Bersama Pak Hiayat Nur Wahid, speaker Parlimen Indonesia yg turut menjadi pengucap utama. Bergambar di depan Masjid Sultan Ahmad yang dibina pada kurun ke 16M
Bersama delegasi dari Syria yang terdiri dari beberapa NGO yang terlibat dalam membantu rakyat Palestin Bergambar di depan tempat di mana berlangsungnya forum al QudsSuasana dalam dewan persidangan
Pada 15 - 17 November Dr Hafidzi telah berpeluang untuk mewakili JIM ke forum al Quds anjuran Al Quds Institute di Istanbul, Turki. Seramai 7 orang wakil dari JIM hadir persidangan ini. Perwakilan dari JIM diketuai oleh Presidennya sendiri Tn Hj Zaid Kamaruddin. Anggota rombongan JIM terdiri dari Ust Dr Ahmad Syeikh Farid, AJK JIM Pusat, Ir Hj Zairulsyafuddin, selaku Pengerusi JK JIM International, Ir Selamat Aliman, Timb Pengerusi dan Ketua JK berkaitan Palestin, Dr Hj Hafidzi Mohd Noor selaku Pengarah PACE, Dato' Mustapha Kamal Mohd Zaini, aktivis kemanusiaan TKM (Tabung Kemanusiaan Mindanao) dan Mujahid Hasanuddin (fellow PACE). Perwakilan dari Aman Palestin yang diketuai oleh Pengerusinya sendiri iaitu Ust Abdullah Zaik juga hadir. Forum al Quds ini telah dihadiri oleh lebih dari 5,000 perwakilan dari hampir 60 negara untuk menyatkan solidariti bersama rakyat Palestin dan menyokong perjuangan untuk memerdekakan tanah suci umat Islam dari penjajahan dan pencerobohan zionis. Forum ini membariskan pemimpin-pemimpin NGO dari seluruh dunia Islam. Wakil-wakil kerajaan negara-negara Islam turut memberi ucapan termasuk speaker DPR (Dewan Perwakilan Rakyat - Parlimen Indonesia) iaitu Pak Hidayat Nur Wahid. Forum telah menggariskan deklarasi Istanbul yang antara lain menegaskan pendirian umat Islam untuk tidak memberi sokongan kepada pelbagai usaha yang ditaja oleh US yang kononnya akan membawa perdamaian tetapi sebaliknya hanya memperkemas cengkaman rejim zionis Israel ke atas wilayah yang diduduiki di Palestin terutama Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa.
Mudah-mudahan kecintaan umat Islam ke atas tanah suci al Quds seperti yang dipamerkan dalam persidangan ini dihitung sebagai jihad di dalam perjuangan ke arah membebaskan masjid al Aqsa. Ameen Ya Rabb.
0 comments:
Post a Comment