Thursday, December 13, 2007

Penerusan Projek Buku Jejak Risalah Nusantara 2

Kulit depan buku Jejak Risalah di Nusantara 1

Projek Penulisan 'Jejak Risalah di Nusantara 2' ialah lanjutan dari siri 1 yang mengupas sejarah dakwah di nusantara dari zaman pra-islam hingga era pelayaran Cheng Ho. Di antara tajuk yang dikupas dalam buku ini ialah bagaimana dan bila Islam tersebar dalam usaha penulis untuk memperbetulkan beberapa tanggapan dangkal mengenai sejarah Islam di nusantara hasil penelitian sarjana barat (orientalis) yang ditugaskan memenuhi agenda penjajahan barat secara halus dan menggunakan pendekatan ilmiah. Penulis cuba untuk membawa pembaca menilai semula kesan Islam kepada jatidiri orang melayu terutama dari sudut spiritual, intelektual, kewibawaan dan kebudayaan. Penulis juga menegaskan untuk melihat kesan peninggalan Islam jangan dicari pada kesan-kesan runtuhan dan artifek tetapi lihatlah kepada cara hidup, budaya fikir bahkan sistem pemerintahan dan perundangan yang diwariskan kepada umat melayu nusantara. InsyaAllah buku yang kedua akan membawa pembaca menelusuri period yang paling getir yang pernah dilalui oleh umat Islam di nusantara iaitu jihad menentang gelombang penjajahan barat yang pertama iaitu Portugis dan Sepanyol. Melalui buku ini para pembaca akan dibawa menghayati jihad yang dipelopori oleh umat Islam di Melaka, Maluku, Brunei, Mindanao, Johor, Demak dan Sunda Kelapa (Jakarta), InsyaAllah. Mohon doa dari semua.

Untuk mendapatkan buku 'Jejak Risalah di Nusantara 1' sila hubungi

Sdr Wan Muhammad Wan Ibrahim, No tel ibu Pej JIM 03-41089669


3 comments:

Fauzan Ibrahim said...

Ingin tahu isinya..mabruk Dr. Hafidzi..juhud kathir

Muhamamd Firdaus said...

salam.
qayyim,ana cadangkan segala kajian Dr. dalam hal sejarah Islam di nusantara ini dinukilkan dengan serius melalui blog. lihat contoh seperti:
http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Insya Allah info yg haq akan tersebar dengan lebih luas..

Muhamamd Firdaus said...

eh silap..maaf Dr. Ingatkan blog qayyim tadi..

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc