Friday, November 27, 2009

Trailer Rumah Pusaka

Segala puji dipanjatkan pada Allah, sejak awal pembikinan dokumentari ini (2 Syawal 1430)- secara tidak sengaja selepas melewati rumah Arwah atok Kornain & Nenek Bahenah di Seri Gading), akhirnya trailernya berjaya juga disiapkan.

trailer ini memperkenalkan adik Muhammad Ahnaf Shakir, cicit kepada arwah Atok Kornain & Nenek Bahenah. dokumentari penuh sudahpun masuk dalam fasa terakhir persiapan, insyaAllah akan di tayangkan dalam perjumpaan keluarga yang akan datang..(mungkin kenduri Aiel di Kluang?)

Tuesday, November 24, 2009

Perutusan Eid-ul-Adha 1430H PACE

PERUTUSAN EID-ADHA PACE

Saat ini hampir tiga juta umat Islam sedang berada di Makkatul Mukarramah untuk melaksanakan ibadah haji, kemuncak kepada rukun Islam ke lima. Hari Raya Haji juga disebut sebagai Yaum-un-Nahar atau hari menyembelih haiwan qurban. Hari itulah yang disambut sebagai Eid-ul-Adha hari Raya yang dikaitkan dengan ibadah ‘udhiya atau korban.

Ibadah Qurban adalah sunnah para Nabi sejak awal. Ia telah disyariatkan dari Nabi Adam AS di mana anak-anak baginda telah diperentahkan oleh Allah melakukan ibadah tersebut sebagai suatu ujian. Riwayat menunjukkan bahawa Habil telah melepasi ujian tersebut dan mendapat keredhaan Allah sedang Qabil gagal dimurkai oleh Allah. Sesungguhnya ibadah qurban yang disyariatkan kepada umat Muhammad SAW adalah mengambil sempena dari ibadah qurban yang diperentahkan kepada keluarga Ibrahim AS. Sesungguhnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS telah melepasi satu tahap ujian yang membuktikan kesediaan untuk melaksanakan perentah Allah meski ianya amat berat iaitu seorang ayah diperentahkan untuk menyembelih anaknya sendiri. Sebagai ganjaran di atas kesabaran dan benarnya iman keluarga Ibrahim maka Allah telah menggantikan Ismail dengan sebuah domba yang besar.

Hari ini ibadah qurban ini dihayati dalam bentuk menyembelih haiwan ternakan pada hari Raya Qurban. Ia adalah satu lambing bahawa seorang muslim sentiasa bersedia untuk berqurban demi meninggikan kalimah Allah dalam semua keadaan. Jika Ibrahim AS bersedia menuruti perentah Allah untuk mengorbankan anak yang paling disayanginya maka tidak ada yang menghalang seorang muslim untuk mengorbankan apa sahaja pada dirinya demi melaksanakan perentah Allah SWT.

Ibadah qurban juga adalah lambang perpaduan ummah yang tidak mengenali batas sempadan. Pada hari ini seringkali umat Islam digalakkan untuk berkorban kepada ‘yang lebih memerlukan’. Daging ibadah qurban akan diagih-agihkan di tempat-tempat di mana umat Islam menderita akibat konflik, peperangan dan bencana alam. Kini terdapat pelbagai skim penyertaan ibadah kurban yang disempurnakan melalui inisiatif pelbagai NGO di negara-negara umat Islam yang menjadi keutamaan. Namun yang lebih penting dari ibadah qurban itu sendiri ialah sejauh manakah umat Islam menghayati hikmah di sebaliknya. Ia bukan sekadar menyembelih haiwan qurban dan daging diagih-agihkan kepada fakir miskin setiap tahun tanpa diiringi dengan perubahan sikap dan keutamaan dalam menyusun agenda kehidupan. Sesungguhnya ibadah qurban yang dilakukan pada pagi Eid-ul-adha itu hanyalah satu permulaan dan penterjemahan kepada tekad yang bulat untuk sedia berkorban dalam setiap ketika.

Solidariti umat bukan diukur dengan menagihkan daging korban setahun sekali kemudian melupakan tanggungjawab yang lebih besar untuk membela umat Islam di mana sahaja mereka berada. Di Palestin khususnya , tanggungjawab umat Islam tidak selesai dengan hanya melakukan ibadah qurban, kemudian melupakan penderitaan saudara-saudara seakidah yang ditindas oleh musuh-musuh zionis sepanjang masa. Rakyat Palestin sudah terjajah lebih dari 61 tahun kini dan Baitul Maqdis tanah suci umat Islam serta Masjid al-Aqsa yang terdapat di sana sudah berada dalam cengkaman zionis selama lebih dari 42 tahun. Tentunya umat Islam punya kewajipan untuk membebaskan tanah suci umat Islam dan memelihara kesucian Masjid al-Aqsa yang sentiasa diancam oleh musuh-musuh zionis Israel. Jika warga Palestin berada di barisan depan bumi ribat Baitul Maqdis (bumi peperangan) maka saudara-saudara seiman di seluruh dunia member mereka segenap segala bantuan dan sokongan yang diperlukan untuk memenangkan jihad ini. Saudara-saudara mereka tidak akan membiarkan mereka bersendirian mempertahankan tanah suci umat Islam. Lebih dahsyat lagi jika saudara-saudara mereka berkhianat dan bersekongkol pula dengan musuh-musuh mereka dalam menjalankan makar untuk melemahkan perjuangan rakyat Palestin seperti yang berlaku pada hari ini.

Bukti betapa sebahagian umat ini telah berkhianat kepada saudara-saudara mereka di Palestin dapat kita perhatikan dengan jelas pada hari ini di Gaza. Kita melihat bagaimana sebahagian rakyat Palestin sendiri menjalin kerjasama dan berdamai dengan musuh untuk menggagalkan penentangan ke atas pencerobohan Israel. Di dalam keadaan Israel terus mengkhianati perjanjian-perjanjian yang mereka meterai, pemimpin-pemimpin rakyat Palestin terus menaruh kepercayaan dan harapan terhadap musuh. Israel di waktu yang sama terus melakukan pencerobohan demi pencerobohan, membina lebih banyak penempatan haram Yahudi di Baitul maqdis timur dan Tebing barat yang dijajah pada tahun 1967. Israel terus berdolak-dalih untuk melaksanakan penyelesaian dua negara ‘two state solution’ yang dijadikan umpan kepada Mahmud Abbas pemimpin-pemimpin Fatah. Tembok pemisah yang menceroboh jauh ke dalam wilayah yang diduduki di Tebing barat dan hampir mengepung Baitul Maqdis dari semua arah terus dibina di atas tanah rakyat Palestin, menghalang mereka dari mengerjakan ladang-ladang zaitun yang mereka warisi sejak ratusan tahun. Anak-anak mereka terhalang dari meneruskan persekolahan kerana tembok menghalang perjalanan mereka untuk ke sekolah.

Di masa yang sama penduduk Gaza telah dikepung dari semua arah dan dikenakan sekatan ekonomi yang menyeluruh sejak tiga tahun yang lalu. Semua pintu masuk ditutup kepada sebarang laluan sehingga kini Gaza menjadi penjara terbuka terbesar di dunia. Makanan, bekalan air bersih, ubat-ubatan dan bahanapi semuanya disekat dari penduduk Gaza. Pada saat ini hampir 50% dari kanak-kanak menderita kekurangan zat makanan. Dalam keadaan terkepung itu mereka dikhianati pula oleh rejim-rejim Arab yang berjiran. Negara-negara Arab yang mewah dengan petrodollar tidak membantu malah mereka bersekongkol pula dengan Amerika Syarikat dan berusaha untuk meraih sokongan barat. Mesir yang merupakan jiran yang terdekat bahkan satu-satunya Negara Arab yang berjiran dengan Gaza telah menutup sempadan di Rafah dan tidak membenarkan bantuan termasuk ubat-ubatan yang sangat diperlukan di Gaza. Bahkan kezaliman Mesir sangat menyolok apabila Gaza diserang secara biadap oleh Israel pada awal tahun 2009. Misi-misi perubatan dari seluruh dunia merasa hampa apabila mereka tidak dibenarkan masuk untuk merawat penduduk Gaza yang menderita akibat serangan bertubi-tubi Israel termasuk menggunakan senjata yang diharamkan seperti ‘white phosphorous’. Bahkan lebih dahsyat lagi apabila rakyat Gaza yang ingin mendapatkan rawatan di Mesir tidak dibenarkan masuk.

Semua ini menuntut seluruh dunia Islam merenung sedalam-dalamnya implikasi tuntutan ibadah qurban yang disyariatkan pada hari Raya Eid-ul-adha. Apakah umat Islam telah menghayati makna ibadah qurban yang dilakukan saban tahun setiap tibanya Eid-ul-adha. Bahkan sudah menjadi semacam trend pula bagi setengah-setengah pemimpin politik berbangga dengan jumlah puluhan atau ratusan haiwan qurban yang disedekahkan oleh mereka. Namun ia tidak menatijahkan dan diterjemahkan dalam bentuk yang dituntut oleh Islam. Umat Islam terus dibiarkan tanpa pembelaan. Rakyat palestin terus dinafikan hak mereka dan dibiarkan tanpa sebarang pembelaan.

Sudah tibalah waktunya umat Islam membuat satu lonjakan untuk menterjemahkan ibadah qurban yang dilakukan mulai tahun ini melepasi sekadar satu ‘ritual’ atau ibadah khusus. Sepatutnya ia membekas dijiwa untuk umat Islam bangkit dan menyahut perentah Allah dalam menunaikan tuntutan jihad sebagaimana keluarga Ibrahim mengorbankan anaknya yang paling disayangi demi mentaati arahan Allah SWT. Dalam nada yang sama umat islam harus bersedia untuk mengorbankan masanya, tenaganya, harta dan sumber-sumber yang dimilikinya, mengerah pelbagai usaha untuk perjuangan pembebasan tanah suci.

Pada hari ini kita melihat masyarakat antarabangsa termasuk masyarakat sipil (Civil society) semakin memahami pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan oleh Israel ke atas hak asasi rakyat Palestin. Mereka menjalankan kempen-kempen boikot barangan yang menyokong ekonomi Israel yang dinamakan sebagai BDS (Boycott, Divestment and Sanction). Kempen BDS ini mendapat sokongan yang semakin besar di Amerika, Negara-negara EU dan Australia. Malah beberapa buah institusi pengajian tinggi dan university di USA telah memutuskan untuk mengalihkan pelaburan mereka dari syarikat-syarikat yang dikenal pasti menyokong ekonomi Israel. British Universiti dan College Union mengusulkan untuk memboikot university-universiti Israel.

Malangnya di kalangan umat Islam di Negara-negara umat Islam sendiri tidak menyahut kempen boikot barangan yang memberi sokongan ekonomi kepada Israel. Empat produk telah dikenalpasti tanpa syak lagi telah menyumbang kepada ekonomi Israel secara langsung iaitu Nestle, Lo’real, McDonald dan Coca-Cola. Namun kita masih melihat umat Islam sendiri menggunakan dan melanggan produk-produk tersebut. Jika pengorbanan yang amat kecil inipun tidak mampu dilaksanakan oleh umat Islam bagaimana untuk menyahut seruan jihad yang lebih besar untuk perjuangan membebaskan tanah suci. Kegigihan yang ditunjukkan oleh setengah-setengah pemimpin dari eropah seperti George Galloway sepatutnya memberi iktibar kepada umat islam. Sebagai seorang pemimpin yang amat peka dengan perjuangan rakyat Palestin atas inisiatifnya sendiri telah membentuk satu convoy yang membawa bekalan ubat-ubatan ke Gaza. Inisiatif ini dinamakan Viva Palestina UK (Long Live Palestine). Beliau telah Berjaya memecahkan kepungan Isreal dan membawa puluhan trak ubat-ubatan melepasi sempadan untuk dibekalkan kepada penduduk Gaza. Akhir tahun ini satu lagi convoy sedang diusahakan. Inisiatif kali ini turut disertai oleh Viva Palestina Malaysia yang disertai oleh COMPLETEMalaysia dan badan-badan NGO yang bergabung termasuk PACE. Kali ini Viva Palestina Malaysia berhasrat untuk menyumbang dua buah ambulan bagi kegunaan hospital-hospital di Gaza. Kita juga mendapat inspirasi dari peguam-peguam di beberapa Negara EU dan Amerika Syarikat yang berusaha dengan gigih untuk mengumpul kertas-kertas siasatan bagi mengheret pemimpin-pemimpin Israel sebagai penjenayah perang. Baru-barunya seorang peguam dari Afrika Selatan yang berbangsa Yahudi, Richard Golstone telah menyediakan kertas pendakwaan berserta bukti-bukti kukuh ke atas jenayah perang Israel ke atas Gaza. Laporan ini telah dibentangkan di PBB dalam persidangan agung dan telah mendapat sokongan majoriti dari Negara-negara anggota.

Umat Islam lebih wajar untuk mempelopori usaha-usaha membela rakyat Palestin kerana ia merupakan satu tuntutan ukhuwah yang wajib dilaksanakan. Apatah lagi bumi Palestin adalah bumi anbiya’, bumi yang penuh keberkatan, bumi di mana berlakunya peristiwa besar isra’ dan mikraj dan tempat yang akan menyaksikan pertarungan terakhir di antara hak dan batil menjelang hari kiamat.

Semuga Eid-ul-Adha pada tahun ini membawa satu perubahan dalam diri untuk melakukan apa sahaja pengorbanan bagaimana kecil sekalipun ke arah perjuangan pembebasan al-Aqsa.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
7 Zulhijjah 1430H
24 November 2009

Sunday, November 22, 2009

Wawancara Utusan Malaysia dengan Felo Kanan PACE - Pn Noorazian Anidin (MEGA - Ruangan Agama) 23 November 2009

Pn Noorazian Anidin - Felo kanan PACE


Pace perjuangkan Palestin sepanjang masa
Oleh SITI AINIZA KAMSARI

SEBAGAI bumi ketiga paling suci di dalam Islam, iaitu bumi Palestin dan Masjid Al Aqsa di dalamnya maka konflik dengan pihak Israel merupakan satu-satunya ujian besar dari Allah kepada umat-umatNYA. Ternyata sehingga kini tidak ada sebarang tanda-tanda kemenangan umat Islam berjaya untuk membebaskan sepenuhnya bumi Palestin itu dari kebejatan Israel.

Justeru bayangkan jika ujian yang sama melibatkan bumi Mekah dan Madinah pula? Sedangkan untuk konflik Palestin masih tidak mampu ditangani apatah lagi jika melibatkan bumi pertama dan kedua yang paling suci bagi umat Islam itu! Tidak mampu ditangani adakah bermakna tiada kekuatan walaupun jumlah umat Islam dari seluruh dunia adalah dalam angka yang berbilion ramainya? Benar, tidak ada perpaduan atau lebih tepat kesatuan ummah! Begitupun jika kita melihat isu ini dengan dada yang lapang, minda yang terbuka dan sentiasa bertolong-tolongan dengan kesabaran dan solat. Isu ini sebenarnya terlalu banyak hikmahnya kepada kita semua.

Konflik itu menyebabkan terbina jambatan-jambatan yang menghubungkan rakyat Palestin dengan seluruh warga dunia. Ini apabila terlalu banyak pertubuhan dan agensi malah individu-individu yang bermatlamatkan untuk membantu Palestin dari pelbagai aspek. Malah isu itu kini tidak dilihat sebagai isu konflik agama antara Yahudi dan Islam semata-mata tetapi merupakan krisis kemanusiaan yang sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di dunia ini. Malaysia tidak ketinggalan membantu Palestin, sama ada dalam bentuk kerajaan kepada kerajaan sehinggalah kepada sekecil-kecil anak, semua mempunyai 'kiblat' perjuangan mengadap ke Palestin. Justeru, jika tidak kerana konflik itu juga, mungkin tidak akan ada apa yang dinamakan Pusat Kecemerlangan Palestin atau Palestine Centre for Excellence (Pace) yang berpengkalan di negara ini.

Pace yang ditubuhkan sejak tahun 2006 adalah antara beribu-ribu NGO Palestin seluruh dunia yang tidak mengenal erti putus asa. Melainkan terus menjalankan tanggungjawab yang sungguhpun berat untuk memastikan Masjid Al Aqsa kembali kepada umat Islam sepenuhnya dan bumi Palestin adalah bumi yang merdeka. Sebagai pengenalan Pace adalah badan bukan kerajaan (NGO) atau politik yang ditubuhkan oleh sayap Perhubungan Antarabangsa Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), iaitu sebuah pertubuhan NGO yang sangat signifikan nama dan peranannya di negara ini.

Ia berperanan menjalankan kajian strategik dan masa depan terhadap isu umat Islam di Palestin dan Timur Tengah. Pace sangat menekankan isu-isu Palestin, konflik dengan projek-projek Zionis dan Israel serta merangkumi pembangunan rakyat Palestin, Arab, Islam dan antarabangsa.

Dengan lain perkataan Pace adalah satu-satunya 'sekolah' di negara ini yang para pelajarnya akan mempelajari untuk memahami sepenuhnya mengenai isu Palestin sekalipun bukan untuk melahirkan pejuang-pejuang yang akan mengangkat senjata menentang Israel. Felo Kanan Pace, Noorazian Anidin berkata, ini kerana masih ramai yang menganggap bahawa isu Palestin merupakan isu agama, perebutan wilayah dan percaturan politik dunia. Walhal ramai yang terkorban itu bukannya anggota tentera mahupun pihak keselamatan tetapi penduduk awam, dari sekecil bayi sehinggalah kepada usia yang telah lanjut, semuanya jadi mangsa. "Jadi, kita tidak mahu orang ramai berfahaman bahawa krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin tidak lebih merupakan konflik antara agama Yahudi dan Islam. "Sedangkan ramai yang terbunuh adalah terdiri penganut Kristian juga dan kebanyakan penganut Yahudi sama ada di Amerika dan serata dunia yang lain sendiri tidak setuju dan menentang tindakan kejam Israel terhadap penduduk Palestin," katanya dalam pertemuan dengan Mega, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Hubungan Antararabangsa JIM berkata, tumpuan Pace bukan sahaja untuk menarik seramai mungkin mereka yang secara sukarela menghulur derma dan sumbangan terhadap rakyat Palestin yang tertindas. "Tetapi kita tidak mahu isu Palestin menjadi isu bermusim sahaja. Habis musim, sejuk! Ada konflik besar terbaru, ia kembali meraih perhatian, simpati dan tumpuan rakyat. Sedangkan konflik dengan Israel ini adalah selama kita masih bernafas di muka bumi ini," tegasnya.
Kata Noorazian, tidak ada hari di mana rakyat Palestin tidak ditindas atau sehingga ada yang dibunuh dengan kejam oleh rejim Israel. "Soal sikit atau banyak yang terbunuh tidak berbangkit kerana yang pasti tanggungjawab membantu rakyat tertindas di mana-mana negara adalah menjadi tanggungjawab yang perlu dilakukan tanpa henti walaupun menerima pelbagai tekanan daripada pihak," katanya.
Palestin dan daerah-daerah sempadan yang menempatkan pelarian-pelarian rakyatnya, krisis kemanusiaan yang paling teruk di abad ini. Menurut Noorazian, hampir-hampir seperti tiada kehidupan apabila hak-hak sebagai pribumi rakyat Palestin dinafikan. "Mereka tidak ubah seperti hidup dalam saiz penjara yang paling besar pernah wujud di muka bumi ini. Mereka tidak boleh melakukan aktiviti dan pekerjaan untuk tujuan kelangsungan hidup. Segala-galanya disekat dan dikepung. Jadi, bagaimana mereka hendak hidup dan mampu bertahan," soal beliau.. Oleh itu, kata Noorazian, semua pihak perlu menyedari yang isu Palestin perlu diberi perhatian sepanjang masa. Malah, Pace mengambil tanggungjawab yang sangat besar ini bagi memastikan soal Palestin tidak luput dalam ingatan semua kalangan rakyat.

"Alhamdulillah, inilah hikmah di sebalik mengapa penyelesaian isu Palestin masih buntu dan belum ada titik penyelesaian. Iaitu semakin ramai yang mula memahami mengenai nasib rakyat Palestin yang dinafikan hak mereka. Dan bagaimana liciknya Israel dan konco-konconya dalam merealisasikan pelbagai aspirasi jahat mereka, iaitu yang mahu melihat umat lain akhirnya tunduk kepada mereka," kata Noorazian. Segenap lapisan masyarakat di negara ini mula disedarkan mengenai hakikat-hakikat yang mereka perlu tahu dan bantu mengenai Palestin. "Alhamdulillah, kita berjaya menciptakan kemenangan-kemenangan walaupun kecil sifatnya tetapi ia cukup bermakna. "Golongan berpendapatan rendah misalnya adalah antara yang paling menghulurkan derma untuk disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin," katanya lagi. Begitupun perjuangan Pace diterima baik oleh kalangan korporat di negara ini. Sehinggakan sesetengah syarikat menjadikan sebahagian kecil hasil jualan mereka untuk membantu Palestin.

"Yang jelas kini kumpulan-kumpulan sasaran Pace semakin memahami pergolakan yang berlaku dan mereka kini tahu tanggungjawab yang mereka perlu lakukan."Ini terutamanya menjayakan kempen-kempen boikot barangan atau produk keluaran negara-negara sekutu Israel dan tidak lagi terpengaruh dengan sebarang dakyah oleh pihak Barat yang pro Israel dan menapis setiap berita-berita yang tersiar," kata Noorazian. Pace yang telah berjaya menyalurkan jutaan ringgit kepada rakyat Palestin tetap menghadapi pelbagai kekangan dan cabaran apabila permintaan kini telah melebihi penawaran. "Maksud saya semakin banyak pihak meminta supaya PACE menjadi sebahagian daripada aktiviti-aktiviti keagamaan, sosial dan kemasyarakatan di serata tempat tanpa mengira masa. "Ini menyebabkan kami memerlukan lebih ramai sukarelawan terlatih (oleh Pace) sendiri bagi memastikan jaringan Pace semakin lebar dan lebih banyak mesej dapat disampaikan," jelasnya.

Road show

Lantaran itu, kata Noorazian, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan mereka yang ingin melakukan 'jihad' kecil ini di Palestin, demi Islam dan demi kemanusiaan. Sebabnya tugas-tugas semurni ini tidak sahaja menjanjikan kepuasan kepada jiwa namun sekurang-kurangnya memberi peluang seseorang itu melakukan sesuatu yang bermanfaat dalam seumur hidupnya. "Pace akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi merekrut petugas-petugas sukarela ini untuk mereka diberikan latihan dan sokongan bagi menjayakan pelbagai aktiviti ini," katanya. Menurut Noorazian, kalangan pelajar dan lepasan universiti tentunya menjadi sasaran utama untuk direkrut. Namun golongan profesional yang mempunyai pelbagai kepakaran turut dialu-alukan dan termasuk juga kalangan bukan Islam yang cintakan kedamaian boleh juga menyertai Pace. Namun yang jelas Pace banyak 'mengorbankan' diri mereka untuk misi-misi kedamaian di Palestin atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan. "Sebenarnya rakyat Palestin telah melekatkan Malaysia ini di hati mereka atas segala sumbangan yang telah sampai ke tangan mereka itu.

"Terkadang mereka meminta supaya segala sumbangan dan derma itu dikembalikan semula kepada kita. Ini supaya wang tersebut dapat digunakan untuk melahirkan pejuang-pejuang Islam yang tulen dan sehingga pada suatu hari Palestin akan bebas juga dari cengkaman Yahudi Israel itu. "Malah yang lebih mereka harapkan agar kita selalu mendoakan mereka, supaya mereka tetap tabah dan cekal menghadapi segala macam kemungkinan jahat dari Israel dan umat Islam yang tidak berpecah-belah tetapi bersatu untuk menyelamatkan seluruh ummah," katanya.

Pace dapat anda lawati di www.jim.org.my. Sumbangan boleh dibuat menerusi no akaun Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia: MBB 5622 0960 8847. Sebarang pertanyaan bagi tujuan ceramah (percuma), boleh hubungi pejabat JIM 03-4108 9669 atau Muhamad Nasir Tampol di 014-311 0628.

PACE Eid Adha Message

PACE Eid-ul-Adha Message

Assalamualaikum wrt wbt.

In the run up to the Hajj, the greatest rites in the life of every muslim, close to three million faithful are now gathered in the holy precincts of Makka al-Mukarramah. The day preceeding Eid-ul-Adha is marked by the most important ritual in the performance of Hajj, Yaum-ul-Arafah or the day of Arafah. The following day is Eid-ul-Adha or Yaum-un-Nahar or the day of sacrifice. The word ‘Adha comes from ‘udhiya or sacrificial animal. In essence Eid-ul-Adha is a commemoration of the act of sacrifice of the Patriach Ibrahim AS (peace be upon him)(Khalilullah) on his beloved son, Ismail AS (peace be upon him). The act was a testimony of the unquestioning and complete submission to the commandments of Allah SWT. by the household of Ibrahim AS.

By the grace of Allah, Ismail was ransomed with a noble sacrifice (a ram). Allah SWT has recompensed the household of Ibrahim AS and rewarded them for their patience and endurance in carrying out the commandments of Allah. Certainly this was a great test and they persevered under the most trying circumstances. Praise be upon the household of Ibrahim AS and those who follow their exemplary conduct.

Today, the act of selflessness demonstrated by the household of Ibrahim AS is embodied in the sacrificial rites or udhiya after Eid prayer – Solat-ul-Eid. According to the mazahib of Imam Abu Hanifah, the sacrifice is a fardh (an obligation). So was the opinion of Imam Malik. Imam As-Syafii, Imam Ahmad and Imam Abu yusuf considered the rites as Sunnah Muaqaddah (highly preferred). At any rate it is a great sunnah (practice) of Prophet Muhammad SAW (Peace and blessings be upon him) and a muslim strive hard to take after Rasulullah SAW.

The act of sacrificing an animal on the day of eid is a pledge by muslims to answer to the call of duty and to conduct sacrifices under any circumstances. There is no place in the heart of a muslim to be self centred. To be one would be seen as the most ungrateful in the eyes of Allah. In these days, the importance of making sacrifices for the sake of the ummah can never be over-emphasized. It is the foundation of an ummah and a measure of solidarity of the muslims. It is one of the parameter by which one strive to live up to the notion of muslim fraternity or brotherhood (ukhuwah Islamiyah), a concept that emanates from the concept of tauhid or oneness of Allah All-mighty. As such it is a matter of survival of the muslim ummah.

Today, many different parts of the muslim world are left to fend for themselves without anyone to deliver them from oppression and subjugation. The Palestinian people for instance has been subjected to great injustices and tyranny. They were evicted from their homeland, subjugated, humiliated, dishonored, debased by the occupying Zionist regime backed by the western powers. Ironically the Palestinian people were surrounded by their oil-rich Arab neighbours but these regime were serving the interest of their enemies, trying to win favours from their western allies instead.

It is incomprehensible today for a people to be imprisoned in their own land. They laid a debilitating siege on Gaza, closed the borders, imposed a comprehensive economic blockade, denying access to food, clean water, medicine and fuel. Under these circumstances the Zionist threw everything they have in their state of the art military arsenal on a deprived and defenseless population. They don’t have anything that match even a small fraction of the firepower of the Zionist, and yet they were not allowed to leave. They became the target practice for the Zionist to train their weapons of mass destruction including the banned white phosphorous.

Where do we stand in this issue in the light of the ‘day of sacrifice’ we will be celebrating less than a week from now. What is the significance of the sacrificial rite we will conduct on the day of eid. Has it become a mere ritual that does not have any bearings on our life and the very purpose of existence. We have food aplenty and can eat to our fill. Our Palestinian brothers and sisters are suffering from the pangs of hunger. We sleep soundly in the comfort of our homes, whereas they are now shivering out in the cold in their makeshift tents because their houses have been bombed out snd they are not allowed to rebuild due to the blockade. They don’t even have the most basic of healthcare we all have been taken for granted.

What about our beloved mosque, the Masjid al-Aqsa? Have we forgotten and forsaken the third holiest place in Islam. Umar RA, the leader of the faithful, upon his arrival at Baitul Maqdis, the first thing he did was to visit the mosque. He was moved to tears seeing the mosque has been turned into a dumping site by the Romans. Using his own bare hands he scopped the refuse and asked the muslim army with him to do as he did. Yes, using their bare hands.. Once cleared Umar asked Bilal, the muezzin of Rasulullah SAW to call the azan. Bilal reluctantly did as told because he has vowed not to call the azan after the departure of Rasulullah SAW. When Bilal did call the azan nevertheless, everyone shed their tears. From that day on, Baitul Maqdis was an open city, everyone of different faith can have access to the city to perform their religious rite. It was to remain that way until 1967, when East Jerusalem (Eastern Baitul Maqdis including the Old city where the mosque is situated were overran by the Zionist. Now they are doing everything to harm the mosque with the aim of removing every trace of it and rebuild on its site Haikal Sulaiman, the Jewish temple. The Zionist regime has built a separation wall that almost surround the mosque from all angles, pursuing a policy of banishments of Arab residents by land appropriation, citizenship revocation and house demolitions to make way for more illegal jewish only settlements.

Aren’t we concerned about this grave situation. Do we still harbor any love for the mosque? The companions of Rasulullah SAW when they wanted to perform the hajj they started their journey from Masjid al Aqsa. They donned the ihram (two piece of unsewn cloth to cover the body during the rites of hajj) and then undertook the jpurney to Makkah. Umar al-Khattab, Abu Hurairah, Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah and others were mentioned in the tradition to perform their hajj from Masjid al-Aqsa.

Everyone on this day of Eid must reassessed our position on the question of the struggle to liberate the holy land and to deliver our fellow brothers and sisters and fellow human beings from the bondage of the Zionist. Let us make a resolute pledge to partake in this struggle to liberate our holyland. Let us make this pledge on the day of Eid – a pledge to sacrifice our time, our resources, our thoughts, our efforts, to contribute in any way within our means to support the struggle from afar. The opportunities to do these are abound. May Allah give us the strength to perservere on this path.

Dr Hafidzi Mohd Noor
DirectorPACE (Palestine Centre of Excellence)

Pandangan Pengarah PACE terhadap Laporan Goldstone - Utusan Malaysia 21 Nov 2009

Utusan Malaysia
21 November 2009

20. Laporan Goldstone cemaskan Israel
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my


KONFLIK di Asia Barat ketika ini tertumpu kepada polemik yang tercetus lewat perbahasan terhadap Laporan Goldstone. Laporan setebal 526 halaman itu merupakan hasil siasatan ke atas perang 22 hari di Semenanjung Gaza akhir tahun lalu. Laporan itu dikemukakan oleh kumpulan penyelidik yang dibentuk oleh Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dipimpin oleh bekas hakim mahkamah persekutuan Afrika Selatan, Richard Goldstone. Menariknya, Goldstone sendiri adalah seorang Yahudi.

Laporan itu dikumpul berdasarkan bukti-bukti yang dikutip di medan perang, analisis pendapat serta wawancara ke atas lebih 200 individu yang terlibat secara langsung dalam perang itu. Bukti-bukti juga dikumpulkan menerusi perhatian video, foto, rakaman satelit dan hasil penelitian terhadap 300 laporan terakam yang lain. Laporan ini membuat kesimpulan bahawa sama ada Israel atau Palestin, masing-masing melanggar hukum antarabangsa sepanjang perang itu. Tetapi dengan kematian kira-kira 1,600 orang penduduk Gaza, Israel menerima tuduhan yang lebih berat termasuk disebut melakukan kejahatan perang antarabangsa. Tersentak dengan laporan itu, Israel menolak ia daripada dibahaskan pada sidang Majlis Keselamatan PBB di New York ,14 Oktober lalu.

Bagi Israel, laporan itu dinilai berat sebelah dan mengugut akan menghentikan semua proses damai sekiranya ia dibahaskan oleh PBB. Tindakan Israel itu sebenarnya kerana bimbang dengan kredibiliti laporan tersebut yang sekiranya berjaya dibawa ke Majlis Keselamatan PBB, akan mengheret pemimpin mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ), Belanda. Kerana itu juga Israel mendesak supaya Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto negara itu untuk menafikan laporan tersebut. AS tidak menunggu lama apabila memberi tekanan kepada Mahmoud Abbas sehinggakan Presiden Palestin itu sendiri memohon agar PBB menangguhkan perbahasan mengenainya sehingga Mac tahun depan. Malah, Kongres AS yang bersidang 4 November lalu juga meluluskan resolusi menolak laporan itu kerana berat sebelah dan tidak layak diiktiraf dengan 334 bersetuju manakala 36 lain membantah. Bagi penganalisis Asia Barat, Dr. Hafidzi Mohd. Noor, Laporan Goldstone adalah satu penanda aras yang penting dalam konflik di Asia Barat.

Ini kerana jelas Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace) itu, buat pertama kalinya pandangan umum masyarakat antarabangsa tidak lagi memihak kepada Israel. Dengan adanya Laporan Goldstone yang dikemukakan oleh pihak ketiga itu juga, Israel tidak lagi boleh berdolak-dalih. Bagaimanapun menurut Hafidzi, sama ada Laporan Goldstone mampu memberi keadilan kepada rakyat Palestin, ia masih terlalu jauh lagi untuk dinilai kesannya. Namun, sesuatu yang pasti, laporan itu sendiri sudah merupakan satu persetujuan bahawa rakyat Palestin terutama di Gaza menjadi mangsa keganasan Israel. Selama ini Israel yang dianggap sebagai 'mangsa' dalam konflik di Palestin. Malah, setiap kali Israel bertindak menyerang rakyat Palestin ia diperakui sebagai tindakan 'mempertahankan diri' atau serangan menghalang pihak musuh. Rakyat Palestin sejak krisis itu bermula lebih enam dekad lalu juga, ditindas dari pelbagai sudut. Kemuncaknya ialah kepungan ke atas Gaza dan penutupan sempadan sehingga menyekat bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan air bersih sejak tiga tahun lalu. Dalam tempoh tersebut juga, rakyat Palestin tidak pernah mendapat sebarang pembelaan dari mana-mana pihak.

Bahkan PBB sendiri tunduk kepada tekanan AS, Kesatuan Eropah (EU) dan Israel yang merestui kepungan yang bercanggah dengan piagam PBB dan deklarasi hak asasi manusia itu. Hafidzi menjelaskan lagi, Laporan Goldstone itu hanyalah langkah pertama untuk menguji sejauh manakah objektifnya masyarakat antarabangsa dalam menilai pelanggaran-pelanggaran terhadap undang-undang dan pencabulan hak asasi oleh rejim zionis. Untuk melaksanakan apa yang terkandung di dalam Laporan Goldstone tersebut iaitu mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan di mahkamah antarabangsa pula memerlukan satu kehendak politik yang kuat di kalangan negara-negara EU khususnya. Persoalannya, adakah mereka bersedia melakukannya?
''Apakah mereka bersedia untuk mengadili penjenayah-penjenayah perang zionis sebagaimana mereka mengadili dan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah-penjenayah perang Nazi di Nurenburg pada tahun 1946?" tuntas Mohd. Hafidzi.

Namun, sesuatu yang menarik untuk dilihat daripada polemik yang ditimbulkan oleh Laporan Goldstone ini ialah kekalutan yang dipertontonkan Israel dan AS. Bagi AS sendiri, negara itu pada bila-bila masa boleh menggunakan kuasa veto untuk menolak mana-mana resolusi yang tidak berpihak kepada Israel. Keadaan itu jelas Hafidzi kerana laporan tersebut mempunyai implikasi undang-undang dan tidak mudah untuk AS melindungi Israel. Laporan itu juga membentangkan semua bukti-bukti yang tidak dipertikaikan tentang aksi-aksi jenayah perang yang dilakukan oleh Israel.

''Cubaan untuk melindungi Israel samalah juga dengan cubaan untuk melindungi Jeneral-jeneral tentera Nazi SS yang melakukan jenayah genosid ke atas orang Yahudi atau membela Jeneral Tojo dalam perang Asia-Pasifik," ujar beliau. Dari sudut rakyat Palestin pula, Laporan Goldstone boleh menjadi satu kelebihan, dalam masa yang sama menimbulkan pelbagai isu. Pertamanya berkenaan pendirian Mahmoud Abbas yang pada peringkat awal melengah-lengahkan persetujuan supaya laporan itu dibentangkan. Tindakan Abbas ini adalah selari dengan sikap perseteruannya dengan Hamas. Namun bagi rakyat Palestin, Abbas dilihat bersekongkol dengan rejim zionis. Keadaan ini meletakkan pentadbiran Abbas dalam keadaan serba salah.

Dalam pada itu Laporan Goldstone tetap meletakkan kesalahan kepada Hamas atas serangan-serangan roket yang dilancarkan ke wilayah Israel. Namun bagi Hafidzi, Hamas mempunya alasan kukuh untuk mewajarkan serangan tersebut. Kepungan yang dikenakan oleh Israel sehingga menyebabkan tragedi kemanusiaan yang parah ke atas Gaza adalah satu tindakan yang jelas mengundang peperangan. Meskipun ia tidak diistiharkan secara rasmi, namun undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva memperakui mana-mana tindakan ketenteraan yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk mempertahankan kedaulatan wilayahnya. Pengunduran Israel dari Gaza dan kemudian mengenakan kepungan menyeluruh adalah termasuk dalam tafsiran menggugat kedaulatan wilayah asing. ''Jadi kesimpulannya meskipun Laporan Goldstone membuat dakwaan yang serupa, Hamas punya hak untuk membela diri di atas pencabulan kedaulatan wilayahnya," ujar Hafidzi.

Teks Khutbah Eid-ul-Adha 1430H

Assalamualaikum,

Dikongsikan teks khutbah Eid Adha. Teks ini pernah dirujuk semasa berkhutbah di Mesjid Spital Road, Aberdeen Scotland ketika menuntut di sana dari tahun 1993 - 1997. (Diterjemahkan ke bahasa Melayu)

Dr Hafidzi Mohd Noor
--------------------------------------------------

Assalamualaikum wrt bth.
Allahu akbar 3x. Allahu akbar 3x. Allahu akbar 3x Walillahilhamd

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …


Hari ini adalah hari besar anugerah Allah SWT kepada umat Islam. Rasulullah SAW telah bersabda ketika menyaksikan kaum Aus dan Khazraj merayakan hari kebesaran mereka. Lalu Rasulullah SAW mengatakan bahawa Allah telah menganugerahkan kepada umat Islam dua hari kebesaran yang lebih baik iaitu Eid Adha dan Edi Fitri.

Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:

“Dari Anas bin Malik, Nabi datang ke Madinah dan melihat mereka merayakan dua hari kebesaran. Baginda bertanya, “Apakah dua hari ini? Mereka menjawab, “kami biasa merayakan dua hari ini pada zaman Jahiliyah. Rasulullah SAW bersabda “Allah telah menggantikannya dengan dua hari yang lebih baik: Eid-ul-Fitri dan Eid-ul-Adha.

Eid-ul-Adha mengambil sempena ‘udhiyah yang bermaksud qurban. Ia juga disebut sebagai yaum-un-Nahar (Hari di mana ibadah Qurban dilaksanakan)

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari:

“Dari al-Barra bin Azib: Aku mendengar Rasulullah SAW menyampaikan khutbah. Baginda bersabda, “Perkara pertama yang perlu dilakukan pada hari ini ialah mendirikan solat, dan selepas itu, kamu menyembelih haiwan qurban; dan sesiapa yang melakukan ini berjalan di atas sunnah ku”

Ibadah qurban bukan sahaja merupakan sunnah Nabi SAW bahkan sunnah Nabi terdahulu sejak dari Adam AS. Syariat ibadah qurban pertama kali diwajibkan kepada anak-anak Adam AS sebagai ujian kepada mereka. Seerah Nabi adam AS menunjukkan Habil telah Berjaya di dalam ujian ini sedang Qabil gagal dalam ujian tersebut. Syariat yang dilaksanakan pada hari ini adalah dikaitkan dengan peristiwa penyembelihan Nabi ismail AS boleh bapanya Khalilullah Nabi Ibrahim AS.

Ibadah qurban yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS membawa pengajaran yang cukup banyak kepada kita sebagai umat islam. Pertama ibadah qurban ini bukanlah merupakan satu ibadah yang berbentuk peribadi sifatnya kerana ia melibatkan dukungan seluruh institusi keluarga Ibrahim AS. Apabila Nabi Ibrahim AS bermimpi yang merupakan perentah Allah kepadanya untuk mengorbankan Ismail maka dia telah menanyakan pandangan isterinya Siti Hajar. Nabi Ibrahim bukan berhasrat untuk mendapat persetujuan isterinya terlebih dahulu sebelum melaksanakan perentah Allah SWT tetapi untuk menegaskan bahawa ini adalah perentah Allah yang tidak mungkin dibantah. Lalu dijawab oleh Siti Hajar sekiranya ia merupakan satu ketetapan Allah maka laksanakanlah. Ini juga jawapan yang diberikan oleh Siti Hajar ketika beliau ditinggalkan bersama Ismail yang masih bayi di bumi gersang Mekah.

Siti Hajar bertanya kepada Nabi Ibrahim AS, Mengapa tinggalkan aku di sini. Beliau melihat di sekeliling gurun yang kontang dan batu-batan keras di sekeliling tanpa ada tanda-tanda kehadiran manusia. Nabi Ibrahim AS sudah bulat hatinya, dia hanya mendiamkan diri, dan tidak ada sepatah perkataanpun yang harus keluar dari mulut baginda yang menandakan bantahan terhadap perentah Allah SWT. “Adakah ini satu perentah dari Allah?” Siti Hajar terus bertanya. Nabi Ibrahim tetap mendiamkan diri. Siti Hajar pasrah dan berkata ‘Kalau begitu Allah SWT akan memelihara kami”, beliau pasrah dan tunduk kepada Rabbul Jalil

Nabi Ibrahim AS juga bertanya kepada Nabi ismail tentang pandangannya. Jawapan yang diterima oleh Nabi Ibrahim AS cukup menyenangkan hatinya. Ini adalah bukti bahawa ibadah qurban adalah satu amal yang sepatutnya mendapat dokongan dan penglibatan setiap ahli keluarga yang serius untuk mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.

Sesungguhnya perentah qurban yang dijalankan oleh Nabi Ibrahim AS terhadap anak kesayangannya amat berat bagi seorang insan biasa. Sepanjang usianya Nabi Ibrahim AS berdoa agar dikurniakan seorang zuriat.

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِيمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا ٱلۡبَلَدَ ءَامِنً۬ا وَٱجۡنُبۡنِى وَبَنِىَّ أَن نَّعۡبُدَ ٱلۡأَصۡنَامَ (٣٥) رَبِّ إِنَّہُنَّ أَضۡلَلۡنَ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ‌ۖ فَمَن تَبِعَنِى فَإِنَّهُ ۥ مِنِّى‌ۖ وَمَنۡ عَصَانِى فَإِنَّكَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣٦) رَّبَّنَآ إِنِّىٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِى بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةً۬ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَہۡوِىٓ إِلَيۡہِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٲتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ (٣٧)

“Dan apabila Ibrahim berkata: Tuhanku! Jadikanlah negeri ini , negeri yang aman, dan jauhkanlah aku berserta anak cucuku agar tidak menyembah berhala. Wahai Tuhan, berhala-berhala itu telah menyesatkan banyak dari manusia. Siapa yang mengikutiku, maka orang itu termasuk golonganku, dan siapa yang mendurhakaiku, maka Engkau Maha Pengampun, maha Penyayang. Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur”

Surah Ibrahim: 35 – 37.

Riwayat mengatakan baginda hanya dikurniakan seorang putera ketika usianya sudah lanjut, mencecah 90 tahun.

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى وَهَبَ لِى عَلَى ٱلۡكِبَرِ إِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ‌ۚ إِنَّ رَبِّى لَسَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ (٣٩) رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠)

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku dihari tuaku Ismail dan Ishaq. Sungguh Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku”
Surah Ibrahim: 39 – 40

Apabila Ismail sudah berusia lebih kurang 10 tahun, sudah berputik kasih saying yang mendalam terhadap seorang anak remaja yang diharapkan akan meneruskan usaha tabligh dan dakwahnya, diperentahkan Allah pula untuk dikurbankan. Dan Nabi Ibrahim AS sebagai seorang manusia adalah seorang insan biasa yang tidak terkecuali dari rasa kasih, sedih dan pilu dengan apa yang dihadapinya. Tetapi sekali lagi perentah Allah mengatasi segala-galanya, maka semua perasaan itu harus dikorbankan demi membuktikan kasih-sayang tertinggi dan perentah tertinggi yang pasti dijunjung ialah perentah Allah SWT. Ini juga adalah pengajaran penting bagi kita umat Islam pada hari ini. Apabila datang perentah Allah, maka segala perkara adalah kecil dan pasti dilaksanakan bagaimana besar sekalipun rintangan yang dihadapi.

Pertarungan yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim AS belum berakhir. Dalam perjalanan untuk menjalankan perentah tersebut, baginda dihasut oleh Iblis laknatullah agar menimbangkan semula tindakannya. Tetapi setiap kali diseru Nabi Ibrahim AS melontarnya dengan batu. Tiga kali iblis dilontar dengan batu dan tidak sedikitpun Nabi Ibrahim AS goyah hati untuk meneruskan niatnya. Inilah yang diabadikan dalam manasik haji di dalam amalan melontar tiga jamrah. Ia adalah satu gambaran apabila seseorang hendak berqurban maka pasti syaitan akan menyelinap masuk dan membisikkan kata-kata pujuk rayu agar kita membatalkan niat untuk berkorban. Pengajarannya ialah ‘lempari’ bisikan itu dan membulatkan hati untuk melaksanakan perentah Allah tanpa sedikitpun merasa ragu.

Apabila sampai ke tempat penyembelihan maka Nabi Ibrahim AS telah menyembelih Nabi ismail AS. Diriwayatkan pisau telahpun mencecah batang leher Ismail AS dan sekonyong-konyong itu Allah menggantikannya dengan seekor qibas. Ini adalah hadiah bagi orang yang yakin dengan perentah Allah, yakin bahawa disebalik perentah Allah yang cukup berat itu tersimpan sebuah hikmah dan nikmat yang cukup besar. Keyakinan ini hanya dapat dirasai oleh orang yang bulat keimanannya kepada Allah SWT. Maka ibadah qurban yang kita lakukan pada hari ini adalah satu latihan untuk memupuk keimanan sejati dan keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah SWT. Ia adalah satu bentuk persediaan untuk melahirkan sifat komando, iaitu bersiap sedia untuk menjalankan perentah Allah dalam semua situasi. Apabila datang perentah Allah untuk infaq maka tanpa tangguh-tangguh lagi kita akan melaksanakannya.

۞ وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ (١٣٣) ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

“Bersegeralah kamu kepada keampunan Allah dan syurgaNya yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan”

Surah Ali Imran: 133 – 134.

ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Surah at-Taubah: 41

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

“Diwajibkan ke atas kamu qital (peperangan) meski kamu membencinya. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha tahu sedang kamu tidak mengetahi”

Surah al-Baqarah: 216

Bagaimana lagi kita hendak melaksanakan perentah Allah di atas jika di dalam diri belum terlatih sifat bersedia untuk berkorban harta dalam keadaan kesempitan, berkorban rasa rehat dan keselesaan untuk beramal ketika kita merasa berat, dan berperang dalam keadaan hati membencinya?


Para Jemaah yang dirahmati Allah.

Ibadah qurban yang bakal kita sempurnakan selepas solat eid adalah satu bentuk yang simbolik bahawa kita akan berikrar untuk berqurban demi meninggikan syariat Allah dan menjunjung perentah Allah dalam semua keadaan. Kerana itu ia merupakan sunat muaqaddah, sunat yang diberatkan. Bagi setengah mazahib ibadah qurban menjadi fardhu. Menurut Imam Abu Hanifah ibadah qurban difardhukan bagi mereka yang berkemampuan. Imam Malik turut sependapat dalam hal ini. Imam Syafii, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf dari mazahib Hanafi berpendapat ia adalah sunat muaqqad (sunat yang dituntut dan diberatkan). Perbezaan pendapat ini tidak seharusnya menjadi isu. Apapun pegangan kita, namun jangan lupa ia adalah satu sunnah yang sangat diutamakan oleh Rasulullah SAW. Sebagaimana sabda Nabi,
“barangsiapa melakukan itu (ibadah qurban) maka ia berada di atas sunnahku”
Marilah mulai tahun ini dan seterusnya kita membuat resolusi untuk memberi galakan kepada seluruh ahli keluarga supaya melakukan ibadah qurban dan memberikan perhatian yang cukup besar kea rah perlaksanaannya dalam keluarga. Latihlah anak-anak supaya menabung dan dapat melaksanakan ibadah qurban pada masa akan datang. Jika anak-anak kita sanggup menitipkan wang sakunya untuk membeli sebuah handphone yang mahal atau computer games maka tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh menabung untuk amal yang sangat besar maknanya ini untuk memupuk sifat cintakan agama Allah.

Hari ini tuntutan untuk umat Islam berkorban sangat besar. Dalam dunia tanpa sempadan, berqurban adalah sumber kekuatan umat ini dalam menghadapi pelbagai mehnah dan ujian Allah. Umat Islam diperangi oleh kuasa-kuasa besar, rakyat Palestin di Gaza dikepung hampir tiga tahun lamanya. Tidak ada bekalan makanan yang dibenarkan masuk, begitu juga ubat-ubatan, air bersih dan bahanapi. Mereka diserang dengan penuh biadap oleh zionis Israel pada awal tahun ini dan saat ini mereka hanya tinggal dalam khemah dalam suasana musim sejuk yang menggigit tulang kerana tidak ada bahan binaan yang dibenarkan masuk untuk membaik pulih rumah-rumah mereka telah musnah dibom oleh Israel. Umat islam di merata tempat di Afrika, di Uighur, Cina, di Myanmar, si Mindanao, di Iraq dan Afghanistan menderita peperangan dan kekurangan makanan kerana dasar kuasa-kuasa besar dan regim yang tunduk kepada tekanan musuh-musuh Islam. Dunia Islam, pemimpin-pemimpinnya, forum-forum seperti OIC seakan-akan mandul untuk membela umat Islam yang tertindas. Palestin dikelilingi oleh jiran-jiran Negara Arab pengeluar minyak yang kaya-raya. Malangnya kekayaan ini tidak langsung member manfaat kepada umat Islam yang memerlukan. Semua ini menuntut umat Islam yang hidup di bumi Malaysia yang makmur ini supaya meningkatkan kesediaan untuk berqurban harta bagi membantu saudara-saudara kita seiman.

Akhir sekali ibadah qurban ini adalah persediaan untuk melakukan qurban yang paling tinggi darjatnya iaitu berkorban jiwa raga demi mempertahankan Islam.

Tercatat di dalam seerah selepas peperangan Uhud, pasukan Nabi yang menderita kekalahan di mana 70 orang mujahid syahid di medan, mereka telah ditahan oleh seorang wanita yang bertanya tentang berita pertempuran. Lalu disampaikan berita sedih bahawa wanita itu sudah kehilangan suami, ayah dan anaknya di Uhud. Reaksi wanita ini ialah ‘Bagaimana keadaan rasululah SAW? Bila diberitakan sahabat Rasulullah terselamat kecuali luka sedikit maka wanita ini berkata ‘Segala perkara adalah kecil asalkan Rasulullah terpelihara.’ Apakah kita juga sanggup untuk mengungkap perkataan ini ‘semua perkara adalah kecil asalkan Islam terus teguh dan dakwah terpelihara’

Allah SWT berfirman dalam surah as-saff.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)


‘Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu kuberitahu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman dengan Allah dan hari akhir dan kamu berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu, itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui’

Surah as-Saff: 10 – 11

Allah SWT mendahulukan infaq atau qurban harta sebelum menyebut tentang qurban jiwa raga. Ia adalah satu isyarat jelas bahwa infaq atau korban harta adalah prasyarat untuk menyediakan diri memburu syahid pada jalan Allah, kemuncak ibadah qurban yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih.

HMN

Saturday, November 21, 2009

Selamat sampai di KLIA, 10 Nov 2009

Bergambar dengan Pak Utih dan Pak Ajhar


Dengan sahabat-sahabat yang menyambut di KLIA; Umi Kalthum dan Nazeli sekeluarga, Halimah dan Saleh, Pak Utih, Pak Ajhar, dan anak saudara Azuan dan Aishah (tiada dalam gambar)



Lama abi mendakap abang Qayyim. Umi memerhatikan sahaja dan dapat membaca apa yang tersirat dalam hati sanubari mereka dua beranak.
Dikepilkan beberapa gambar yang dikirimkan oleh Akh Adzhar (Pak Ajhar) dan Akh Ahmad Shafeai aka Pak Utih (pakar motivasi JIM) yang merakamkan kenangan ketibaan kami di KLIA. Syukur ke hadrat Allah kerana berkat doa saudara mara, ikhwah akhawat dan kenalan misi ini telah berjaya.

Pak Utih merakamkan kiriman emailnya sebagai "Orang Kuat" dan Kak Tzu sudah kembali. Abang menggunakan nama "Ong Keong" semasa di China. Nama gelaran ini diberikan oleh Ah Loon yang bermakna "Orang Kuat". Mudah-mudahan abang menjadi seindah nama gelarannya.

Kenangan Bersama Mak Amoi

Umi dengan Puan Lim Siew Kuan

Puan Lim Siew Kuan turut bersama-sama kami di Yiyang untuk menemankan anak perempuannya Lee Suet Khim menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Dengan penampilan biasa Puan Lim, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk menemankan anaknya pada sepanjang masa. Sesekali Puan Lim turut membantu abang dengan membancuhkan air milo.

Lee Suet Khim adalah pelajar di MMU, Melaka dan baru empat bulan menjalani dialysis. Dia telah dibedah pada 22 Okt 2009 (hari kami bertolak dari KL). Oleh kerana faktor umurnya yang masih muda (21 tahun) dan baru empat bulan sahaja dialysis, proses pemulihan untuk Amoi (panggilan kami untuknya di Yiyang) sangat cepat. Pada hari ke enam selepas pembedahan, Amoi sudah boleh berjalan dengan tegap.

Pada hari terakhir Puan Lim di Yiyang, sempat juga kami keluar ke supermarket untuk membeli barangan keperluan. Dikepilkan gambar kami berdua di Supermarket “Better Life” Yiyang dengan berlatarbelakang buah durian yang bersaiz besar. Tak pernah pula terjumpa buah durian sebesar itu di Malaysia.

InsyaAllah jika ada kelapangan kami akan menziarahi Puan Lim dan keluarga yang bermastautin di sebuah perkampungan melayu di Tanjung Selabu, Bukit Pasir, Muar Johor.


Perkembangan Kesihatan Dr Hafidzi pada 21 Nov 2009

Sup Ikan (ikan cod sejuk beku) yang menjadi makanan abang setiap hari. Susah hendak mendapatkan bekalan ikan segar di Yiyang.


Keadaan abang setelah dikeluarkan dari Ward ICU pada hari ke enam. Umi berpeluang menemankan abi dan tidor di katil sebelah tu.
Abi perlu minum banyak jus oren dan air mineral.
Hari ke enam selepas pembedahan, abi masih lemah dan beberapa kali ke tandas kerana diarrhea. Sewaktu di ICU abi terpaksa meminta tolong nurse di situ. Pernah sekali abi hantar sms pada umi "abang dah tau macamana nak buat kalau abah (atok) perlu dibantu untuk buang air di atas katil nanti". Terharu umi, dalam kesakitan pun, abi masih ingat bagaimana nak bantu orang lain.


Alhamdulillah, hari ini sudah genap 24 hari abang menjalani kidney-transplant. Setakat ini keadaan abang sangat baik. Keputusan ujian darah semalam 19/11/09 menunjukkan bacaan creatinin level sebanyak 111 dan hemoglobin 11.4. Dr Gan di Transplant Klinik Hospital Serdang mensasarkan bacaan creatinin untuk capai di bawah 100.

Bagi rawatan post-transplant ini, abang perlu ke Hospital Serdang dua kali seminggu; setiap Isnin untuk ujian darah dan setiap Khamis untuk ujian darah dan rawatan susulan dengan doctor. Dr Gan dan Dr Goh sangat mengambil berat dengan rawatan susulan ini. Mereka mahu memastikan transplant ini dijaga dengan rapi. Sewaktu konsultansi semalam, kami duduk dekat 45 minit memahami fungsi semua jenis ubat yang perlu diambil dan tindakbalas ubat-ubatan tersebut. Juga mengenal pasti tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Sebab itu abang perlu diperiksa dua kali seminggu untuk tiga bulan yang pertama ini.

Selesai dengan Dr Gan kami terus ke Klinik Kesihatan UPM untuk melaporkan jenis ubat-ubat anti-rejection yang tidak dibekalkan oleh Hospital Serdang. Kami berjumpa dengan Encik Sharif (jiran semasa kami duduk di Taman Sri Serdang dulu), salah seorang pegawai di situ. Menurut beliau, UPM juga tidak dapat membekalkan ubat tersebut hingga bulan Feb 2010 sementara menunggu kelulusan budget. Encik Sharif telah merekodkan jenis ubat-ubatan tersebut untuk rekod. Jadi, untuk sementara ini kami perlu mendapatkan bekalan ubat anti-rejection sendiri.

Di rumah, abang banyak menghabiskan masanya dengan membaca dan menulis. Seminggu di rumah, abang sudah menyiapkan draf buku Pandangan dan Pendirian PACE sejak ditubuhkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kedua-duanya telahpun dihantar kepada rakan-rakan seperjuangan untuk disemak dan ”proof-read”. Sekarang abang tengah menyiapkan buku Barn Owl nya dan juga Jejak Risalah di Nusantara jilid 2. InsyaAllah dengan nikmat kesihatan anugerah Allah, mudah-mudahan abang mampu menyiapkan kedua-dua buku tersebut dalam tempoh 6-bulan abang di ”home-quarantine” kan ini. Abang juga mensasarkan untuk menulis tentang Sejarah Negeri Sembilan. Tidak lebih dari sepuluh entri abang telah diterbitkan di Ensaiklopedia Kebudayaan Melayu mengenai adat-istiadat dan suku-suku di Negeri Sembilan. Masalahnya sekarang, manuskrip tulisan abang dulu belum dijumpai lagi. Aku yang terakhir sekali menyimpannya dengan niat untuk membantu abang menaipnya semula. Ini amanah besar, aku kena selongkar di dalam stor, di pejabat, bilik anak-anak dan mana sahaja tempatnya yang ada kebarangkalian manuskrip tersebut disimpan. Ya Allah, berikanlah pertolongan Mu agar aku dapat menjumpai semula ”folder” tersebut.

Mulai 30hb November, aku akan kembali bekerja. Abang kena pandai-pandai lah menyesuaikan diri bekerja dari rumah. Bibik Mashitah pun telah aku ajarkan bagaimana untuk masak dan menghidang untuk abang. Buat masa ini abang hanya aku hidangkan nasi panas dengan sup, masak bening, pindang, senggang dan yang seumpamanya. Belum boleh lagi dengan kari, kurma, gulai cili padi dan asam pedas. Sarapan pula selalunya dengan roti atau bubur. Sesekali tu ada juga french toast dan nasi goreng tapi dengan minyak yang paling minimum. Lidah abang juga dah mula serasi dengan masakan yang kurang garam dan minuman yang kurang gula. Sayur dan buah-buahan memang jadi kegemaran abang. Penting sekali, semua peralatan makan dan minum dibilas dulu dengan air panas sebelum digunakan. Alhamdulillah, abang kembali dapat merasai nikmatnya rasa buah pisang yang dah lama sungguh tidak dijamahnya. Sampai lupa lah rasa buah pisang macamana.....

Perjalanan Pulang Dari Yiyang

Salah satu park di Bandar Yiyang



Simpang utama di Bandar Yiyang

Bersama Xiao Yang (kiri sekali) dan Ah Loon (kanan sekali) di Baiyun airport, Guangzhou
Perjalanan balik dari Yiyang ke KL pada 10 November 2009 adalah satu permusafiran yang sangat panjang. Keadaan kesihatan abang juga belum lah begitu baik, tetapi rawatan susulan adalah lebih baik untuk diperolehi di Malaysia.

Pagi 10 Nov 2009 kami mulai awal sekitar jam 4 pagi dengan munajat semoga perjalanan balik ini mudah dan kami akan selamat sampai ke tanahair. Malam sebelumnya, Kak Jun ada menelefon bertanyakan status kepulangan kami. Aku pun tanpa segan silu meng’order’ sup ayam kampung campur kentang dan karot untuk abang. Memang senang untuk meminta bantuan dari Kak Jun, kakak ipar (pangkat sepupu juga, isteri arwah abang A, abang aku yang kedua) yang sejak menikahnya dia telah duduk bersama-sama kami adik-beradik yang lain. Kakak ipar yang sangat dihormati dan diterima baik oleh semua adek-beradek.

Pukul 8.30 pagi berangkatlah kami ke Changsa dengan menaiki kereta sewa. Aku dan abang satu kereta sementara Ah Loon dan Xiao Yang di satu kereta yang lain. Mereka berdualah yang akan mengiringi kami dari Yiyang ke Changsa dan menyambung dengan penerbangan satu jam ke Guangzhou. Sampai di Changsa Airport tepat jam 10 pagi. Kami bergegas menuju kaunter tiket untuk check in penerbangan ke Guangzhou pada jam 11. Malang sekali kerana kami tersalah terminal dan terpaksa pula berjalan kira-kira 200 meter ke terminal satu lagi. Bermula dari sinilah, abang agak keletihan kerana perlu berjalan kaki dengan pantas agak jauh pula tu...Selepas check in, kami perlu menuju ke Gate 17 kira-kira 200 meter lagi. Sekejap-sekejap abang berhenti untuk mengambil nafas. Rasa macam nak dokong aje abang waktu tu....takut tak sempat. Alhamdulillah, sempat juga abang berhenti makan nasi dengan sayur steam dan telor rebus yang menjadi bekalan kami. Memang aku bersedia supaya perut abang tidak kosong.

Alhamdulillah sampai di Baiyun Airport, Guangzhou sekitar jam 12.15 tengahari. Kami ada banyak masa sebelum berlepas dengan pesawat MAS pada jam 2.45 petang. Keadaan abang sudah terlalu lemah waktu itu. Beberapa kali ke tandas kerana sakit perut. Abang hanya kami duduk kan di atas troli bersama dengan beg-beg kami untuk bergerak dari satu terminal ke terminal yang lain. Selesai check in, kami diiringi oleh Mr Loh pula (ayah Ah Loon) untuk menaiki pesawat. Alhamdulillah di Baiyun Airport ada disediakan perkhidmatan Buggy. Kami menyewa dengan kadar 30 Yuen untuk terus ke balai berlepas. Kami berpisah dengan Ah Loon (yang akan menaiki pesawat Southern Airlines jam 7 malam ke Kuala Lumpur), sementara Xiao Yang pula akan menaiki keretapi untuk bercuti beberapa hari di kampung halamannya di Shenzhen.

Penerbangan 4-jam ke Kuala Lumpur dirasakan terlalu lama pula pada kali ini. Sesekali aku lihat abang tercungap-cungap mengambil nafas. Makanan yang dihidangkan berupa nasi dengan ikan goreng tepong kami makan dengan berselera sekali. Alhamdulillah kami sampai di KLIA pada jam 6.45petang dengan disambut oleh anakanda Qayyim, Azuan, Aishah dan sahabat handai yang dikasihi. Sempat juga bergambar dengan rakan-rakan di KLIA.

Kami singgah sebentar di Hentian Sebelah Nilai untuk abang Qayyim menyempurnakan solat maghrib. Sambil menunggu, abang menjamah sikit makanan yang kak Jun bekalkan, disampaikan melalui Azuan dan Aishah yang menyambut kepulangan kami. Alhamdulillah, lama abang tak menjamah sup daging ayam kampung.

Keesokan harinya, tersedar sekitar jam 5 pagi. Abang buang-buang air besar. Aku urutkan badan abang dengan vicks vaporub, muntah pula. Masuk hari kedua, abang muntah dan buang-buang air lagi.Alhamdulillah pagi itu 12 Nov 2009 kami ada appointment di Hospital Serdang. Dr Goh telah menasihatkan kami agar abang dimasukkan ke bilik isolasi di Ward 7A untuk pemantauan segera. Badan abang sudah mula menggigil dan semakin lemah kerana kehilangan banyak air. Seharian di hospital, keadaan abang bertambah baik. Diarrhea pun dah hilang. Alhamdulillah. Besar kemungkinan, diarrhea abang disebabkan oleh makanan yang diambil semasa dalam penerbangan balik. Makanan yang dihidangkan waktu tu tidak cukup panas. Sebelum abang keluar hospital, dietitian datang menemui kami menerangkan jenis-jenis makanan dan bagaimana makanan tersebut patut dihidangkan untuk pesakit seperti abang.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, 21 Nov 2009, keadaan abang semakin baik. Abang sangat kooperatif dalam menjaga pemakanannya. Tapi kadang-kadang abang teringin juga bertukar selera. Pernah satu malam, senyap-senyap abang buat nasi goreng sendiri (selepas aku tinggalkan tidor, biasalah abang memang selalunya tidor lambat).Abang buat betul-betul satu pinggan sahaja dan makan senyap-senyap. Abang ”kantoi” dengan Mawardi yang tanpa disangka-sangka telah turun ke bawah untuk melihat keadaan Abi. Mawardi tengok Abi tengah makan nasi goreng. Mawardi terus ke dapor tengok kalau-kalau ada lebihan nasi goreng (abang memang selalu buat nasi goreng untuk anak-anak bila tengah-tengah malam), takde rezeki Odi kali ini, memang abi buat satu pinggan aje untuk dirinya sendiri....ini kes tak nak kena kantoi lah ni.....


 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc