menggambarkan pertempuran di antara tentera Feringgi dan pahlawan melayu/Islam
Penulis berdiri dalam pintu gerbang A Famosa yang diberi nama
Santiago oleh Afonso D' Albuqueque
(ehsan seorang penduduk tempatan yg menyerahkan kepada muzium Melaka) Lantai A Famosa (Amin kata takda orang yang ambil gambar lantai - Abi jawab itulah bezanya ahli sejarah dengan pengunjung biasa)
Alhamdulillah, kami bertiga turun ke Melaka pada 11 hingga 12 Disember untuk melakukan excursion bagi melengkapkan buku Jejak Risalah Nusantara II yang sedang ditulis. Umi (Zuraidah) ada kerja rasmi TNB di Seri Warisan Resort, Air Keroh, Melaka. Kami (abi dan adek ambil peluang untuk ke Bandar Hilir untuk historical excursion kami. Objektif untuk merakamkan gambar-gambar dari lukisan mengenai serangan Portugis di Melaka yang terdapat di Muzium Melaka dapat dilaksanakan. Abi juga dapat membeli sebuah buku 'Pengkisahan Melaka 2003-2006' yang mengandungi beberapa maklumat penting terutama tentang De Eredia, penulis berbangsa Portugis yang hidup pada kurun ke 16 terutama tentang latarbelakang keluarganya. kalau nak tahu, nantikan buku 'Jejak Risalah Nusantara Jilid 2'
0 comments:
Post a Comment