Monday, March 15, 2010

Bersatu Perjuangkan Palestin: Temubual wartawan Utusan Malaysia bersama Pengarah PACE : 16 Mac 2010


Penduduk berhaluan kiri Israel, Islam Palestin dan aktivis keamanan asing
mengadakan demonstrasi ekoran insiden seorang aktivis
dirempuh jentolak Israel semasa tunjuk perasaan di Gaza pada 2003.

Bersatu perjuangkan Palestin

Penduduk berhaluan kiri Israel, Islam Palestin dan aktivis keamanan asing mengadakan demonstrasi ekoran insiden seorang aktivis dirempuh jentolak Israel semasa tunjuk perasaan di Gaza pada 2003.

TIDAK pernah berlaku dalam sejarah, sesebuah negara dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi yang berlarutan lebih tiga tahun kecuali Palestin. Inilah sikap sebenar Israel dan konco-konconya terutama payung utamanya Amerika Syarikat (AS) yang kononnya sentiasa memperjuangkan hak kebebasan dalam demokrasi.

Malangnya, kekejaman dan penindasan zionis ke atas rakyat Palestin ini seolah-olah ‘disapu ke bawah karpet’. Sehinggakan nyawa manusia yang tidak berdosa bagaikan tidak berharga.

Sekatan ekonomi yang dikenakan pula menyebabkan 80 peratus rakyat Palestin kehilangan pekerjaan. Sekali gus menambah sengsara rakyat Palestin dikepung di ‘neraka dunia’ itu.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor bagi mengupas isu ini.

Mega: Perjuangan umat Islam untuk membantu Palestin sudah berlaku lebih 60 tahun. Namun sehingga hari ini belum nampak hasil yang konkrit. Adakah ini bermakna kita telah gagal?

DR. HAFIDZI: Perjuangan untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan memang memakan masa yang lama. Sejarah menunjukkan ada perjuangan yang memakan masa sehingga ratusan tahun sebelum sesebuah negara yang terjajah memperoleh kemerdekaan.

Begitu juga perjuangan yang berlaku di Palestin pada hari ini. Bahkan bukan sekali ini Palestin dijajah. Kira-kira 1,000 tahun yang silam, bumi Palestin pernah dikuasai oleh tentera Salib dan pendudukan tentera Salibiah berlangsung selama 100 tahun (1090 sehingga 1187) sehinggalah bumi Palestin dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayubbi.

Meskipun perjuangan di Palestin kini sudah memasuki tahun yang ke 62 (jika dikira dari tarikh penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948) namun untuk menganggap perjuangan ini belum mencapai hasil yang konkrit tidak begitu tepat.

Ini kerana perjuangan yang dipelopori oleh rakyat Palestin semenjak enam dasawarsa lalu telah berjaya mematahkan cita-cita Israel untuk meluaskan jajahan takluknya sebagaimana yang diimpikan melalui agenda Israel raya (Eretz Israel) yang menganjur dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat di Iraq. Bahkan kita menyaksikan jajahan takluk Israel semakin mengecil.

Bermula dengan pemulangan Semenanjung Sinai kepada Mesir pada tahun 1981, pengunduran tentera Israel dari Selatan Lebanon pada tahun 2000.

Pengunduran Israel dari Gaza (2005) meskipun kemudiannya mereka mengenakan kepungan ke atas Gaza dan penyerahan sebahagian kecil dari wilayah di Tebing Barat berdasarkan perjanjian Oslo kepada pihak berkuasa Palestin (meskipun kuasa tersebut terbatas pada kuasa sivil dan bukan aspek keselamatan).

Semua ini menjadi kenyataan kerana semangat juang rakyat Palestin yang tidak pernah luntur untuk memerdekakan tanah air mereka.

Satu lagi perkembangan menarik mengenai perjuangan pembebasan Palestin ialah pendapat umum masyarakat antarabangsa kini semakin memihak kepada perjuangan rakyat Palestin.

Sehingga tahun 2000 (dengan tercetusnya Intifadah al-Aqsa) masyarakat antarabangsa khususnya barat memandang serong kepada perjuangan rakyat Palestin.

Mereka sentiasa menyokong Israel yang kononnya menjadi mangsa kepada ancaman keganasan rakyat Palestin. Tetapi kini seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan media baru, masyarakat antarabangsa mula terdedah kepada realiti sebenar perjuangan rakyat Palestin.

Sikap prejudis kini beransur-ansur bertukar kepada simpati dan akhirnya menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah air mereka.

Israel kini mula mendapat kritikan dan cemuhan terutama daripada masyarakat barat yang peka dengan hak asasi manusia dan prinsip undang-undang antarabangsa. Rakyat Palestin kini dianggap sebagai mangsa yang perlu dibela daripada kekejaman rejim zionis Israel. Perkembangan ini juga terhasil daripada strategi jaringan antarabangsa yang dibangunkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sama ada di dalam dan di luar Palestin untuk menyebarluaskan kesedaran dan sokongan terhadap rakyat Palestin yang tertindas dan dinafikan hak di tanah air mereka sendiri.

Kesimpulannya, rakyat Palestin tidak gagal, bahkan mencipta kemenangan demi kemenangan dalam konflik yang berpanjangan ini.

Pada 9 Mac lalu, Israel luluskan 1,600 penempatan baru pendatang haram Yahudi di timur Baitul Maqdis. Tindakan ini membuktikan rejim zionis itu hanya berpura-pura untuk merealisasi proses damai. Apa komen Dr.?

DR. HAFIDZI: Ini langsung tidak memeranjatkan. Sebenarnya Israel sama sekali tidak akan menyerahkan Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat yang mereka duduki sejak tahun 1967.

Tebing Barat dirujuk sebagai 'Judea' dan 'Samaria' oleh orang-orang Yahudi dan Jerusalem pula telah diistiharkan sebagai ibu kota abadi Israel.

Oleh kerana itu mereka tidak akan menghentikan projek membina penempatan untuk penduduk Yahudi di sana.

Segala komitmen untuk membekukan aktiviti pembinaan penempatan Yahudi adalah omong kosong zionis Israel yang dijadikan umpan setiap kali berlangsungnya rundingan damai.

Hakikatnya Israel tidak pernah menghormati mana-mana syarat rundingan dengan pihak berkuasa Palestin termasuk dalam isu penempatan Yahudi.

Bahkan selepas perjanjian Oslo pada tahun 1993, Israel terus giat membina penempatan tambahan Yahudi sehingga jumlahnya meningkat lebih daripada sekali ganda mencapai 200 kawasan menjelang tahun 2000.

Sedangkan menurut penjanjian Oslo, dalam tempoh lima tahun (1998) negara Palestin yang terdiri dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza akan diisytiharkan sebagai wilayah Palestin yang berdaulat dan merdeka.

Bagaimana ini menjadi kenyataan jika Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur dipenuhi dengan penempatan Yahudi yang merupakan penduduk Israel?

Situasi yang sama berlaku semasa Persidangan Annapolis pada 27 Disember 2007 di mana delegasi Israel berjanji akan menghentikan aktiviti penempatan Yahudi.

Namun sejurus selesai persidangan itu, pengumuman rasmi dibuat oleh Tel Aviv, mereka akan meneruskan aktiviti membina penempatan Yahudi.

Apabila Benjamin Netanyahu dipilih sebagai Perdana Menteri Israel antara langkah pertama yang beliau umumkan ialah penambahan unit-unit kediaman Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

Mempamerkan kekuatan ketenteraan terbaru iaitu pesawat tanpa pemandu Israel yang boleh terbang sepanjang hari pada 22 Februari lalu, disifatkan antara perang saraf zionis kepada rakyat Palestin. Mungkinkah lebih banyak serangan ke atas penempatan awam Palestin selepas ini?

DR. HAFIDZI: Serangan ke atas sasaran awam tidak pernah berhenti semenjak tahun 1967. Israel sama sekali tidak akan mengubah polisinya menyerang tempat-tempat awam tanpa mempedulikan peraturan dan undang-undang antarabangsa.

Dalam banyak kejadian Israel tidak pernah mengisytiharkan perang bahkan melancarkan peperangan melalui pengisytiharan sepihak.

Kini mereka menggunakan pesawat tanpa pemandu predator untuk memilih sasaran-sasaran rawak di Palestin. Kehadiran predator yang berlegar-legar di ruang angkasa Palestin sudah tentu merupakan satu gambaran yang menakutkan rakyat Palestin.

Bahkan senjata kawalan jauh ini seringkali tidak disedari kehadirannya kerana tidak mengeluarkan bunyi dan ditalakan kepada sasaran secara mendadak.

Situasi ini boleh menjadi alat perang saraf yang berkesan kepada Israel. Namun hidup dalam ketakutan sudah menjadi semacam sebahagian dari kehidupan rakyat Palestin.

Kehadiran pesawat pejuang F16 atau helikopter Apache di ruang udara sudah cukup menggoncang dada. Adakalanya bangunan-bangunan menjadi sasaran bedilan meriam dan kereta kebal pada saat-saat yang tidak diduga.

Semua ini sudah menjadi pakaian hidup rakyat Palestin. Saya kira kehadiran pesawat kawalan jauh 'predator' ini adalah sebahagian daripada perancangan Israel untuk terus menimbulkan kesan psikologi takut yang melampau kepada rakyat Palestin.

Namun sebagai rakyat yang sudah terdedah kepada semua bentuk kekejaman dan keganasan, kehadiran predator adalah satu realiti baru yang akan dihadapi oleh rakyat Palestin dengan tabah.

Apa pula status terkini di Palestin?

DR. HAFIDZI: Israel telah membuat perisytiharan untuk memilik negarakan beberapa tempat di Palestin sebagai hak warisan Yahudi. Ini termasuk wilayah Hebron atau Ibrahimi yang ada di dalamnya Masjid Ibrahim.

Dikatakan juga kawasan tersebut pernah menjadi tempat tinggal Nabi Ibrahim dan anak-anaknya.

Tindakan ini adalah provokasi dan untuk mencuba ke atas orang Islam. Sebabnya Baitul Maqdis dan sekitar Al-Quds adalah bumi terbuka sebagai mana yang diisytiharkan oleh Saidina Umar sebelum ini. Maknanya, tidak ada sesiapa boleh mendakwa kawasan tersebut hak mereka.

Keadaan ini berlangsung sekian lama sehingga tercetusnya Perang Salib walaupun majoriti penduduk kawasan itu adalah Yahudi dan Kristian.

Ini dianggap boleh mengeruhkan lagi suasana dan menimbulkan ketegangan dalam usaha mahu mencapai perdamaian.

Saya melihat perbuatan ini akan ditolak bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga penduduk bukan Islam.

Amerika Syarikat (AS) terus berdolak-dalih dalam memberi tekanan kepada Israel untuk menjayakan misi perdamaian. Jika ini berterusan, adakah bermaksud kedamaian di Palestin hanya impian?

DR. HAFIDZI: Dasar luar AS terhadap Timur Tengah, amnya dan Israel, khasnya memang telah diketahui sejak dahulu. Dasar luar AS terhadap Israel sangat konsisten iaitu tetap menyokong apa-apa juga tindakan Israel dalam isu Palestin dan jiran-jiran negara Arabnya meskipun tindakan tersebut dilihat melanggar ketetapan PBB dan peraturan antarabangsa.

Bahkan AS mempamerkan rekod sangat cemerlang di dalam menggunakan kuasa veto atau pembatalnya di dalam menolak apa juga ketetapan PBB yang dilihat tidak memihak kepada Israel.

Contoh terbaru adalah laporan Goldstone yang mendedahkan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza yang dibentangkan di PBB.

Majoriti negara anggota PBB mengundi menyokong dapatan yang terkandung di dalam Laporan Goldstone terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh Israel.

AS sebagaimana yang dijangka membidas laporan tersebut dan menunjukkan sikap yang amat bertentangan dengan pendirian masyarakat antarabangsa yang mahu melihat keadilan ditegakkan untuk rakyat Palestin yang teraniaya dan dizalimi dengan mengheret Ketua-ketua negara Israel ke muka pengadilan.

Berdasarkan kepada realiti ini memang sukar meletakkan sebarang harapan kepada AS untuk mencapai kata sepakat dalam isu Palestin. Namun harapan sebenarnya bukan terletak di tangan AS.

Meskipun Amerika kini adalah sebuah kuasa dunia tunggal namun corak kuasa unipolar yang mencorakkan politik antarabangsa bakal berubah.

Kemunculan kuasa-kuasa baru seperti Cina, India dan Rusia di samping EU (Kesatuan Eropah) dan negara-negara Amerika Selatan yang semakin lantang seperti Venezuela, Bolivia, Chile dan Argentina bakal mengimbangi kuasa politik dan ekonomi AS, sekali gus boleh mendatangkan kesan terhadap dasar luarnya.

Lama-kelamaan AS tidak boleh lagi mengenepikan pandangan umum masyarakat antarabangsa terhadap dasar luarnya. Kita bakal menyaksikan AS akan melunakkan sikapnya dalam isu Palestin dan lebih tegas terhadap Israel meskipun pentadbiran AS berada di bawah pengaruh pelobi yahudi zionis.

Peranan yang lebih besar sebenarnya dimainkan oleh masyarakat madani (masyarakat sivil) dalam bentuk NGO dan pertubuhan hak asasi.

Pertubuhan-pertubuhan ini semakin mendapat pengiktirafan dan bakal memimpin perubahan di peringkat antarabangsa.

Kini kita melihat usaha-usaha mencabar kepungan Israel dan sekatan ekonomi ke atas Gaza bukan diterajui oleh negara-negara tertentu tetapi oleh pertubuhan-pertubuhan sukarelawan yang bergabung dan melancarkan kempen serta bantuan kemanusiaan rentas sempadan ke Gaza seperti Viva Palestina, Gaza Life line, Break the siege dan sebagainya.

Kita jangan lupa tekanan daripada masyarakat sivillah yang telah menyebabkan kerajaan AS mengubah polisinya di Asia Tenggara dan mengundurkan tenteranya dari Vietnam.

Keadaan yang sama boleh berulang di mana rakyat AS sendiri semakin peka dengan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Bahkan kita melihat demonstrasi dianjurkan oleh rakyat AS sendiri di bandar-bandar besar dan kecil mengutuk serangan Israel ke atas Gaza.

Ada juga pihak yang mempertikaikan apa yang boleh negara kecil seperti Malaysia lakukan untuk bantu Palestin jika kuasa besar tidak menunjukkan komitmen mereka. Adakah ini melemahkan perjuangan Pace?

DR. HAFIDZI: Untuk menangani isu Palestin yang sudah menjadi isu global, tidak ada satu negara pun yang boleh bertindak sendirian.

Hatta sebuah negara besar dan paling berkuasa pun seperti AS akhirnya terpaksa tunduk kepada kehendak masyarakat antarabangsa.

Jadi Malaysia perlu berperanan membantu membentuk pandangan masyarakat antarabangsa yang membawa ke arah penegakkan hukum dan keadilan sejagat dalam isu Palestin.

Ini boleh dilakukan dalam forum-forum antarabangsa. Mungkin PBB bukanlah forum yang berkesan kerana kita tahu PBB ditubuhkan dengan matlamat untuk menjaga kepentingan negara-negara berkuasa.

Kuasa veto

Ini terbukti daripda struktur PBB itu sendiri yang memberikan kuasa veto tanpa had kepada lima negara kuasa besar iaitu AS, Rusia, Britain, Perancis dan China.

Maka Malaysia perlu menerajui isu Palestin melalui forum-forum seperti Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC), Dialog Selatan-Selatan, Kumpulan 77 (G77) dan Pertubuhan negara Komanwel.

Dengan memimpin pandangan umum terhadap isu Palestin dalam pertubuhan-pertubuhan ini, maka suara yang lebih kuat dalam diketengahkan di dalam PBB dan boleh mempengaruhi trend pengundian dan sokongan di Persidangan Agung PBB dan juga Majlis Keselamatan PBB.

Satu lagi pendekatan yang berkesan ialah melalui boikot (BDS - Boycott, Divestment and Sanction) yang kini sedang rancak diperjuangkan dan dikempenkan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi dan pengguna di seluruh dunia).

Malaysia harus menyokong kempen BDS ini bahkan wajar menerajui kempen BDS ini di peringkat serantau - Asia Tenggara dan negara-negara membangun.

Kempen boikot ekonomi amat berkesan. Model boikot ini telah dibuktikan di dalam menangani kerajaan Aparteid Afrika Selatan. Apabila kempen boikot ini disambut di seluruh dunia maka rejim Aparteid Afrika Selatan terpaksa akur dan mengembalikan hak demokrasi rakyat kulit hitam dan berwarna di sana.

Tidak mustahil bahkan amat mungkin rejim zionis Israel terpaksa tunduk kepada masyarakat antarabangsa apabila mereka tertekan dan terkesan dengan kempen boikot di peringkat antarabangsa ini.

Atas dasar inilah Pace sentiasa mengambil inisiatif untuk mengadakan pemuafakatan dan kerjasama dengan semua pihak sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa dalam menangani isu Palestin.

Pace mempunyai jalinan antarabangsa dan seringkali berhubung dan menyokong usaha-usaha semua pihak di dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.

Dalam konteks Malaysia dan global, Pace bergabung di bawah satu pakatan Viva Palestina Malaysia (VPM) yang bergabung dengan Viva Palestina - International (VP) dan turut terlibat di dalam menyalurkan bantuan melalui Konvoi 3 ke Gaza, baru-baru ini.

Ia menyaksikan lebih 200 ambulans dengan bekalan ubat-ubatan dan bahan makanan dibawa masuk ke Gaza mengikut jalan darat merentas benua Eropah ke Gaza melalui Rafah di Mesir.

Pace juga bernaung di bawah Al-Quds Institute, sebuah badan antarabangsa yang dipengerusikan oleh ulama tersohor Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang mengkoordinasi bantuan dan juga menyusun strategi perjuangan bagi membantu rakyat Palestin membebaskan diri daripada cengkaman zionis.

Kesimpulannya, Pace sama sekali tidak akan merasa hampa dengan apa juga situasi yang berlaku di Palestin. Perjuangan membela rakyat Palestin pasti diteruskan dan akan terus dipacu tanpa jemu.

Friday, March 12, 2010

Seruan Aqsa Syarif: 22 Mac ulangtahun syahidnya Syeikh Ahmad Yassin


Assalamualaikum,

Aqsa Syarif mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk mengenang satu peristiwa tragis yang berlaku pada 22 Mac 2004 di mana pada tarikh tersebut Syeikh Ahmad Yassin, seorang tokoh mujahid Palestin menemui syahidnya. Setelah lapan tahun berlalu nama Syeikh Ahmad Yassin as-Syahid tetap harum dan terus hidup di dalam jiwa rakyat Palestin dan umat Islam yang tidak pernah berputus asa di dalam meneruskan jihad untuk membebaskan Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis dan bumi Palestin yang diberkati.

Syeikh Ahmad Yassin telah menggariskan beberapa prinsip yang terus memberi kekuatan kepada umat Islam untuk menggalas tanggungjawab jihad di bumi Palestin. Di antara prinsip perjuangan yang sering beliau ucapkan ialah 'Kami telah memilih jalan ini (jalan jihad) dan ianya akan berakhir dengan syahid atau kemenangan'. Itulah pilihan yang ada bagi mereka yang menyahut seruan jihad untuk membebaskan al-Aqsa. Tidak ada pilihan ketiga iaitu perundingan damai dan tolak ansur seperti yang sedang giat ditaja oleh golongan yang tidak yakin dengan jalan jihad. Golongan ini sanggup tunduk kepada tekanan Amerika dan kuasa-kuasa besar dan bertolak ansur dengan regim zionis Israel yang hanya mempunyai satu agenda iaitu mengekalkan pendudukan haram ke atas bumi Palestin dan mengambil alih Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa untuk tujuan-tujuan keji dan permusuhan.

Prinsip yang digariskan oleh Syeikh Ahmad Yassin terbukti tetap dipertahankan sehingga kini. Meski Israel terus melaksanakan operasi memburu pejuang-pejuang HAMAS dan pejuang-pejuang Palestin lainnya, kebangkitan (intifadah) tidak pernah terpadam dari jiwa dan sanubari rakyat Palestin. Bahkan semangat intifadhah terus membara meski rakyat Palestin khususnya di Gaza terus menerus berhadapan dengan kepungan Israel, sekatan ekonomi dan penutupan sempadan dari semua arah samada jalan darat, laut dan udara. Syekh Ahmad Yassin menegaskan 'Waktu akan membuktikan bahawa siri-siri pembunuhan ini tidak akan memusnahkan HAMAS. Pemimpin HAMAS mengharapkan syahid dan tidak takut kepada kematian. Jihad akan diteruskan dan kebangkitan akan terus disemarakkan sehingga kami mencapai kemenangan atau syahid kerananya.'

Syeikh Ahmad Yassin juga meletakkan satu lagi prinsip yang penting untuk dihayati iaitu mengekalkan kesatuan di kalangan umat Palestin yang berjuang menentang Israel. Meskipun HAMAS dan barisan pejuang Palestin berhadapan dengan kelompok-kelompok yang diterajui oleh PNA (Pihak Berkuasa Palestin) dengan FATAH sebagai fraksi terbesarnya, Syeikh Ahmad Yassin tetap menegaskan musuh umat Islam dan rakyat Palestin ialah Israel. Maka dengan itu segala pergeseran dan perseteruan di kalangan rakyat Palestin sendiri hendaklah dielakkan seboleh mungkin. Namun PNA yang diterajui oleh Yasser Arafat (al-Marhum) telah bertindak bagi pihak Israel dan memenjarakan pejuang-pejuang pembebasan Palestin yang tulen. Semua ini dilakukan kerana tunduk kepada kehendak Israel. Yasser Arafat yang sejak awal tidak pernah mahu berkompromi dengan Israel telah menjadi hamba yang setia kepada regim Zionis dan melaksanakan apa sahaja arahan Israel atas nama mempertahankan persetujuan damai yang dimeterai di Oslo pada tahun 1993. Sejak dari tarikh tersebut PNA yang diberi mandat oleh Israel untuk menjamin keselamatan negara haram Israel telah mengerahkan seluruh pasukan keselamatannya untuk memburu, menangkap dan memenjarakan pejuang-pejuang Palestin yang tulen dan ikhlas. Untuk mengelakkan pertembungan sesama rakyat Palestin, Syeikh Ahmad Yassin telah mengarahkan semua pejuang supaya menunjukkan kesabaran yang tinggi serta tidak membalas perbuatan pihak berkuasa Palestin. Beliau menegaskan sikap yang wajib dipertahankan iaitu 'Anda boleh membunuh kami, tetapi kami sekali-kali tidak akan membunuh anda'. Bagi Syeikh Ahmad Yassin, musuh yang sebenarnya ialah Regim Zionis. Jangan sekali-kali rakyat Palestin termakan umpan yang sengaja ditawarkan kepada rakyat Palestin supaya mereka bertelagah sesama sendiri dan akhirnya melupakan objektif mereka untuk mengusir zionis dan mengakhiri pendudukan Israel ke atas tanah air mereka. Ternyata sikap kejantanan yang dipamerkan oleh HAMAS atas prinsip Syeikh Ahmad Yassin berjaya menangkis kemungkinan tercetusnya perang saudara di kalangan rakyat Palestin. Meskipun ratusan bahkan ribuan aktivis HAMAS dan keluarga mereka dipenjarakan dan diseksa namun ia tidak sedikitpun mengundang tindak balas dan dendam ke atas PNA dan kuncu-kuncunya. Israel ternyata gagal untuk melemahkan rakyat Palestin melalui pendekatan adu-domba yang mereka rangka melalui agen-agen di kalangan rakyat Palestin yang belot dan khianat.

Syeikh Ahmad Yassin juga menegaskan bahawa kebaculan tidak ada samasekali dalam kamus perjuangan rakyat Palestin. 'Kamu akan dapati kami akan mati menghadapi kamu dan bukan membelakangkan kamu.' Lantaran itu kita tidak akan dapati pejuang Palestin melarikan diri dari medan perjuangan. Mereka akan hadapi musuh dengan penuh rasa 'izzah dan kemuliaan Islam. Sebaliknya anjing-anjing Zionislah yang ketakutan berselindung disebalik peralatan perang yang canggih. Mereka menyangka senjata-senjata itu boleh melindungi mereka. Bahkan mereka diberitakan berak-kencing dalam kereta kebal mereka lantaran takut berhadapan dengan pejuang-pejuang Palestin yang terdedah di luar sana tanpa sebarang perlindungan.

Pada 22 Mac 2004 berangkatlah As-syahid yang mulia menemui Tuhannya yang telah lama dirindui. Meski jasad as-syahid hancur namun jiwanya terbang menemui kekasihnya dengan penuh redha dan diredhai. Ini mengingatkan kita kepada seruan Rasulullah SAW selepas peperangan Badar apabila Nabi bertanya kepada mayat-mayat musyrikin yang dikumpulkan dalam sebuah lubang "Apakah kamu dapati janji Allah kepada kamu benar? Sesungguhnya kami dapati janji Allah kepada kami adalah benar.." Berbahagialah As-Syahid Ahmad Yassin diberi rezeki oleh Allah tanpa batas. "Dan jangan kamu sangka mereka yang berjuang pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki oleh Allah, sedang kamu tidak menyedarinya."

Israel menyangka dengan membedil jasad Syeikh yang mulia dengan beberapa peluru berpandu Hellfire, mereka bolih memadamkan ruh jihad di kalangan rakyat Palestin. Apa yang berlaku darah Syeikh yang melimpah dan membasahi bumi menyuburkan bumi mulia Al-Aqsa As-Syariff dengan rijal yang siap untuk menyahut seruan jihad. Kini sudah enam tahun berlalu dan Gaza tempat kancah perjuangan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin sudah bertukar menjadi penjara terbesar di dunia. Hakikatnya kekuatan rakyat Palestin tidak pernah terjejas meski berhadapan dengan kepungan paling dahsyat yang pernah disaksikan dalam sejarah dunia.

Ketika hayatnya as-Syahid terbatas pergerakannya oleh kerusi roda. Ulama berkerusi roda ini mampu menggoncang hati musuh-musuh zionis sehingga ke dasarnya. Mereka begitu terancam sehingga untuk menghilangkan ketakutan itu mereka buru ulama kurang upaya ini dengan menggunakan helikopter Apachee dan menembaknya dengan beberapa butir peluru berpandu. Mereka mahu melenyapkan Syeikh Ahmad Yassin dari muka bumi ini tanpa meninggalkan sebarang bekas. Tetapi mereka silap As-Syahid kini terus hidup dalam jiwa-jiwa para pemuda-pemudi Palestin bahkan ruh itu turut hidup dalam jiwa umat Islam di seluruh dunia, membakar dhamir mereka agar bangkit menggalas tanggungjawab jihad di mana jua mereka berada.

As-Syahid Ahmad Yassin dilahirkan pada tahun 1938 berhampiran Askalan (kini Ashkalon yang dirampas Israel). Beliau berlindung di Gaza bersama keluarganya menyelamatkan diri dalam perang pencerobohan Israel yang pertama pada tahun 1948. Ketika berumur 12 tahun As-Syahid mengalami kecederaan yang membawa kepada kelumpuhan dan semenjak itu beliau hanya duduk di kerusi roda sehingga akhir hayat. Beliau dipenjarakan sebanyak dua kali oleh Israel dan beberapa kali dikenakan tahanan di rumah oleh pihak berkuasa Palestin. Beliau bersama as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi dan beberapa orang tokoh telah menubuhan HAMAS secara rasmi pada tahun 1987 sempena peristiwa intifadah pertama. Beliau menemui syahid pada usia beliau 66 tahun.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

Thursday, March 11, 2010

Bhg 4: Konsep 'Islamic Jerusalem' dan strategi Rasulullah SAW untuk membuka Baitul Maqdis

Lembah Mu'tah yang menyaksikan syahidnya Jaafar bin Abi Talib,
Zaid bin Harithah dan Abdullah Ibn Rawahah. Khalid Ibn Walid kemudian
memimpin 3,000 tentera muslimin berdepan 100,000 tentera Rum.
Khalid bertarung sehingga 9 pedang patah ditangannya. Tentera muslimin berundur
untuk menyusun strategi selanjutnya. Peperangan ini berlaku
pada tahun 629M

Assalamualaikum,

Bhg 4.

Perancangan untuk membuka Baitul Maqdis mendapat lonjakan besar dengan perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian damai dengan kaum musyrikin Makkah telah mewujudkan keamanan di Jazeerah Arab. Tempoh ini dimanfaatkan dengan penuh strategik oleh Rasulullah SAW untuk membina pemuafakatan dengan daerah-daerah di utara (Syam) dan selatan (Yemen). Perjanjian-perjanjian perdamaian dengan kabilah-kabilah di sebelah utara (Syam) adalah langkah strategik untuk mewujudkan keamanan di samping menjamin laluan selamat bagi ekspedisi tentera muslim ke utara. Kota-kota ini juga boleh menjadi tempat perbekalan bagi tentera muslimin dalam perjalanan pulang dan pergi dalam melaksanakan kempen tersebut.

Pada tahun 625M Kerajaan Rum Timur (Byzantium) telah mengalahkan Parsi. Peristiwa ini disebut di dalam al-Quran dalam surah Rum di mana Allah SWT berfirman yang membawa maksud Rum telah kalah kepada Parsi tetapi mereka akan kembali menang. Kekalahan Rum di tangan Parsi berlaku pada tahun 615. Raja Herakluis telah bergerak ke Aelia (Baitul Maqdis) dari Homs (Syria pada hari ini) untuk menyambut kemenangan ini. Kesempatan ini digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengutus surat kepada Herakluis berdakwah kepada baginda dengan mengajak kepada Islam. Herakluis menerima pelawaan Rasulullah SAW dengan penuh hormat dan menyeru kaumnya supaya mengikut ajaran Rasulullah SAW dan masuk Islam. Tawaran ini ditolak oleh umat Kristian, lalu Herakluis menawarkan agar mereka membayar jizyah. Ini juga tidak dipersetujui oleh mereka. Seterusnya Herakluis mencadangkan agar mereka berdamai dengan Rasulullah SAW dan menyerahkan Syam Utara dan Timur kepada Rasulullah SAW. Ini juga ditolak oleh umat Kristian. Penolakan ini bererti mereja memilih untuk berseteru dengan umat Islam. Herakluis kemudiannya meninggalkan Syam setelah mengucapkan selamat tinggal dan bergerak ke Kota Konstantin (Istanbul).

Inilah di antara faktor yang mencetus beberapa siri peperangan dengan Rum timur. Di antara peperangan tersebut ialah Mu'tah yang menyaksikan Rasulullah SAW kehilangan tiga sahabat besar yang mengepalai tentera muslimin setelah mereka terkorban seorang demi seorang. Mereka ialah Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah Ibn Rawahah. Tentera muslimin pulang dan dicemuh oleh penduduk Madinah sebagai 'tentera yang kalah'. Tetapi Rasulullah SAW membetulkan tanggapan ini dan memberi jaminan 'Mereka tidak kalah bahkan mereka akan kembali berperang'. Ini adalah satu penegasan bahawa pembebasan bumi Syam dan pembukaan Baitul Maqdis tidak mungkin digugurkan dari agenda perjuangan Rasulullah SAW. Ekspedisi Tabuk setelah pembukaan Makkah (Fathul Makkah) adalah satu lagi kempen yang bertujuan untuk menghadapi ancaman Rum dan menyusun stratgei hadapan (forward strategy) untuk membuka al-Quds. Meskipun peperangan tidak berlaku namun dua bulan perjalanan yang ditempuh oleh Rasulullah SAW digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membina hubungan damai dan pakatan dengan kabilah-kabilah di sepanjang jalan ke Tabuk. Ia juga bertujuan sebagai satu tinjauan (recee) bagi tentera muslimin dalam siri sariyah (patrol) pada masa akan datang.

Ketika Rasulullah SAW gering dan menjelang kewafatan baginda, satu ekspedisi tentera telah disusun di bawah pimpinan Usamah bin Zaid, seorang anak muda untuk meneruskan misi penyebaran Islam ke Syam. Rasulullah SAW menegaskan dalam kegeringannya di mesjid bahawa 'Misi Usamah akan diteruskan'. Baginda berpesan bahawa gering atau wafatnya baginda tidak menjadi halangan untuk misi ini diteruskan. Apabila Rasulullah SAW wafat timbul beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh para sahabat ekoran situasi di Jazeerah termasuklah gejala riddah, pemberontakan dan kemunculan nabi-nabi palsu. Umar berpandangan sebaiknya misi Usamah disemak semula. Satu disebabkan oleh situasi cemas di jazeerah dan kedua memikirkan faktor usia Usamah yang sangat muda (setangah riwayat mengatakan 17 tahun). Abu Baqar menyanggah pandangan ini dan dengan tegas mengatakan 'Aku tidak akan membatalkan apa yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW meskipun hanya aku seorang sahaja yang tinggal di kota Madinah.' Berkaitan dengan usia Usamah pula, Abu Baqar mengherdik Umar dengan mengatakan 'Semuga ibu engkau kehilangan engkau'. Engkau menyuruh aku memecat seseorang yang diangkat oleh Rasulullah SAW?!' Peristiwa ini dengan jelas menunjukkan Abu Baqar as-Siddiq amat menghayati visi Rasulullah SAW untuk melihat bertapaknya Islam di bumi Syam dan Baitul Maqdis khususnya.

Perlu juga dicatatkan di sini bahawa di kalangan sahabat ada yang berpendapat Rasulullah dimakamkan di Baitul Maqdis sebagai salah satu dari tempat yang utama untuk jasad Rasulullah SAW yang mulia. Meskipun riwayat ini tidak dapat ditentukan dengan pasti namun ia menggambarkan akan dekatnya Baitul Maqdis kepada Rasulullah SAW sehingga sahabat memberi cadangan tersebut.

Ekspedisi Usamah diteruskan setelah terhenti selama 12 hari kerana mengambil kira kewafatan Rasulullah SAW. Ekspedisi ini diteruskan selepasnya di bawah pimpinan Khalid Ibn Saad sehinggalah Umar sendiri yang membuka Baitul Maqdis pada tahun 637 M (5 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW).

Riwayat mengatakan seramai 4,000 orang sahabat dan tabi'in menyertai Umar dalam majlis penyerahan kunci Baitul Maqdis oleh Dato Bandar Baitul Maqdis, Sophranius kepada Umar al-Khattab. Peristiwa bersejarah ini melambangkan satu pencapaian yang dinanti-nantikan oleh umat Islan sebagaimana yang digariskan oleh Rasulullah SAW dan diperjuangkan oleh baginda sejak dari awal zaman nubuwwah lagi.

Bersambung bhg 5
Baitul Maqdis sebagai kota keamanan dan al-Uhda al-Ummuriyah (Jaminan Keamanan Umar untuk penduduk Baitul Maqdis)

Dr Hafidzi Mohd Noor
PACE

Monday, March 8, 2010

Bhg 3 - Konsep Islamicjerusalem dan perancangan strategik Rasulullah SAW untuk membuka Baitul Maqdis

Kota Hebron yang diwakafkan oleh Rasulullah SAW pada sahabat Tamim bin Aus ad-Dari. (gambar kota Hebron sekitar 1929)


Sebuah runtuhan bangunan (mungkin masjid) yang terdapat di Bayt Jibrin, 21 km dari Hebron (Ibrahimi), tempat di mana Tamim bin Aus ad-Dari di makamkan (Kota Heboran di wakafkan oleh Rasulullah SAW kpd beliau dan keluarganya). Penduduk Bayt Jibrin telah diusir oleh Zionis Israel dan hanya ada satu bangunan yang masih berdiri di sana.

Assalamualaikum,

Bhg 3

Berikut adalah rumusan yang diceduk dari buku 'Meneroka Identiti Islamicjerusalem' oleh Prof Dr Abd Fattah M El-Awaisi.

Meskipun Baitul Maqdis dibuka oleh Sy Umar al-Khattab pada tahun 637M (Jun atau Julai) bersamaan 16H (Rabiul Awal atau Akhir) iaitu 5 tahun selepas wafatnya Rasulullah SAW, namun Rasulullah SAW telah membina satu perancangan untuk membuka Baitul Maqdis sejak dari awal lagi.

Ttik permulaan kepada misi untuk pembukaan Baitul Maqdis bermula dengan peristiwa Isra' dan Mikraj. Peristiwa ini berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada tahun 620M (Pertengahan tahun ke 11 kenabian Rasulullah SAW). Mengambil kira Nabi diangkat menjadi Rasul dengan wahyu pertama di Gua Hira pada Ogos 610M dan wafat pada bulan Jun 632M (hampir 23 tahun). Ini bererti peristiwa Isra dan Mikraj berlaku pada pertengahan kareer Rasulullah sekaligus menjadi titik tolak (turning point) dalam misi Rasulullah SAW. Sayugia diinsafi, Isra dan Mikraj berlaku pada saat yang paling genting dalam perjuangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dan para muslimin baru terlepas dari boikot yang dikenakan Quraish di Mekah. Ini disusuli pula dengan wafatnya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib, dua tonggak utama kepada Rasulullah SAW. Sebaik sahaja terlepas dari kepungan, Rasulullah berdakwah kepada Bani Thaqif di Taif dengan natijah yang semua maklumi iaitu Nabi disakiti dan dilempari dengan batu. Inilah suasana atau latarbelakang kepada peristiwa mukjizat Isra' dan Mikraj.

Terdapat kesamaan di antara pengalaman Rasulullah SAW dan juga Nabi Ibrahim AS dan hubungannya dengan Baitul Maqdis. Nabi Ibrahim AS telah dimusuhi oleh Namrud dan kaumnya sehingga Nabi Ibrahim AS dicampakkan ke dalam api. Setelah Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kaumnya, Allah memerentahkan Nabi Ibrahim berhijrah ke Aelia (Baitul Maqdis) sebagaimana yang dirakamkan dalam Surah al-Anbiya ayat 69 - 71

"Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi. Dan kami selamatkan dia dan sepupunya Lut ke negeri yang kami limpahkan berkat padanya untuk semua di seluruh alam (lil alamin) iaitu Al-Ard al-Lati Barakna fiha."

Kedua-dua Rasullullah SAW dan Nabi Ibrahim AS dijemput ke Baitul Maqdis setelah menghadapi permusuhan kaum mereka. Ini menunjukkan bumi al-Aqsa adalah bumi harapan (amal), bumi keselamatan dan kesejahteraan. Ia adalah bumi yang memberi harapan kepada pejuang-pejuang kebenaran untuk mengumpul kekuatan dan menanam keyakinan bahawa Islam tetap menang meski pada saat-saat paling mencengkam. Bumi al-Quds adalah negeri yang Allah limpahkan berkat untuk semua di seluruh alam. Ia adalah 'save haven' atau sanctuary kepada semua manusia tanpa mengira bangsa bahkan agama. Ia memberi jaminan perlindungan kepada sesiapa sahaja. Ia membebaskan manusia dari sebarang ketakutan dan kebimbangan. Sebab itu setiap kali Baitul Maqdis dikuasai oleh umat islam maka semua penghuninya mendapat jaminan keselamatan dan hak asasi mereka dipertahankan. Sy Umar al-Khattab telah mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai kota terbuka dan mengizinkan orang-orang Yahudi bermastautin di sana setelah mereka diusir oleh kerajaan Rum sejak ratusan tahun sebelumnya. Apabila Salahuddin al-Ayubi mengambil semula Baitul Maqdis dari tentera Salibiyah, orang-orang Kristian dibenarkan meninggalkan kota Baitul Maqdis dengan dijamin keselamatan mereka. Ini amat berbeza dengan sikap kaum Babylon (Nebuchadnezzar), kaum Rum, kaum Salibiyyin dan kelompok zionis Israel pada hari ini. Setiap mereka apabila berkuasa telah melakukan pembunuhan, kezaliman dan kebiadapan yang tiada taranya di dalam sejarah. Oleh kerana itu wajib bagi umat Islam mengambil kembali Baitul Maqdis supaya jaminan keselamatan kepada semua ditegakkan kembali seperti yang dijamin oleh Allah SWT.

Ketika singgah di Masjid al-Aqsa Rasulullah SAW mendirikan solat bersama 124,000 Nabi-nabi yang pernah diutus di muka bumi. Ini adalah perhimpunan perdana kemuncak yang mengesahkan status Baitul Maqdis yang inklusif sifatnya dan bukan ekskusif untuk kaum tertentu atau agama tertentu atau Islam sahaja. Sepatutnya statusnya sebagai kota terbuka untuk semua dipertahankan sehingga kini, menjadi tempat pertemuan untuk mencari jalan-jalan kedamaian pada sebarang konflik yang berlaku di mana-mana juga di dunia.

Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi SAW tanpa henti telah berjuang untuk menegakkan Islam dalam bentuk tatacara kehidupan dan pemerintahan di Madinah. Meskipun demikian Nabi SAW tidak pernah mengabaikan Baitul Maqdis dan sentiasa menghantar isyarat kepada para sahabat mengenai hasrat Baginda untuk melihat Baitul Maqdis kembali ke tangan umat Islam agar statusnya sebagi bumi harapan (amal) dapat dihidupkan kembali. Ini boleh terlihat kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, pesan dan amanat baginda kepada para sahabat. Di antara hadis Rasulullah SAW yang menggambarkan perancangan ini ialah pesan Rasulullah SAW kepada seorang sahabat Shaddad bin Aws

"Syam akan dibebaskan, dan BaitulMaqdis akan dibebaskan, di sana kamu (Shaddad bin Aws) dan anak-pinak kamu akan menjadi imam, jika Allah izinkan"

Kemudian dalam perjalanan ke perang Tabuk (630M) Nabi berpesan kepada kepada seorang sahabat Auf bin Malik

"Kira enam perkara, Awf, dari sekarang hingga hari kiamat. Pertama ialah kematianku.., yang kedua ialah pembukaan Baitul Maqdis"

Kedua hadis ini menunjukkan Nabi SAW sentiasa membina ingatan terhadap Baitul Maqdis di kalangan sahabat bahkan menjelaskan Baitul Maqdis akan dibuka setelah wafatnya baginda SAW. Shaddad bin Aws RA benar-benar menjadi imam dan Baitul Maqdis dibuka oleh Sy Umar 5 tahun setelah wafatnya Rasulullah SAW.

Nabi SAW turut berwasiat dan mewakafkan bandar Hebron (Ibrahimi) kepada seorang sahabat yang bernama Tamim bin Aws ad-Dari dan keluarganya. Tamim bin Aws adalah penduduk Baitul Maqdis yang pertama masuk Islam. Wasiat ini diungkapkan pada saat Baitul Maqdis masih lagi berada di bawah pemerintah Rum Timur. Wasiat ini tersimpan elok dalam khazanah Khialafah Uthmaniah (Turki). Keabsahan wasiat ini tidak diragui sedikit jua sehingga ditegaskan oleh Imam al-Ghazali 'barangsiapa yang mempertikai wasiat ini maka jatuh kafirlah ia". Bahkan apabila British mentadbir baitul Maqdis telah mengeluarkan perentah mahkamah pada tahun 1927. berdasarkan arahan Ketua Hakim British, Thomas Haycraft bahawa wakaf atas nama Tamim bin Aws dan keluarganya adalah sah.

Bersambung InsyaAllah

Dr Hafidzi Mohd Noor

Sunday, March 7, 2010

Bhg 2 - Konsep Islamicjerusalem, 'barakna fiha' dan 'barakna hawlahu'


Assalamualaikum,

Bhg 2

Prof Abd Fattah kemudian mengulas tentang ayat yang sering dibaca dan dihayati setiap tibanya 27 Rejab iaitu ayat 1 dari surah al-Isra' atau Bani Israel yang bermaksud 'Maha suci Dia (Allah) yang telah memperjalankan hambaNYa (Muhammad SAW) pada malam hari dari (min)Masjid al-Haram ke (ila) masjid al-Aqsa yang diberkati di sekelilingnya (hawlahu) untuk diperlihatkan tanda-tanda kebesaranNya . Sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha melihat.

Pertama apa yang dimaksudkan dengan 'hawlahu'. Terminologi ini sering ditafsirkan sebagai 'sekitaran' (vicinity or surrounding area) atau 'kejiaranan' (precincts) seperti yang diketengahkan oleh beberapa tokoh termasuk Abdullah Yusuf Ali dalam terjemahan al-Quran (dalam B. Inggeris). Prof Abdul Fattah tidak bersetuju dengan pemahaman seperti ini dan berpandangan 'sekeliling' lebih tepat. Ada perbezaan di anatar sekitaran dan sekeliling. Sekitaran merujuk kepada kawasan yang disekitarnya sahaja. Sedang sekeliling membawa maksud apa yang mengelilinginya. Terdapat batasan pada makna yang pertama sedang pada makna kedua tidak ada batasan. Dalam ertikata yang lain istilah 'hawlahu' merujuk kepada siri-siri bulatan yang semakin membesar (concentric circles) dengan Masjid al-Aqsa sebagai pusat bulatan tersebut. 'Concentric circles' ini menunjukkan bahawa keberkatan yang terpancar dari Masjid al-Aqsa menyinari (radiates) ke seluruh dunia tetapi dengan keamatan (intensity) yang semakin berkurangan. Bererti semakin hampir seseorang itu kepada Masjid al-Aqsa semakin hampirlah ia kepada pusat keberkatan tersebut dan begitu juga sebaliknya. (gambarajah disertakan)

Dalam peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah SAW melalui satu perjalanan dari Makkah ke Baitul Maqdis dan dari sebuah batu terapung (di mana letaknya kubah batu -kubah sakhrah pada hari ini) Nabi naik ke langit tertinggi bertemu dengan Allah. Ini satu isyarat bahawa di sinilah letaknya pusat keberkatan dan titik yang paling hampir dengan syurga Allah SWT.

Kerana itu Prof Abd Fattah menekankan peri pentingnya umat Islam mengambil berat tentang al-Aqsa dan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin. Apakah kita tidak mahu berada hampir dengan pusat keberkatan itu? Tidak kepinginkah kita untuk berada di bumi penuh barakah, bahkan tempat yang diperkira paling hampir dengan syurga Allah di bumi yang fana ini? Oleh kerana barakah itu sifatnya ghaib dan tidak boleh diukur dengan materi (kebendaaan) serta bersifat kerohanian, sesiapapun di atas muka bumi ini -meskipun dia berada pada kedudukan yang paling jauh dari pusat keberkatan itu, dia tetap akan mendapat manfaat yang cukup besar dari keberkatan yang memancar ke seluruh pelusuk alam jika hatinya tertambat ke sana, sentiasa memikir tentangnya sehingga rindu bertapak di jiwa untuk membebaskan masjid al-Aqsa dan bersolat di di dalamnya. Prof Abd Fattah mengakui bahawa beliau dapat merasakan keberkatan itu apabila jiwa raganya dibasahkan dengan perjuangan untuk membela dan mempertahankan masjid al-Aqsa. Dia merasakan keberkatan itu dalam kehidupan peribadinya, keluarganya, anak-anaknya. Denagn hanya 75 pound sterling dia memulakan akademi penyelidikan Islam di Kota London untuk mewujudkan program pengajian 'Islamicjerusalem, kini Prof Abd Fattah berjaya mengumpul dana yang begitu besar sehingga 1 juta pound setahun untuk membangunkan golongan cerdik pandai yang akan memperjuangkan isu Baitul Maqdis melalui pendekatan akademia. Sehingga kini tidak kurang dari 50 sarjana dan lebih dari 10 disertasi Phd telah dihasilkan dalam pengajian Islamic jerusalem. Kini pengajian ini ditawarkan oleh Universiti Aberdeen, Scotland, satu institusi berprestij dan antara yang tertua di UK, satu pengiktirafan dari komuniti akademia barat tentang kedudukan Baitul Maqdis dalam warisan Islam.

Jika kita melihat kedudukan ayat pertama dari surah al-Isra' itu ia menunjukkan isyarat yang tertentu. Surah al-Isra adalah surah yang ke 17 dan permulaan kepada juzu' 15. Ini bererti ayat 1 Surah al-Isra' berada betul-betul di tengah al-Quran (30 juzu'). Kedudukan ayat ini sendiri menunjukkan bahwa al-Aqsa dan Baitul Maqdis adalah pusat tumpuan umat Islam, bukan sahaja dari sudut kedudukan geografinya bahkan dari sudut agenda kehidupan seorang muslim.

Prof Abd Fattah kemudiannya mengulas tentang 'min' dan 'ila'. Perjalanan Isra Nabi SAW mengukuhkan lagi kedudukan kedua Masjid ini dalam konteks misi para Anbiya'. Kaabah di bina oleh Nabi Adam AS. Begitu juga Masjid al-Aqsa diasaskan oleh Nabi Adam AS. Menurut sebuah hadis sahih berdasarkan pertanyaan Abu Dzar al-Ghifari kepada Rasulullah SAW , jarak masa pembinaan kedua masjid adalah 40 tahun. Kemudian Nabi Ibrahim AS dan puteranya Nabi Ismail AS membina Kaabah di atas tapaknya asal dan bersama puteranya Ishaq AS membina Masjid al-Aqsa di atas tapaknya yang asal. Hubungan kedua masjid ini bukan sahaja dari sudut proses pembinaannya bahkan paling menakjubkan apabila seorang pelajar PhD menghasilkan tesisnya yang membuktikan kesamaan yang amat ketara terhadap struktur binaan kedua masjid. Hasil kajiannya ditulis dalam tesisnya yang berjudul 'The Architectural Development of Al-Aqsa mosque in Islamic Jerusalem in the Early Islamic Period: Sacred Architecture in the Shape of 'The Holy', Strathclyde University (2002)' oleh Haithem Fathi Al-Ratrout. Beliau mendapati kedua-dua tapak Kaabah dan kawasan masjid al-Aqsa yang disempadani oleh tembok mempunyai dimensi yang sama. Kedua-duanya adalah berbentuk segi empat tempat yang tidak sekata (irregular rectangle) Ke empat-empat segi empat ini bukan bersudut tepat (<> sedikit dari 90 darjah). Kaabah yang asal menganjur sehingga ke hijir Ismail (ini bermakna bangunan kaabah yang asal lebih panjang dari yang ada pada hari ini). Apabila kedua-dua tapak masjid ini ditindan (superimposed) dimensi keduanya adalah sama (pada ke empat-empat sudut tersebut). Ini bererti Masjid al-Aqsa adalah dimodelkan pada Kaabah tetapi pada nisbah ukuran panjang dan lebar yang lebih besar (greater proportion). Lebih menakjubkan lagi orientasi tapak masjiid al-Aqsa mengadap kepada Kaabah (line of vision).

Rasulullah SAW mematrikan hubungan risalah tauhid yang di bawa oleh para Nabi dari sejak Nabi Adam AS dan Ibrahim Khalilullah AS dengan peristiwa Isra dan Mikraj. Apabila Nabi bersolat di al-Aqsa setengah riwayat mengatakan 124,000 para Nabi menjadi makmum. Tapak masjid al-Aqsa boleh memuatkan sekitar setengah juta orang. Ini bererti separuh dari perkarangan masjid al-Aqsa pada malam Isra dan mikraj dipenuhi oleh para Nabi yang bersolat di situ. Dengan ini terbatallah perdebatan yang mengatakan bahawa kubah sakhrah atau Masjid Umar sebagai Masjid al-Aqsa sebenarnya. Keseluruhan kawasan yang dikelilingi oleh tembok itulah Masjid al-Aqsa, dan kedua-dua kubah hanyalah binaan-binaan yang terdapat pada Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Kedua-dua bangunan ini tidak wujud pada zaman Rasulullah SAW bahkan di bina pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan- Bani Ummayah (Kubah Sakhrah - 688M) dan Sultan Afdhal ibn Sallahuddin (Masjid Umar 1193M).

Implikasi Baitul Maqdis sebagai pusat barakah sangat besar. Apabila Baitul Maqdis dikuasai oleh British dalam Perang Dunia I pada tahun 1917, ia membuka jalan kepada tamatnya kekuasaan politik umat Islam. Pada tahun 1924 runtuhlah Khilafah Uthmaniyah yang menaungi seluruh dunia Islam. Ini bererti jika umat Islam hendak disatukan kembali dan kekuasaan politik Islam hendak diperkasakan kembali dan Islamic world order hendak dibangunkan kembali (Khilafah Uthmaniah) maka tidak syak lagi Baitul Maqdis wajib dibebaskan dari cengkaman zionis. Sebagaimana pembukaan Baitul Maqdis (637M) oleh Umar al-Khattab memadamkan empayar Rum Timur (bizantium), begitu juga Salahuddin al-Ayubi menamatkan kekuatan Salibiyah dengan merebut kembali Baitul Maqdis (1190M). Begitu juga al-Malik Zahir Baybers menamatkan ancaman tentera Monggol ke atas dunia Islam apabila mereka dikalahkan di Ain Jalut di luar Baitul Maqdis pada tahun 1258M.

Bersambung Bhg 3 - Visi Rasulullah SAW untuk membebaskan Baitul Maqdis (insyaAllah)

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
Palestine Centre of Excellence

Thursday, March 4, 2010

Excerpts from the seminar on Islamicjerusalem studies by Frof Dr Abd Fattah M El-Awaisi

Prof Dr Abd Fattah M. El-Awaisi

Prof Dr Abd Fattah M El-Awaisi (standing), Dr Khalid El-Awaisi dan Dr Maher Abu Munshar
with forum moderator


Group photo

Assalamualaikum,


Dikongsikan seminar yang disampaikan oleh Prof Dr Abd Fattah M. Awaisi daripada Islamicjerusalem Studies, Academy for Islamicjerusalem Studies, Scotland, UK

Hafidzi MN

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Excerpts from the Seminar by Prof Dr Abd Fattah M. El-Awaisi at Akademi Islam, Universiti Malaya delivered in the ‘One Day Seminar on IslamicJerusalem Studies’ on 4th March 2010

The idea for Islamicjerusalem and Islamicjerusalem studies started in 1994 with the establishment of ISRA (Islamic Research Academy). The following is the brief chronology that lead to the establishment of Islamicjerusalem studies graduate programme at the prestigious Univ of Aberdeen Scotland in September/October 2005

1994 ISRA

1997 Conferences and journal

1999 Scholarships at UK universities

2001 Creating a Centre

- Chair in islamicjerusalem Studies

- Teaching at Postgraduate level

Prof Abd Fattah stressed on the importance of barakah. When you work for Baitulmaqdis you’ll get the baraqah of that place. Those who support the cause will get the baraqah (physical and spiritual baraqah). You can experience the baraqah in your personal life, family life. The baraqah of Allah SWT.

He said what prompted him to undertake the challenge of developing Islamicjerusalem studies is Intellectually there is a dearth of research done by muslim in this field (Islamic jarusalem studies). On the contrary there has been an immense Israeli work and orientalist studies on Jarusalem but not by muslims. For instance the Israelis have been debating whether it was Amr bin Al-As or Umar who opened Jarusalem. (The Arabs have been taking for granted that it was Umar who opened Jerusalem since they do not make a distinction between Amr ‘ and Umr’..) Therefore If you need to debate with others you have to have to do it from the intellectual and academic angle. No doubt the Israelis and orientalist has done a lot of work in this area to serve their own interest.

Prof Dr Abd Fattah also disclosed that recently a group of Israeli scholars revealed that they did not discover anything jewish in the vicinity of the al-Aqsa mosque, showing the importance of knowledge to lay claims or counter claims on the ownership of the site on which the foundation of al-Aqsa mosque rests.

Why is it Islamicjerusalem studies was established in the UK and not in the muslim countries. UK is responsible for establishing the jewish state. (for the sake of the British interest in the region). Therefore choosing the place was not by chance, it was by design.

Prof Dr Abd Fattah spelled out the philosophy of this field – nothing is impossible (everything is possible). He related how he started with a humble 75 pound sterling from his own children savings when he first started. Now he reckoned Islamicjerusalem studies have spent in the region of 1 million pounds a year for the past 15 years, sponsoring students, holding conferences, publishing books, producing Masters and PhD students from many countries.

Since 1994 – has produced 50 Masters students, 10 Phd students, 13 conferences, a journal published since 1994. Allah SWT grant you with immense power when you have the vision. Money is important but it is not the primary impotant factor. You must have the will and the vision for people to have complete trust and share in your aspirations.

Allah create us for the imarah. (building). When you build for this life you are building for the afterlife. If your intention is for the sake of Allah, you’ll get the reward in the life and the next. That’s the imarah of this life. (There is nothing impossible).

The policies of this field

- We need to create the action and not to react to others (which have been the trademark of muslims down the ages in the field of intellectual discourses). We have to move away from reactionist to doing things and let others react to us. Try to be innovative. Create something from nothing. For instance we challenge them with the term ‘Islamicjerusalem’ (one word). Others claim this is wrong, since it has to be 2 words. Challenge them.

- We are not politicians. Politics and academics must be separated but they must cooperate. You have to be independent. Orientalist becomes very successful because of the link between knowledge and power. They must complement each other rather than working for one another.

Islamicjerusalem

Is a new terminology for a new concept, Which may be translated into the Arabic language as Bayt al-Maqdis. It can be fairly and eventually characterized and defined as a unique rigeon laden with a rich historical background, religious significances, cultural attachments, competing political and religious claims, international interests and various aspects that affect the rest of the world in both historical and contemporary contexts. It has a central frame of reference and a vital nature with three prinbcipal intertwined elements: its geographical location (land and boundaries), its people (population) and its unique and creative inclusive vision, to administrate that land and its people, as a model of multiculturalism.

Methodology.

Interdisciplinary and multidisciplinary

After 15 years in the UK, requires a new strategy for the future. The plan to establish this field in the muslim countries. Prof Dr Abd Fattah is very hopeful that Universiti Malaya for this endeavour.

He concluded by saying that it is a unique research field and it can generate a lot of research interest spanning many multidisciplinary areas.

Dilaporkan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor

Rumusan dari Seminar Prof Dr Abd Fattah M El-Awaisi - Konsep IslamicJerusalem, 'barakna fiha' dan 'barakna hawlahu' (Bhg 1)



Semalam 4 Mac, saya bersama Ir Dr Selamat (Pengerusi JKPA dan Timb Pengarah PACE) dan ukth Norazain anidin (Felo Kanan PACE) telah sempat menghadiri seminar sehari 'Islamicjerusalem studies' anjuran Academy for Islamicjerusalem Studies, Scotland UK yang disempurnakan di Akademi Pengajian Islam, Univ Malaya. (Ust Shamsul Maarif dan anak beliau Auza'i juga hadir). Kami mendapat pendedahan yang amat penting tentang kedudukan Baitul Maqdis yang dilihat dari sudut pengkajian akademik secara objektif. Prof Dr Abd Fattah M. El-Awaisi (kelahiran Palestin -keluarga beliau diusir keluar dalam tragedi Nakbah 1948) adalah merupakan pengasas kepada ISRA (Islamic Research Academy) yang ditubuhkan di London pada tahun 1994. Beliaulah yang telah memperkenalkan konsep 'IslamicJerusalem' dan 'IslamicJerusalem studies'. Sehingga kini program IslamicJerusalem studies telah menghasilkan lebih dari 50 dissertasi Masters dan 10 tesis PhD berkaitan dengan Baitul Maqdis dalam pelbagai aspek. Kini program IslamicJerusalem studies di peringkat M.Litt dan PhD ditawarkan oleh University of Aberdeen Scotland. Setakat ini 12 orang scholar dari Malaysia telah bergraduat dalam IslamicJerusalem studies (2 PhD dan 10 M.Litt). Saya akan menulis lanjut tentang peluang untuk melanjutkan pengajian dalam IslamicJerusalem Studies dalam kesempatan lain. insyaAllah.
Kali ini saya hendak berkongsi satu sudut pandang yang amat penting mengenai Baitul Maqdis yang perlu digarap oleh umat Islam demi menyemai cinta dan rindu terhadap Baytul Maqdis. yang kami perolehi dari Prof Dr Abd Fattah M. El-Awaisi dari seminar tersebut.

Rencana ini ditulis dari rumusan penyampaian Prof Dr Abd al-Fattah El-Awaisi dalam program ’One-Day Seminar on IslamicJerusalem Studies anjuran Academy for IslamicJerusalem Studies, Scotland, UK yang dianjrkan oleh Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 4 Mac 2010, Monograph on IslamicJerusalem Studies (no. 8) IslamicJerusalem Studies: A Guide, oleh Abd Fattah M. El-Awaisi, al-Maktoum Inst Academic Press, 2007; dan ’Teori Bulatan Barakah IslamicJerusalem’ dari buku ’Meneroka Identiti IslamicJerusalem (diterjemah dari tajuk asal ’Introducing IslamicJerusalem, Abd Fattah M. El-Awaisi), hlm 25 – 35, Akedemi Pengajian Islam, Univ. Malaya, Kuala Lumpur 2008

Konsep ‘IslamicJerusalem’, ‘barakna fiha’ dan ‘barakna hawlahu’

Baitul Maqdis yang terletak di bumi barakah al-Quds (bumi suci) mempunyai sejarah yang berkait rapat dengan para Nabi sejak dari Nabi Adam AS. Menilai kedudukan Baitul Maqdis sedemikian rupa mendorong seorang tokoh intelektual tersohor Prof Dr Abdul Fattah El-Awaisi merujuknya sebagai ’IslamicJerusalem’. Beliau memperkenalkan konsep ’Islamic Jerusalem’ pada tahun 1994 ketika membangunkan ISRA (Islamic Research Academy) di kota London. Beliau menegaskan ’Islamic Jerusalem’ tidak merujuk kepada kota Jerusalem baik pada zaman muslim, kristian atau yahudi seumpama ’muslim Jerusalem’, ’jewish Jerusalem’ atau ’Cristian Jerusalem’ yang merujuk kepada era-era tertentu di dalam sejarah, tetapi ia adalah satu konsep yang komprehensif yang terkandung di dalam tiga elemen penting iaitu: lokasi geografi, penduduknya dan visi untuk mentadbir penduduknya berdasarkan prinsip-prinsip keadilan yang membawa kemanan. Secara rengkasnya ’IslamicJerusalem’ mewakili satu visi untuk kewujudan bersama (peaceful co-existence) dan satu pendekatan bagi manusia yang pelbagai latar belakang agama dan kebudayaan boleh hidup bersama di dalam persekitaran multibudaya (multiculturalism) melalui pemuafakatan (engagement), kepelbagaian (diversity) dan toleransi. Khalifah Umar al-Khatab adalah ’fatih’ (pembuka) kepada ’IslamicJerusalem’ yang pertama menterjemahkan visi ini baik dalam bentuk dokumentasi (piagam keamanan Umar) dan juga dari sudut perlaksanaannya. Konsep ’IslamicJerusalem’ boleh menjadi landasan dan model untuk kewujudan masyarakat multibudaya dan multietnik yang lestari di mana-manapun di dunia ini.

Istilah yang terbentuk dari dua perkataan ’Islamic’ dan ’Jarusalem’ kemudian digabungkan menjadi satu iaitu ’IslamicJerusalem’ kerana pengasas kepada terminologi ini merasakan keduanya tidak boleh dipisahkan. Ini bererti Jerusalem (Baytul Maqdis) adalah identik dengan Islam sehingga tidak mungkin Jerusalem hadir tanpa Islam.

Ini membawa kita kepada persoalan ’barakah’ dan kaitannya dengan Baitul Maqdis. Di dalam al-Quran, Baytul Maqdis dinyatakan sebagai bumi Barakah sebanyak lima kali dalam empat surah iaitu Al-Anbiya ayat 71 dan ayat 81, Saba’ ayat 18, al-A’raf ayat 137 dan al-Isra’ ayat 1. Empat ayat yang pertama merujuk kepada IslamicJerusalem sebagai ’Al-Ard’ al-lati Barakna fiha’ iaitu bumi yang ’kami telah berkati’. Ayat yang kelima dari surah al-Isra’ adalah berkait dengan peristiwa Isra’ dan Mi’raj dan merujuk kepada Masjid al-Aqsa Al’ladhi Barakna Hawlahu’ iaitu ’yang kami telah lingkungi dengan Barakah’.

Ada perbezaan di dalam pemusatan makna Barakah dalam empat ayat yang pertama dan ayat yang ke lima. Empat ayat yang pertama menunjukkan sempadan yang melingkari pusat barakah tersebut sedang ayat yang ke lima merujuk kepada pusat barakah itu sendiri. Istilah ’Barakah’ ini telah mendorong Prof Dr Abd Fattah untuk mengulas pusat barakah serta sempadan geografi yang melingkarinya. Hasil dari penelitian dan kajian seorang pelajar PhD beliau iaitu Khalid El-Awaisi yang menghasilkan tesis berjudul ’Mapping IslamicJerusalem: The Geographical Extent of the Land of Bayt al-Maqdis, the Holy Land and the Land of Barakah’ (Al-Maktoum Inst. For Arabic and Islamic Studies/Univ. Of Aberdeen – 2006), beliau telah mengemukakan hujah-hujah berdasarkan sumber asas Islam (al-Quran dan hadith) dan rujukan sejarah klasik Islam dalam menentukan ruang lingkup geografi yang meliputi ’IslamicJerusalem’. Beliau merumuskan bahawa apa yang dikatakan sebagai ’IslamicJerusalem’ itu tidaklah sekadar Masjid al-Aqsa atau sempadan kota lama, atau Baitul Maqdis timur dan barat (seperti yang dirujuk pada hari ini) atau Baitul Maqdis besar (greater Baitul Maqdis) bahkan ia adalah satu wilayah yang merangkumi pelbagai bandar, pekan dan penempatan yang mana Masjid al-Aqsa adalah pusatnya.

Prof Dr Abd al-Fatth juga menjelaskan ’barakah’ mempunyai makna pada sisi ’spiritual’ dan ’fizikal’. Manifestasi dari sudut fizikalnya ialah lingkungan lokasi geografinya (ini termasuklah bentuk muka buminya, topografinya, iklim, hasil-hasil pertanian (tin, zaitun dan citrus) yang tinggi kualitinya sedang sisi ’spiritual’ adalah bersifat abstrak yang meskipun tidak dapat diungkapkan namun ia dapat dirasakan dalam bentuk-bentuk keberkatan yang meliputi kehidupan seseorang. (Sebab itu Prof Dr Abd al-Fattah menekankan mereka yang berkerja dan membela Baitul Maqdis akan mendapat keberkatan yang melimpah dari bumi penuh barakah itu disepanjang zaman). Bahkan manifestasi barakah dari sisi ’spiritual’ ini dapat dirasai dengan hakikat bahawa bumi ini menjadi tempat pertemuan tiga agama Samawi (meskipun Yahudi dan Kristian sudah melakukan penyelewengan) dan juga Nabi-Nabi diutus di lahirkan di sana (Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Isa, Nabi Sulaiman, Nabi Daud Alaihis sala tu wassalam), berhijrah ke sana (Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Lut Alaihis sala tuwas salam) dan wafat di sana.

Mekah juga adalah bumi barakah tetapi perbezaan di antara barakah Mekah dan barakah Baitul Maqdis ialah ’barakah’ di Mekah adalah ekslusif untuk muslim sedang ’barakah’ Baitul Maqdis adalah untuk semua tanpa kecuali. Ini adalah berdasarkan kepada surah al-Anbiya ayat 71 di mana al-Quran merujuk kepada Baitul Maqdis sebagai ’tanah yang kami telah anugerahkan Barakah pada semua makhluk di seluruh alam.’ Ayat ini merujuk kepada Nabi Ibrahim AS. Ini bermakna konsep barakah untuk seisi alam (konsep IslamicJerusalem) ini telah dipatrikan sejak dari awal lagi bahkan sejak sebelum Nabi Ibrahim AS berhijrah ke sana.

Setelah menggariskan hakikat barakah yang meliputi BaitulMaqdis, Prof Dr Abd Fattah kemudian menjelaskan sempadan bumi barakah itu berdasarkan bukti sejarah. Al-Waqidi, sejarawan muslim awal merujuk kepada satu laporan di mana Abu Baqr as-Sidq menyatakan kepada Amr al-As yang beliau telah dilantik bagi wilayah ’Palestin dan Aelia (Alaika bi Filistin wa Illia). Kalimah ’wa’ di sini membawa dua maksud iaitu pertama; ia terpisah dan berbeza (yakni Palestin dan Aelia (nama asal Baitul Maqdis) adalah dua wilayah yang dibezakan. Kedua kalimah ’wa’ juga boleh membawa maksud lebih penting atau lebih utama. Ini bermakna Aelia (Baitul Maqdis) adalah lebih signifikan dari Palestin secara umum. Nama Aelia terus kekal dirujuk oleh Umar al-Khattab bahkan sehingga zaman Bani Ummayah. Berdasarkan kepada rujukan sarjana muslim silam Dr Khalid El-Awaisi, Aelia atau ’IslamicJerusalem’ dari segi sempadan geogarfinya meliputi kawasan seluas 40 batu X 40 batu (64 km X 64 km) dengan Masjid al-Aqsa sebagai pusatnya. Sempadan ini jugalah yang dijadikan wilayah pentadbiran Baitul Maqdis pada zaman Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Uthmaniyah yang terakhir). Ia dirujuk sebagai ’Rantau Jerusalem Merdeka yang Gemilang’ (Liwa al-Quds al-Mustaqil al-Mumtaz). Wilayah yang termasuk di dalamnya ialah Jerusalem, Jaffa (sebutan ’Yaffa’), Hebron (Ibrahimi), Gaza (Ghazza) dan Beersheba

Bersama ini dilampirkan lingkungan geogarfi ’IslamicJerusalem’ atau Baitul Maqdis

Bersambung insyaAllah dengan huraian ’Hawlahu’

Dirumuskan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor
 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc