Saturday, November 8, 2008

Wakil-wakil PACE menghadiri IHCAVO - Jakarta 31 Okt - 2 Nov 2008

Bilik Persidangan di Jakarta Convention Centre - bersebelahan dengan Hotel Sultan

Dr Hafidzi dan Ir Selamat bergambar bersama Ismail Adam Patel, Pengerusi Friends of al Aqsa yang bergerak dari Leicester, UK

Bersama Bro Talal Hussein dari Humanitarian Relief For Development Society. Beliau menunjukkan projek sebuah kompleks untuk anak-anak yatim di Beirut, Lubnan yang sekarang dalam pembinaan. Kompleks ini lengkap dengan kemudahan pendidikan, perubatan dan keperluan sosial anak-anak yatim Palestin


Bersama Bro Osama Qashoo yang telah menganjurkan program bantuan kemanusian ke Gaza melalui jalan laut dengan melepasi kepungan Israel. Program ini disertai oleh ahli-ahli parlimen Eropah. Setakat ini sudah tiga kali ekspedisi dengan bot berjaya melepas kepungan Israel dan tiba di Pelabuhan Gaza, di sambut oleh penduduk Gaza dengan penuh kesyukuran. Mereka sedang merancang lagi ekspedisi ke Gaza dari masa ke semasa melalui jalan laut.

Bersama Mufti al Aqsa Syeikh Ekrima Saeed Sabri

Mufti al Aqsa Syeikh Ekrima Saeed Sabri bersama peserta konvensyen meraikan nasyid Palestin pada malam kebudayaan yang di hos oleh Menteri Pertanian Indonesia sebagai promosi Tahun Melawat Indonesia 2008

Pada 31 Okt – 2 Nov. Kami (Dr Hafidzi dan Ir Selamat mewakili PACE ke ICAVO - International Humanitarian Conference on Assistanship for Victims of Occupation (Palestine) yang dilangsungkan di Jakarta Konvensyen Centre. Konferens ini di rasmikan oleh MenLu Rep Indonesia, Hassan Wirajuda. Ketua Pengarah Konferensi ialah Bapak Suripto (tetamu kemorhat semasa JIM menganjurkan majlis amal untuk mangsa tsunami Aceh pd tahun 2005 dahulu). Mufti Masjid Al-aqsa, Ekrima Sa'eed Sabri hadir di konferens ini. Perasmiannya berlangsung pada hari jumaat 31 oktober.


Menteri Luar RI Hassan Wirajuda berucap dlm ucapan perasmian 'hanya bangsa Palestin yg bias mengakhiri penjajahan dan penderitaan mereka dan memperoleh kemerdekaannya" Adalah menjadi dasar penjajah untuk selalu memecah belah dan menguasai wilayah jajahannya.Berdasarkan pengalaman Indonesia sendiri, yang di jajah ratusan tahun, perpecahan selamanya tidak menguntungkan. Beliau merujuk kepada pertembungan di antara Hamas dan Fatah dan pelbagai fraksi di Palestin. Beliau menyeru agar upaya kesatuan dibina dari peringkat pemerintah sehingga ulama kerana tanpa persatuan, usaha untuk memperoleh kemerdekaan itu tidak mudah. Atas kata-kata sambutan ini, mufti Masjid al-Aqsa, Syeikh Ikram Saeed Sabri.mengatakan 'memang benar, dengan persatuan susah untuk memperoleh kemerdekaan, apalagi tanpa persatuan.


(Bersambung InsyaAllah)

Dr Hafidzi Mohd Noor

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc