Sunday, December 23, 2007

Tiga Tahun dahulu - Tsunami 26 Disember 2004

Pemandangan di Lok Nga, Aceh. Bertukar padang jarak
padang tekukur. Sebelum dilanda tsunami ini ada
kawasan perumahan mewah tepi pantai

Ini adalah tingkat dua dari rumah dua tingkat yang terpisah dan hanyut di bawa air

Abg Qayyim meladeni anak-anak yatim darul Aitam 3 dalam misi kasih aceh 4 JIM-PKS

Anak-anak yatim Aceh Darul aitam 3 semasa berada di rumah kami sempena lawatan ke Malaysia tajaan JIM untuk tujuan kutipan tabung bantuan tsunami. (Defi, Desy, Wulan, Jannati, Susi, Cut Arma, Aton, Raudhah bersama Umi Zuraidah)

Anak angkat kami Fitria Wulan Sari. Ketika kejadian tsunami berusia 5 setengah tahun. Kini anakanda Wulan sudah berusia 8 tahun. Beliau kematian ayah dalam peristiwa tsunami. Dua kali datang ke Malaysia dan duduk di rumah untuk menjalani rawatan.

Peristiwa yang berlaku tiga tahun lalu masih segar dalam ingatan. Peristiwa tsunami yang membunuh hampir 230,000 nyawa sebahagian besarnya di Aceh telah menimbulkan keinsafan yang mendalam di dalam jiwa kami sekeluarga. Abi mengetuai misi Kasih Aceh JIM PKS 2 pada bulan Feb 2005 dan anakanda qayyim menyertai misi ke 4 pada bulan April. Peristiwa tsunami telah membuahkan ukhuwah yang kuat di antara kami (khususnya dari JIM) dengan saudara seagama di aceh melalui PKS (Partai Keadilan Sejahtera) dan KKIA (Komite Kemanusiaan Indonesia untuk Aceh - badan NGO yang ditubuhkan khas untuk membantu rakyat Aceh ekoran peristiwa tsunami). JIM telah menaja beberapa orang anak yatim di rumah Darul aitam 3. Lapan orang dari anak-anak ini pernah di bawa ke Malaysia. Salah seorang yang paling kecil Fitria Wulan Sari (ketika kejadian berusia 5 setengah tahun) pernah di bawa untuk menjalani rawatan sebanyak dua kali di Malaysia kerana masalah tonsil dan jangkitan telinga). Anakanda Fitria Wulan Sari kini kami anggap sebagai anak angkat kami di Aceh dan masih terngiang-ngiang lagi keletahnya ketika berada di rumah selama hampir tiga bulan. Semuga anakanda Wulan dan anak-anak Darul Aitam yang lain menjadi anak-anak yang soleh serta maju jaya dalam persekolahan sebagai jaminan hidup di masa hadapan.

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc