pakaian besi, ia tidak melemahkan semangat pejuang. Mereka menggunakan panah untuk mencederakan askar-askar Sepanyol pada bahagian kaki mereka yang terdedah. Apabila bertarung secara berdepan mereka menggunakan senjata yang dinamakan kampilan, sejenis pedang panjang yang banyak digunakan oleh pejuang-pejuang tempatan. Magellan berjaya menembusi penempatan pejuang dan membakar beberapa puluh rumah di pesisiran pantai. Keadaan ini menimbulkan kemarahan dan menaikkan semangat pejuang untuk menghapuskan askar-askar penceroboh Sepanyol. Mereka terus bertarung dengan gagah berani. Raja Lapulapu sendiri berdepan dengan Ferdinand Magellan dan berjaya mencederakannya. Akhirnya Magellan dibunuh oleh pejuang Mactan dan saki-baki askar Sepanyol berundur ke kapal mereka setelah Kapten-general mereka tewas. Tawaran-tawaran harta kepada Raja Lapulapu untuk ditukar dengan mayat Magellan ditolak. Mayat Magellan gagal untuk ditebus dan sehingga hari ini tidak diketahui di mana kuburnya.[6]
Pertempuran di antara Paja Lapulapu dan Ferdinand Magellan adalah sanggahan pertama bangsa Filipina, samada mereka mewakili Moro (muslim) atau tidak ke atas penjajahan barat yang diterajui oleh Sepanyol. Peristiwa penting ini wajar diingati oleh bangsa Filipina hari ini kerana ia melambangkan keberanian untuk mempertahankan maruah bangsa dari diperbudak oleh sebuah kuasa asing yang angkuh.[7] Lapulapu tidak merasa gentar dengan kehebatan senjata Sepanyol, seperti yang diulas dengan begitu tepat oleh Professor sejarah Filipina, Theodoro A. Agonci dan Oscar M. Alfonso:

Lapulapu’s fight against Magellan was the first successful Filipino armed resistance against Spanish aggression. Lapulapu instinctively felt that the coming of the Spaniards could mean subjugation and the loss of freedom. In resisting the Spaniards, Lapulapu defended the rights of his people to live without interference from others. A lesser man than Lapulapu might have easily been daunted by the superior weapons of the Spaniards. Instead Lapulapu taught the lesson that in dealing with foreigners, Filipinos need not have a feeling of inferiority or awe, and should not be submissive.”[8] (“Perlawanan Lapulapu menentang Magellan adalah penentangan bersenjata orang Filipino yang pertama sekali  berjaya melawan agresi Sepanyol. Lapulapu secara naluri dapat merasakan kedatangan orang-orang Sepanyol boleh membawa maksud ketundukan dan kehilangan kemerdekaan. Dalam melawan orang-orang Sepanyol, Lapulapu mempertahankan hak rakyatnya untuk hidup tanpa campurtangan orang lain. Orang lain yang berjiwa kerdil dengan mudah akan merasa takut dengan senjata Sepanyol yang hebat. Sebaliknya Lapulapu memberi satu pengajaran di dalam menghadapi orang asing, orang Filipino tidak seharusnya merasa lemah atau kagum, dan tidak sepatutnya tunduk (kepada kuasa asing”).

Sebenarnya penemuan Filipina oleh Magellan memberi implikasi kepada saingan dua kuasa maritim Eropah; Sepanyol dan Portugis. Dua dekad yang pertama pada kurun ke 16 ditandai oleh perbalahan di antara Sepanyol dan Portugis di dalam menetapkan hak penguasaan tanah jajahan berdasarkan Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494. Penerokaan Ferdinand Magellan ke Kepulauan Filipina pada tahun 1521 membawa pertikaian baru kerana batas sempadan wilayah penguasaan Portugis-Sepanyol tidak diketahui secara tepat. Batas sempadan yang diperkira jatuh sekitar ‘kepulauan rempah’ menjadikan Brunei (Borneo), kepulauan Filipina dan Maluku menjadi rebutan Sepanyol dan Portugis.[9]


[1] Teodore A Agoncillo and Milagros C. Guerrero. History of the Filipino people, R.P. Garcia Publishing Co. Quezon City, 1970, hlm 77.
[2] Menurut tradisi lisan Sulu, Lapulapu adalah seorang ketua kaum muslim, dan juga dikenali dengan gelaran ’Kaliph Pulaka’. Masyarakat Moro di Selatan Filipina menganggap Lapulapu adalah seorang muslim dari suku etnik Tausag. Carlos Calao, seorang penyair berbangsa China-Sepanyol menulis dalam puisi beliau Que Dios Le Perdone (bahasa Sepanyol ’Semuga Tuhan mengampuni beliau’) sebagai ’Cali Pulacu’. Raja Lapulapu diangkat sebagai pahlawan Nasional pertama Filipina yang menentang penjajah asing. Nama beliau begitu harum sehingga statusnya sebagai National Hero diabadikan dalam bentuk tugu (statue) di Pulau Cebu dan menamakan Bandar Opon di Cebu sebagai Lapu-lapu City. Bahkan Korea Selatan menghadiahkan sebuah tugu Lapulapu pada tahun 2005 dan ditegakkan di Rizal Park di Manila. Imej Lapulapu turut menghiasi logo rasmi Polis Kebangsaan Filipina dan pernah menghiasi duit syiling 1 centavo Filipina yang beredar dari tahun 1967 – 1974. Semasa Sesi pertama persidangan Kongres ke 14 Filipina, Senator Richard Gordon memperkenalkan satu bil mencadangkan supaya 27 April diistiharkan sebagai cuti umum sempena Adlaw ni Lapu-Lapu (Hari memperingati Lapu-Lapu). Dr Camilo Osias, seorang pengarang dan pendidik bangsa Filipina berkata “Kepada orang Filipina batu peringatan itu bukan sahaja patut mengingatkan kepada pemimpin angkatan yang bersejarah itu bahkan juga patut mengingatkan kepada tentangan bersenjata nenek moyang kita menentang penjajahan asing yang pertama kalinya Berjaya. Lihat ‘Philippine History Unwritten’, Philippine Forum, Manila, 1936, dirujuk oleh Gregorio F. Zaide, op. cit., hlm. 172.


[3] H. De la Costa, S. J. Readings in Philippine History: Selected historical texts presented with a commentary, The Bookmark, Inc, Manila, 1965, hlm 16.
[4] Ketika Magellan menyerang Mactan, terdapat bersama-sama sekutunya Raja Humabon dan 1,000 orang-orang Cebu. Namun dengan bongkaknya Magellan menyuruh Humabon dan pahlawan-pahlawannya menunggu di dalam perahu dan melihat sendiri keberanian orang-orang Eropah berperang. Lihat Gregorio F. Zaide, op. cit., hlm. 170.
[5] Ibid., hlm. 170.
[6] Raja Humabon menghantar utusan untuk menebus mayat Magellan, tetapi telah ditolak oleh Raja Lapulapu. Pigafetta menulis, “Mereka menjawab utusan itu dengan memberitahu bahawa mereka tidak akan menyerahkan mayat orang yang seperti Magellan itu, sebagaimana yang kami sangkakan, dan mereka tidak akan menyerahkannya walaupun diberi semua harta kekayaan di dunia, dan bahawa mereka berniat hendak menyimpan jenazahnya sebagai satu kenang-kenangan. Lihat  Blair and Robertson, Jilid XXXIII, hlm. 183, juga lihat Gregorio F. Zaide, op. cit., hlm. 172.
[7] Menurut Gregorio F. Zaide, kesah keberanian Magellan seperti yang ditulis oleh Pigafetta perlu dibaca dengan hati-hati, kerana nyata sekali dia menulis dari segi pendapat orang Eropah dan dengan itu akan cuba menutup kekalahan Magellan. Berapa banyak juga huraian atau propaganda yang ditulis oleh penulis-penulis barat tidak dapat menyembunyikan faktor sejarah bahawa penyerangan orang Sepanyol ke atas pulau Mactan itu adalah satu kegagalan dan bahawa Lapulapu, dengan mengalahkan Magellan, patut diberi kemasyuran sebagai seorang perwira. Lihat Gregorio F. Zaide, op. cit., hlm. 170 – 171.
[8] Teodoro A. Agonci and Oscar M. Alfonso, A Short History Of the Filipino People, The University of Philippines, 1961, hlm. 69
[9] Dalam usaha untuk merealisasikan tuntutan Sepanyol ke atas ‘jajahan miliknya’, maka Charles I telah menghantar tiga ekspedisi pada tahun 1525, 1526 dan 1527 dengan instruksi untuk membina pusat perniagaan dan kubu pertahanan Sepanyol di kepulauan rempah, China dan Jepun. Ekspedisi ini telah menemui kegagalan kerana masalah kewangan sehingga memaksa Sepanyol untuk membuat perjanjian dengan Portugis. Perjanjian yang dinamakan perjanjian Zaragoza (Sepanyol) pada 22 April 1529 memberi sumber kewangan yang diperlukan oleh Sepanyol. Perjanjian ini juga bertujuan untuk menetapkan sempadan wilayah penguasaan di antara Portugis dan Sepanyol. Sempadan ini ditetapkan pada garis 297 ½ league ke timur Maluku. Portugis mendapat hak wilayah ke barat garis ini dan Sepanyol ke timur dari garis tersebut. Kerana tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang kedudukan garis sempadan tersebut, Sepanyol telah menjual haknya di Maluku kepada Portugis dengan harga 350,000 Ducats, tanpa menyedari bahawa ia sememang berada dalam wilayah Portugis dan kemudian menuntut hak ke atas Filipina yang juga berada di dalam hak penguasaan Portugis. Lihat Teodoro A Agoncillo and  Milagros C. Guerrero. op. cit., hlm 77 – 78.
 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc