Thursday, April 29, 2010
Wawancara dgn TV3 MHI - Isu Serangan Isreal ke atas Gaza 2009 (Bhg 2)
Rakaman Wawancara dalam MHI TV3 ekoran serangan Israel ke atas Gaza pada tahun 2009 (Bhg 1)
It is haram to recognize Israel - Sedutan dari Talk on Palestine di Univ of Nottingham Campus Malaysia
Perkongsian Bahan PP: Menggarap Cabaran Pendidikan di bumi Palestin
Wednesday, April 21, 2010
Mohon doa untuk anakanda Abdullah Abdul Rahman yang akan menjalani p[embedahan kidney transplant
Monday, April 19, 2010
Pameran Aqsa Syarif di Mesjid Desa Putra sempena Bulan Pengimarahan Masjid Negeri Selangor
Thursday, April 15, 2010
Kenyataan akhbar Haluan: NGO-NGO Malaysia Dan Wakil IHH Lancar Projek Lifeline 4 Gaza
NGO-NGO Malaysia Dan Wakil IHH Lancar Projek Lifeline 4 Gaza
KENYATAAN MEDIA
NGO-NGO Malaysia Dan Wakil IHH Lancar Projek Lifeline 4 Gaza
Beberapa NGO bersatu dan bekerjasama menganjurkan program-program dalam usaha mengumpul dana daripada masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan ini melalui sebuah projek yang dinamakan “Lifeline4Gaza – Break The Siege” ataupun “Talian Hayat Untuk Gaza – Menerobos Tembok Kematian.” Antara pertubuhan tersebut termasuklah Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, dan Viva Palestina Malaysia (VPM). Bagi menjayakan misi menghantar bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha konvoi antarabangsa yang diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – atau lebih dikenali sebagai I.H.H.) bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG.)
Dalam sidang akbar yang turut disertai oleh wakil IHH bagi bantuan Malaysia dan Brunei Darussalam dan pemimpin-pemimpin NGO terbabit di Kuala Lumpur pagi ini, Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman berharap agar kerjasama dan sokongan erat daripada semua pihak di Malaysia akan dapat memberi kesedaran akan jenayah yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya ke atas penduduk Gaza dan Negara Palestin secara umumnya. Dengan kerjasama NGO Malaysia terbabit, mereka akan dapat menggembeling tenaga, pengalaman, dan komitmen untuk menjayakan usaha menerobos sekatan ke atas Gaza dan membantu penduduk Gaza membina semula kehidupan mereka.
Rejim Zionis Israel membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk “membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.
Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara.
Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah mensasarkan keperluan orang awam.
Kini setelah lebih setahun tragedi serangan berlaku, penduduk Gaza masih lagi tidak dapat mendirikan semula rumah-rumah mereka, termasuk juga kemudahan asas yang lain seperti sekolah, masjid dan hospital. Mereka masih terpaksa berteduh di khemah-khemah sementara kerana bahan dan jentera binaan tidak dibenarkan dibawa masuk sama-sekali. Malahan ada yang masih terpaksa tinggal di bawah runtuhan bangunan rumah mereka. Ramai pesakit yang terpaksa menanggung penderitaan sakit berterusan hinggakan membawa kepada maut kerana tidak ada kemudahan perubatan dan tidak juga dibenarkan keluar dari Gaza untuk mendapatkan rawatan di hospital luar.
Tahun 2006 menyaksikan banyak usaha-usaha membantu membebaskan Palestin, terutamanya Gaza, daripada cengkaman embargo kejam Zionis. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada seluruh dunia telah mencuba pelbagai cara untuk masuk dan memberi bantuan kepada rakyat Gaza. Lebih daripada 10 percubaan telah dilakukan oleh NGO-NGO sedunia untuk memasuki Gaza tetapi hanya sekali dua saja yang berjaya menembusi sekatan tersebut.
Usaha terbaru telah dilakukan oleh sebuah konvoi yang telah dipelopori oleh Viva Palestina yang berpusat di Eropah pada 5hb Disember 2009. Usaha tersebut telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 320 orang sukarelawan, di mana mereka memulakan perjalanan sejauh lebih 3,000km dari United Kingdom melalui Turki, Syria, Jordan dan seterusnya ke El-A’rish di Rafah, Mesir sebelum akhirnya berjaya masuk ke Gaza pada 6hb Januari 2010. Alhamdulillah 12 orang rakyat Malaysia, termasuk 2 orang wakil HALUAN Malaysia, telah menyertai konvoi tersebut.
Walaupun konvoi Viva Palestina yang ketiga itu telah berjaya memasuki, ia masih tidak berjaya menghapuskan embargo ke atas Gaza.
Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-empat iaitu Lifeline4Gaza. Satu usaha besar-besaran iaitu satu konvoi yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.
Kempen ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.
Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-dua lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.
Konvoi ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka kapal-kapal tersebut akan digunakan untuk menghantar semua barangan keperluan Gaza dari semasa ke semasa. Ini bermakna sekatan embargo Israel ke atas Gaza akan terangkat walaupun Tembok Kematian Israel masih berdiri utuh.
Berkaitan dengan konvoi ini, IHH telah melantik HALUAN sebagai penyelaras bagi semua bantuan daripada dermawan di Malaysia dan juga Brunei Darussalam. Sehubungan dengan amanah tersebut, HALUAN bersama-sama semua NGO yang hadir pada hari ini menyeru semua institusi, organisasi, badan-badan, syarikat-syarikat dan individu yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan supaya memberikan sokongan dan bantuan untuk menyelamatkan rakyat Palestin dengan menganjurkan apa jua aktiviti dapat menzahirkan solidariti mereka, seperti solat hajat dan doa selamat, pameran dan seminar kesedaran Palestin, kutipan derma untuk projek Kemanusiaan Palestin, dan juga ceramah, dialog, diskusi mahupun forum penerangan permasalahan Palestin. Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menjayakan aktiviti-aktiviti tersebut.
Sumbangan derma bagi menjayakan bantuan ini boleh disalurkan terus melalui akaun khusus untuk projek Lifeline4Gaza seperti berikut:
Nama akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
Nombor akaun: 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad
Diharapkan usaha seperti ini akan dapat melahirkan generasi Malaysia yang perihatin terhadap isu kemanusiaan, dan yang lebih penting dapat menginsafi nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
Hayat Gaza sasar RM10 juta
Hayat Gaza sasar RM10 juta KUALA LUMPUR – Konvoi talian hayat Gaza (Lifeline4Gaza) keempat yang akan diadakan pertengahan Mei depan merupakan konvoi terbesar setakat ini dengan sasaran kutipan RM10 juta melibatkan 20 kapal dan 10,000 penyertaan. Pengerusi Biro Haluan Palestin (Haluan), Noorazman Mohd Shamsuddin berkata, konvoi yang diketuai pertubuhan bulan kerajaan (NGO) antarabangsa Turki, Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Releif (IHH) ini akan melalui sekatan rejim Zionis Israel untuk menghantar bantuan keperluan asas seperti makanan, minuman, perubatan dan bahan binaan. Menurutnya, konvoi akan merentasi Laut Mediterranean di Istanbul, Cyprus dan terus ke Gaza melalui jalan laut dengan kerjasama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mempunyai hubungan diplomatik melalui Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel. “Untuk menjayakan bantuan kemanusiaan ini, IHH yang mewakili NGO di Turki dan Eropah melantik Haluan di bawah Biro Haluan Palestin untuk mewakili NGO di Malaysia sebagai penyelaras bagi semua sumbangan di Malaysia dan Brunei. “Justeru, Haluan menyeru kepada semua institusi, organisasi, syarikat dan individu yang prihatin supaya menyokong kempen ini dengan menganjurkan sebarang aktiviti yang dapat menyumbang kepada rakyat Palestin seperti solat hajat, derma, majlis amal, ceramah mahupun forum penerangan permasalahan Palestin khususnya di Gaza sekarang,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Projek Lifeline4Gaza di Hotel Putra Kuala Lumpur semalam. Hadir sama, Pengerusi Haluan, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman yang merasmikan majlis dan beberapa wakil NGO seluruh Malaysia yang turut bekerjasama menjayakan misi kemanusiaan ini. Noorazman berkata, projek ini menyasarkan kutipan RM10 juta bagi membiayai pembelian kapal, kargo dan barangan keperluan yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa keganasan di Gaza. NGO yang terlibat adalah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Palestinian Center of Excellence (Pace), Aqsa Syarif Berhad, Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan lain-lain serta beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pelajaran, Persatuan Mahasiswa dan beberapa IPTA dan IPTS di negara ini. “Setakat hari ini, iaitu selepas dua minggu kempen Lifeline4Gaza ini diadakan, kita berjaya mengumpul sebanyak RM59,000 dan berharap jumlah itu akan terus bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencapai jumlah sasaran. “Haluan turut mengalu-alukan VVIP, Aktivis, Diplomat, Ahli Politik, Selebriti mahupun individu menyertai konvoi ini untuk melihat sendiri mangsa keganasan Israel,” katanya. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Berhad atas nama ‘Tabung Palestin Haluan’ di nombor 5644 9020 8528. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HaluanketuaikonvoikeGaza/Article/index_html |
Malaysian NGOs And Representative of IHH Launch Lifeline 4 Gaza
TUESDAY, APRIL 13, 2010
IHH Launch Lifeline 4 Gaza
Malaysian NGOs And Representative of IHH Launch Lifeline 4 Gaza
Several domestic NGOs have committed to join hands and cooperate by organising meaningful programmes aimed at collecting donations from Malaysians sympathetic toward the humanitarian crisis through a project named “Lifeline4Gaza – Break The Siege”. Amongst these NGOs are the Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN), Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, and Viva Palestina Malaysia (VPM). So as to have a successful mission in delivering the goods into Gaza, they will be joining an international convoy headed by a Turkish-based NGO called the Foundation for Human Rights & Freedom & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – or better known as I.H.H.) alongside other international NGOs such as the Free Gaza Movement and the European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG.)
Wednesday, April 14, 2010
Aqsa Syarif mengingati pulangnya seorang syahid menemui KekasehNYA. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi
Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helicopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu isya, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semuga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. “Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”
Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’ Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin secular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir. Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka. Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi. Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih-sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih-sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan. Lantaran itu tidak seorangpun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.
Kelembutan as-syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya). Semuga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 oarng pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan ‘Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel’. Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebibungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000? Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mengiktiraf sebuah Negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas Negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”
Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT ‘…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”
As-syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.
Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif
Pengarah PACE
Jawapan: dakwaan ada kubur sahabat Nabi di Malaysia
Atas pertanyaan sdr Fattah yang mengunjungi blog ini, saya ulas seperti berikut.
Adakah keturunan ahlul bait di Tanah Melayu dan di nusantara?
Ulasannya:
Siapakah yang dikatakan ahlul bait? Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Keturunan ahlul bait ialah anak-cucu dan keturunan Nabi Muhammad SAW dari satu-satunya anak baginda yang melahirkan zuriat yang berterusan iaitu dari pasangan Fatimah Az-Zahra dan Ali bin Abi Talib. Adapun anak-anak lelaki Rasulullah Ibrahim dan Kassim meninggal dunia semasa kecil dan tidak meninggalkan zuriat. Anak-anak perempuan Nabi yang lain iaitu Zainab, Ummu Kalthum dan Ruqaiyyah tidak diketahui mempunyai zuriat.
Jadi ahlul bait ini dikaitkan dengan keturunan Hassan dan Hussein RA. Keturunan mereka ini kalau dalam konteks nusantara di beri gelar Sayyid (keturunan Hussein) atau Syarif (keturunan Hassan RA). Mereka berbeza dengan gelaran Maulana, Makhdum atau Syeikh yang merupakan gelaran pada ulama yang datang dari Hejaz tetapi bukan dari jalur keturunan Rasulullah SAW. Kalau berdasarkan ini memanglah keturunan Rasulullah SAW atau ahlul bait ini memang ada di seluruh dunia.
Nama-nama ulama yang berdakwah di nusantara bermula sejak kurun ke 14M lagi bergelar Syarif dan Sayyid seperti Syarif Kabungsuan (Ulama dari Johor Lama yang berdakwah di Mindanao), Syarif Makkah yang berdakwah kpd Raja Meura Silu yang kemudiannya memeluk Islam memakai gelar Sultan al-Malikus Soleh dan menjadi Raja pertama Islam di nusantara (Kerajaan Pasai), Sultan Syarif Ali dari Taif diambil oleh Sultan Muhammad Syah (Sultan pertama Brunei - nama sebelum islam Awang Alak Batatar) sebagai menantu dan diangkat menjadi Sultan. Sultan Syarif Ali lah yang mengasaskan syariat Islam di negeri Brunei Darussalam. Syarif Hidayatullah atau Fathillah berasal dari Pasai juga adalah keturunan Rasulullah SAW yang menggempur Portugis dan mengalahkan kerajaan Sunda Kelapa pada tahun 1521 dan menukar namanya kepada Jayakarta (Jakarta). Syarif Hidayatullah adalah salah seorang dari Wali Songo (Wali sembilan di Pulau Jawa). Begitu juga ramai raja-raja kepulauan melayu adalah dari keturunan ahlul Bait. Di antara baginda ialah Raja Perlis DYMM Sultan Syed Sirajuddin Jamalullail al-Haj. Baginda adalah dari keturunan keluarga al-Ba'lawi dari Hejaz yang berasal dari Rasulullah SAW. Di samping itu Raja Siak dan Raja Kutai (Kalimantan) juga adalah dari keluarga yang sama.
Kesimpulannya memang keturunan ahlul Bait memang wujud di Nusantara dan mereka memainkan peranan yang besar dalam mengislamkan kepulauan melayu.
Ada juga sumber sejarah yang menyebut bahawa ahlul Bait (yang membawa ajaran Syiah) yang pertama menyampaikan Islam di nusantara. Perlak mula-mula menerima Islam sekitar tahun 840M dan Rajanya yang pertama ialah Sultan Alaidin Syed Maulana Abdul Aziz Syah. Begitu juga kalau kita lihat di Sumatera Barat (Minangkabau) ada upacara 'Tabut' yang disambut seperti hari Karbala di Iran. Tradisi perayaan Tabut ini hanya hapus pada pertengahan kurun ke 20. Bahkan ada yang mengatakan Ulama-ulama Paderi (Baderi) di Bonjol (Sumatera Barat) telah mengambil alih dari ulama-ulama 'Kaum tua' yang cenderung kepada ajaran Syiah. Ulama yang membawa Islam di Negeri Sembilan Syeikh Ahmad Makhdum juga dikatakan menganut fahaman Syiah dan beliau ditewaskan oleh Tun Perak kerajaan Melaka.(Wallahu'alam).
Tentang dakwaan yang mengatakan terdapat puluhan kubur sahabat di nusantara, ini tidak boleh dinafikan tetapi tidak dapat dibuktikan.
Hujah untuk menyokong akan kemungkinan wujudnya para sahabat yang syahid/meninggal dunia dan dimaqamkan di nusantara tetap ada.
1. Salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Lubaid al-Habsyi adalah salah seorang dari 73 orang yang diarahkan Nabi untuk berhijrah ke Habsyah sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Saad bin Lubaid al-Habsyi telah berlayar dari Habsyah ke Cina dan membina 2 buah masjid di Hanchow dan Canton (Guangzhou). Cina telah lama menjadi destinasi perniagaan orang Arab bahkan di zaman dinasti Tang (sebelum kurun ke 7 M) telah ada komuniti Arab (sebelum Islam) yang besar di Canton. Saad bin Lubaid al-Habsyi telah berdakwah di sana. Jika mereka berulang alik di antara Tanah Arab dan Tanah Besar Cina maka tidak mustahil ada para sahabat yang singgah di Tanah Melayu dan kepulauan Melayu (Sila rujuk buku yang di tulia oleh Hj Ibrahim Tien Y.M yang berjudul 'Perkembangan Islam di Tiongkok (Cina) terbitan Bulan Bintang - buku lama dan dah habis cetak).
2. Salah seorang dari sahabat besar Rasulullah SAW iaitu Saad bin Abi Waqqash makamnya terletak di Guang Zhou (Canton). Ini bermakna Masjid yang dibina di Guong Zhou adalah yang paling tua di Asia dan sezaman dengan Rasulullah SAW dan para sahabat.
3. Sumber Cina ada menyebut seorang raja Tashi (Arab) pernah pergi ke Chopo (Jawa) dan menziarahi Ratu Sima yang memerintah kerajaan Holing (Kalinga). Raja Arab ini menetap di sana selama 3 tahun dan kembali setelah mendapati rakyatnya terlalu patuh kepada Raja. Kerajaan Kalinga wujud pada kurun ke 7M (zaman Rasulullah SAW). 'Raja' Arab ini berdakwah di sana pada zaman Muawiyah bin Abi Sufyan (sahabat Rasullullah SAW).
4. Pada tahun 674 M (hanya selepas 42 tahun wafatnya Rasulullah SAW) sudah ada perkampungan Arab di Sumatera Barat. Besar kemungkinan sebahagian mereka adalah sahabat (iaitu mereka yang pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW).
5. Para Sahabat Rasulullah SAW jumlahnya melebihi 100,000. Ini adalah berdasarkan kepada umat Islam yang berkumpul di Padang Arafah untuk mendengar amanat dan pesan terakhir rasulullah SAW. Ribuan dari mereka telah tersebar ke seluruh dunia. Bilal, maqamnya di Syria, Abu Ayub al-Ansari maqamnya di Istanbul, Saad bin Abi Waqash di Cina. Mereka yang berstatus sahabat ini pula ada yang berjumpa dengan Rasulullah SAW pada usia yang amat kecil seperti Anas bin Malik RA yang didukung oleh Nabi dan di bawa naik unta bersamanya serta diberikan nasihat-nasihat. Anas bin Malik meninggal ketika usianya 93 tahun. Bererti setelah hampir 100 tahun Rasulullah SAW wafat, para sahabatnya masih hidup. Kemungkinan mereka hadir di nusantara dan meninggal di sini seperti juga di tempat-tempat lain tidak boleh ditolak.
Wallahu'alam bis sawab
Dr Hafidzi Mohd Noor
Hidupkan kembali ghirah dalam masyarakat
Hidupkan kembali Ghirah dalam masyarakat
Hari ini rakyat Malaysia khususnya umat Islam dihantui oleh satu fenomena yang amat meruntun jiwa iaitu kes-kes pembuangan bayi. Seringkali bayi yang baru lahir ini ditemui telah meninggal dunia dengan keadaan yang sangat menyayat hati. Insan-insan yang masih belum mengerti apa-apa tentang kehidupan ini dibuang di tempat-tempat pembuangan sampah seperti selayaknya barang buangan yang tidak berguna. Malah ada mayat bayi yang ditemui dengan tanda-tanda ia dibakar sebelum dibuang dan ada juga yang tinggal sisa setelah dimamah oleh anjing dan haiwan lain yang berkeliaran. Jiwa yang sehat tidak dapat menggambarkan manusia semacam apakah yang sanggup melakukan perbuatan yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan ini. Bahkan fikiran menjadi buntu apabila mengenangkan perbuatan yang zalim ini besar kemungkinan dilakukan oleh ibu-bapanya sendiri. Sedangkan haiwan yang paling buas tidak tergamak melakukan perbuatan seperti ini terhadap anaknya. Buaya, seekor haiwan ganas akan memindahkan anak-anaknya yang baru menetas ke air dengan rahangnya dicelah gigi-giginya yang tajam dengan penuh kasih-sayang dan hati-hati agar tidak mencederakan anak-anaknya yang kecil dan lemah itu. Begitu juga harimau akan menggonggong tengkuk anaknya dengan cara ‘menggigit’nya dengan penuh kelembutan, sedangkan gigi yang sama itulah digunakan untuk menyiat-nyiat daging mangsanya.
Di manakah hilangnya bibit-bibit kasih-sayang bahkan nilai-nilai asas kemanusiaan. Apakah manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya sehingga menjadi lebih hina dari haiwan sehingga sanggup melakukan perbuatan yang zalim itu? Apakah punca kepada penyakit yang semakin menular ini? Penyakit ini semacam sudah menjadi wabak yang tidak dapat dibendung melihat kepada semakin kerapnya berita yang terpampang didada akhbar mengenai kes penemuan mayat bayi yang baru lahir. Bahkan sewaktu risalah ini ditulis ada yang sedang berkira-kira untuk membuang bayi yang bakal lahir sedikit masa lagi. Mereka mungkin saat ini sedang memikirkan di manakah tempat yang paling ‘selamat’ untuk mencampakkan bayi tersebut agar tidak diketahui orang. Kalau bolih biarlah bayi itu tidak ditemui bekasnya dan hilang dari pandangan.
Kenapakah bencana ini semakin berleluasa. Apakah ia satu simtom atau gejala kepada penyakit yang lebih besar? Apakah nilai-nilai pegangan masyarakat sudah berubah sedemikian rupa sehingga bencana pembuangan bayi ini hanya diketahui berlaku dalam sepuluh tahun kebelakangan ini. Apakah yang ada pada masyarakat dahulu yang sudah hilang pada masyarakat hari ini. Apakah kompas kehidupan masyarakat hari ini sudah berputar 180 darjah sehingga nilai menjadi terjungkir balik?
Setelah diamati dengan penuh keinsafan maka penulis merasakan ada sesuatu yang telah luput dari masyarakat melayu Islam di Negara ini yang dahulunya menjadi pakaian masyarakat dan nilai yang dipertahankan dengan sungguh-sungguh. Salah satu dari ciri masyarakat melayu zaman dahulu yang telah hilang itu ialah ‘ghirah. Apakah yang dimaksudkan dengan ghirah? Ghirah adalah satu nilai yang cukup penting bagi orang melayu. Ia membawa maksud harga diri atau muru’ah (maruah diri, keluarga dan masyarakat). Orang melayu memang terkenal dengan sifat cemburunya apabila ‘ghirah’nya tersentuh. Sebab itu masyarakat melayu terkenal dengan ungkapan ‘Biar mati anak, jangan mati adat’ dan semboyan perangnya seperti ‘Dari hidup menanggung malu, lebih baik mati berkalang tanah!’. Ungkapan ‘Arang sudah terconteng ke muka’ menggambarkan betapa seseorang itu tidak sanggup berdepan dengan masyarakat apabila ghirahnya telah tercalar.
Salah satu dari aspek yang sangat dicemburui oleh orang melayu ialah yang berkaitan dengan maruah orang perempuan terutama yang bersangkutan dengan ahli keluarga yang terdiri dari isteri, anak-anak perempuan, adek-beradek perempuan, anak-anak buah perempuan dalam keluarga besar. Maruah kaum wanita tidak ternilai sehingga apabila berlaku pencabulan atau keluarga dimalukan dalam hal yang berkaitan dengan perempuan maka nyawalah galang gantinya. Ia tidak mungkin ditukar ganti dengan harta meski ditebus dengan emas.
Dalam sejarah rumpun bangsa melayu memang sarat dengan kesah-kesah benar mengenai mempertahankan atau menjunjung ghirah keluarga ini. Bahkan sehingga pertengahan kurun ke 20 kita masih lagi mendengar kes di mana seseorang membunuh kerana mempertahankan maruah keluarga apabila isterinya atau anak-anak perempuannya diganggu. Mereka sanggup dipenjarakan bahkan sanggup menghadapi hukuman mati kerana bagi mereka itulah harga yang sedia mereka bayar untuk menebus harga diri dan maruah keluarga yang telah tercalar. Bagi mereka itulah pengorbanan yang perlu demi memulihkan imej dan ghirah keluarga. Jika mereka hanya mendiamkan diri atau mengambil sikap memaafkan maka rosaklah nama baik keluarga dan ia tidak akan pulih sehingga ke anak-cucu. Bahkan ahli keluarga akan merasa malu untuk mengangkat muka apabila bergaul dengan anggota masyarakat. Mereka merasakan semua mata memandang mereka dan melihat mereka dengan penuh kehinaan kerana tidak ada sifat ’kelelakian’ atau tidak cukup jantan untuk menebus maruah kelaurga.
Apakah nilai ini datang bersama Islam atau ianya telah tertanam lama sebelum Islam menjadi anutan bangsa melayu? Jika kita lihat begitu sekali tegasnya orang melayu dalam soal menjaga ghirah keluarga, berkemungkinan ia telah menjadi sebahagian dari nilai yang diwarisi oleh orang melayu sejak dahulu. Islam datang untuk mengesahkan dan menyederhanakan sifat ghirah itu supaya cocok dengan fitrah manusia dan tidak sampai seseorang itu melampaui batas lebih dari apa yang diperakui oleh hukum syara’. Namun penerimaan Islam itu adalah satu proses pengislahan yang bertahap sehingga perlakuan-perlakuan mempertahankan ghirah secara melampau tetap mewarnai ciri-ciri kehidupan bangsa melayu yang telah lama menganut Islam. Sebab itu kita dapati salah satu dari ciri masyarakat melayu dahulu ialah budaya memingit anak perempuan meskipun Islam tidak pernah menganjurkan. Kehidupan Rasulullah SAW dan generasi awal muslim tidak sesekali menggambarkan kaum perempuan dikurung di rumah-rumah mereka. Bahkan mereka keluar bersama kaum lelaki termasuk menyertai peperangan dan memainkan peranan penting menguruskan aspek-aspek sokongan dan logistik. Tetapi di dalam masyarakat melayu dahulu anak-anak perempuan dipinggit dalam ertikata tidak dibenarkan keluar dari rumahnya melainkan atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan sama sekali. Bahkan ada anak perempuan yang tidak pernah menjejak kaki di luar rumahnya. Salah seorang tokoh wanita yang terkenal di Indonesia iaitu ibu kartini juga dikawal dalam masyarakat Jawa tradisional dengan budaya pingit. Beliau langsung tidak boleh keluar rumah sehingga usianya awal belasan tahun dan ini berlaku sekitar awal kurun ke 20.
Apabila negeri-negeri melayu (Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu-sekarang Indonesia) terdedah kepada sistem persekolahan dalam zaman penjajahan, rata-rata anak-anak perempuan tidak dibenarkan ke sekolah kerana bimbang mereka pandai menulis. Kepandaian ini akhirnya akan digunakan untuk berutus-utus surat dan bercinta. Sebuah keluarga akan ditimpa bencana besar jika anak perempuannya jatuh cinta sengan seorang pemuda kerana istilah cinta dalam kamus masyarakat melayu tradisional tidak wujud bahkan hampir-hampir dianggap haram. Ini adalah kerana perkahwinan diatur oleh keluarga dan anak perempuan hanya mengikut sahaja kehendak orang tua. Mereka tidak punya sebarang hak untuk mempersoal dan menolak pilihan ibu-bapa dalam soal jodoh. Semua ini tidak ada asasnya di dalam Islam kerana Islam memuliakan wanita, menjamin hak untuk mendapat pendidikan yang seimbang sama seperti lelaki dan kehendak serta perasaan wanita dihormati dalam soal pemilihan jodoh. Contoh-contoh dari kehidupan Rasulullah SAW sarat dengan bukti-bukti bagaimana wanita muslim menikmati hak mereka sama seperti kaum lelaki dalam soal-soal penting kehidupan.
Bagaimana pula masyarakat melayu lama meladeni anak-anak lelaki dalam hal menjaga harga diri perempuan. Anak lelaki yang sudah ’besar’ (sudah baligh) tidurnya di surau. Amat janggal dan pelik sekali jika masih ada anak-anak muda yang sudah diharapkan menjaga kampung tidur di rumah ibu. Anak-anak lelaki bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kampung dan anak-anak gadis. Jangan sampai nanti berlaku pengkhianatan ibarat ’pagar makan padi’. Dengan aturan seperti ini diharapkan kampung terjaga dan anak-anak gadis terpelihara dari sebarang perbuatan sumbang, khianat dan ceroboh.
Pemuda juga harus tahu membawa diri di kampung. Jika tiada sebarang keperluan adalah kepantangan besar bagi seorang pemuda melintas di halaman rumah yang ada anak gadis yang sudah besar panjang. Jika melintas juga tanpa sebarang keperluan, silap perhitungan akan diludah oleh tuan rumah atau lebih parah lagi ditetak dengan parang.
In zaman dahulu. Namun masa berlalu dan kesan penjajahan barat sedikit demi sedikit meresap masuk ke dalam kebudayaan hidup bangsa melayu. Masyarakat melayu semakin terdedah dengan arus permodenan dan arus budaya barat yang datang bersama penjajahan. Anak-anak perempuan tidak lagi dipingit dan sudah mula mendapat sedikit ruang untuk meneroka dunia luar. Hasil dari kesedaran yang ditanam oleh tokoh-tokoh pejuang bangsa yang berusaha untuk membawa perubahan di dalam masyarakat melayu Islam, akhirnya masyarakat lebih terbuka. Ide-ide progresif yang dipelopori oleh gerakan kebangkitan atau islah (perubahan) yang dibawa oleh golongan cendekiawan yang mempunyai latar belakang pendidikan barat atau Islam mempunyai saham ke arah mengembalikan kemerdekaan dan hak orang perempuan yang selama ini dinafikan oleh nilai-nilai tradisi yang mencengkam.
Tetapi ibarat bandul masyarakat melayu Islam bergerak dari satu kedudukan yang ekstrem kepada satu kedudukan ekstrem yang bertentangan. Sedikit demi sedikit masyarakat melayu yang semakin terbuka mindanya juga semakin terbuka sikap dan pembawaannya. Bukan sahaja fikirannya semakin terbuka, pakain dan pergaulannya juga turut semakin terbuka sehingga melanggar adab-adab berpakaian dan batas-batas pergaulan dalam Islam. Keterbukaan ini dianggap satu kemajuan yang seiring dengan peredaran zaman. Sesiapa yang tidak mengikut trend aatu peredaran zaman akan dianggap kolot dan ketinggalan. Nilai-nilai Islam yang dahulunya mengawal akhlak masyarakat melayu tradisi yang kadang-kadang dipraktikkan dengan cara yang lebih ketat dari apa yang diharuskan oleh syarak kini semakin dilupakan dan ditinggalkan. Ghirah atau muru’ah diri yang menjadi kebanggaan turun temurun yang dipertahankan oleh orang melayu semakin terhakis bahkan hampir terhapus dari kamus kehidupan orang melayu. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semakin bebas bahkan semakin tidak mempunyai batasan lagi dengan berlalunya masa. Meskipun tanah air telah bebas dari belenggu penjajahan, trend budaya barat yang dianggap moden dan progresif terus mewarnai masyarakat melayu dengan kesan yang lebih parah lagi.
Ibu-bapa tidak lagi mempunyai rasa cemburu terhadap anak perempuannya. Ayah tidak merasa tercabar apabila anak perempuan dikelek oleh lelaki ke hulu ke hilir ibarat suami isteri layaknya. Sesiapapun tidak merasa maruah mereka tercabar atau ghirah mereka tersintuh. Bahkan mereka berbangga pula anak-anak gadis mereka mempunyai teman lelaki atau ’boyfriend’. Pergaulan bebas ini seringkali menyebabkan anak-anak gadis kehilangan mahkota mereka yang sepatutnya diserahkan kepada suami mereka pada malam perkahwinan yang dinanti-nantikan oleh mereka yang mahu mendirikan rumahtangga. Apabila ’kelapa sudah ditebuk tupai’ maka berusahalah keluarga tadi untuk menutup aib dengan menyembunyikan malu yang ditanggung keluarga. Cepat-cepat mereka usahakan agar perkahwinan dilangsungkan sebelum perut yang semakin besar semakin jelas kelihatan. Anak zina itu dilahirkan dan untuk menutup titik hitam itu anak tadi dibinkan kepada suaminya walaupun dari segi hukum anak zina tidak bolih dinasabkan kepada ayah biologikalnya. Pada tahap ini perzinaan berlaku di kalangan pasangan muda-mudi yang bercinta. Meskipun mereka telah ’terlanjur’ tetapi sekurang-kurangnya mereka mengambil tanggungjawab di atas ’keterlanjuran’ itu. Kini persetubuhan haram berlaku bukan sahaja di kalangan mereka yang kononnya dilamun cinta tetapi juga untuk suka-suka. Seseorang itu tidak perlu bercinta atau mempunyai komitmen untuk mengikat hubungan dengan tali perkahwinan untuk melakukan hubungan seks. Dan lebih dahsyat lagi mereka tidak mempunyai niat untuk melahirkan anak yang dikandung itu. Sebaliknya mereka nekad untuk membuang bayi tersebut sebaik ianya lahir. Bagi mereka yang ada peluang untuk membuang janin di dalam kandungannya diusahakan untuk digugurkan diklinik-klinik swasta ayng menjalankan pengguguran haram.
Inilah transformasi yang berlaku dalam masyarakat melayu Islam dari satu bangsa yang sangat tinggi sifat cemburunya terhadap perempuan kepada satu bangsa yang langsung tidak merasakan wanita mempunyai maruah yang perlu dicemburui dan dipelihara. Masyarakat sudah hilang ghirah yang dulunya dipertahankan meskipun dengan nyawa. Seluruh sendi-sendi masyarakat sudah goyah dan jika penyakit yang semakin parah melanda masyrakat ini tidak diubati, ia bakal runtuh dan membawa kehancuran generasi akan datang.
Inilah senario yang menuntut masyarakat melayu supaya menghidupkan semula sifat ghirah dengan Islam sebagai landasannya. Sifat ghirah yang mengikut acuan Islam bertitik tolak dari asas yang diletakkan oleh al-Quran mengenai tanggungjawab lelaki ke atas wanita. Asas itu ialah Ar-Rijalu kawammun na-alan-nisaa’ (Sesungguhnya lelaki itu adalah pelindung kepada wanita). Hari ini lelaki sudah hilang ghirahnya terhadap wanita sebaliknya mengkhianati amanah Allah dalam urusan memelihara muruah wanita. Ayah sudah hilang ghirahnya terhadap anak perempuan dan suami sudah hilang ghirahnya terhadap isteri. Lelaki pula sudah hilang ghirahnya dan sebaliknya mengambil kesempatan pula terhadap wanita.
Sesungguhnya kita mempunyai qudwah (contoh) yang terbaik pada diri Rasulullah SAW dalam hal mempertahankan ghirah ini. Pernah satu ketika seorang wanita muslim disingkap auratnya oleh orang yahudi di pasar. Atas rasa cemburu dan demi memelihara mu’ruah wanita Islam dan Islam itu sendiri, Rasulullah SAW memerangi mereka sehingga mereka diusir dari Khaibar. Ini satu contoh bahawa soal maruah dan ghirah bukan soal kecil. Jika ghirah umat Islam terus diperlekehkan maka natijahnya cukup serius dan Nabi SAW mendidik umat Islam supaya memelihara ghirah ini sebagai suatu yang tidak ternilai harganya, yang dengannya umat Islam dimuliakan. Begitu juga contoh yang ditunjukkan oleh Khalifah Mu’tasim di zaman Khilafah Abbassiyah. Seorang wanita diganngu oleh tentera Rum di perbatasan Syam. Wanita ini berteriak ’Wa Mu’tasim’ sedang Khalifah Mu’tasim berada di Baghdad, yang amat jauh dari Syam. Berita ini sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’tasim. Dengan segera surat diutus kepada kerajaan Rum supaya gangguan terhadap wanita ini dihentikan. Jika perbuatan biadap ini berterusan maka khalifah tidak teragak-agak untuk menghantar bala tentera yang besar yang dikatakan ’kepalanya sudah tiba di Syam sedang ekornya masih berada di Baghad’. Lihatlah ghirah yang ditunjukkan oleh para rijal (lelaki sejati) dan rijal seperti inilah yang akan menjunjung perentah Allah – Sesungguhnya Lelaki itu adalah pelindung kepada wanita.
Semuga masyarakat hari ini mengambil iktibar dari kesah kelelakian sejati yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan generasi muslim qudwah (contoh terbaik) yang terdahulu. Semuga dengan berputiknya kembali bibit-bibit ghirah di atas landasan Islam yang syumul (sempurna) akan luputlah gejala pembuangan bayi yang amat menyesakkan hati kita pada hari ini. Semuga Allah mengembalikan umat ini kepada fitrahnya yang sebenar. Ameen Ya Rabbul Alameen
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Jab. Perlindungan Tumbuhan
Fakulti Pertanian
Univ Putra Malaysia
------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sahabat2 sekelian,
Mengapa tema kali ini ditujukan kepada lelaki?
Dengan rendah hati kami ingin menjemput semua lelaki yang prihatin untuk bersama usaha pencegahan RS. Kami ingin sekali bertemu dan meraikan lelaki2 yang berjiwa mulia ini. Kami ingin khabarkan kepada anak2 di Raudhatus Sakinah bahawa masih ada lelaki2 yang tahu tentang tanggungjawab mereka dalam melindungi dan membela wanita. Kami yakin bahawa ramai lelaki yang mahu menjadi yang terbaik dalam membimbing dan menasihati kaum wanita dan sedang berusaha untuk menjadi pelindung mereka. Kami sedang giat berusaha menyebarkan pesanan bahawa jangan sampai ada lelaki masih kepingin mengambil kesempatan terhadap wanita2 yang menjadi amanah mereka. RS ingin berkongsi saham dengan semua. Jom bersama kami di .......
(MARS) 2010
OBJEKTIF MARS 2010:
- Menjana dana bagi pengurusan & pembangunan Raudhatus Sakinah seluruh Malaysia
- Menjalinkan networking dengan pelbagai pihak
- Menekankan keperluan amar ma'ruf nahi mungkar dipertingkatkan dalam masyarakat
- Menyedarkan tanggungjawab serta menghargai peranan lelaki yang menjadi pelindung kepada maruah wanita
Lelaki Pelindung Wanita
(Surah An-Nisa':34)
2 Mei 2010
MASA:
8.00 Malam - 11.00 Malam
TEMPAT:
Shah Alam Convention Center (SACC Convec)
YTM Tengku Besar Terengganu, Shariffah Nong Assegaff
Penaung Raudhatus Sakinah
(Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin)
PENAMPILAN ISTIMEWA:
- Kumpulan Demascus
- Xifu & Algebra
- Persembahan anak-anak remaja
- PENGACARA MAJLIS - Ahmad Fedtri Yahya (TV3)
JUALAN MEJA:
Platinum - RM5000/meja (10 kerusi)
Gold - RM3000/meja (10 kerusi)
Silver - RM2000/meja (10 kerusi)
Bronze - RM1000/meja (10 kerusi)
Sebarang bentuk sumbangan dan tajaan sangat dialu-alukan.
NO AKAUN RAUDHATUS SAKINAH:
5622 0961 3388
(MAYBANK BERHAD)
Untuk tempahan, sila hubungi:
Sekretariat Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2010
03-41073379 atau 03-41089669 atau 03-41053159
Puan Rosmawati Zainal: 019-2386333
Puan Yusnani Abd Hamid: 013-3893379
Puan Siti Aini Jamil: 019-6553136
Nazirah Idris:019-5053008
En Mohd Amirul Mohd Letfee: 019-3836859
En Abdullah Omar:013-2466190
http://ummiroses.blogspot.com
http://www.raudhatussakinah.
Monday, April 12, 2010
« Bersama Dr Hafidzi di Masjid SAKW Padang Balang
Dr Hafidzi menyeru jemaah MSAKW bersama-sama merasai barakah Baitul Maqdis
April 11th, 2010 | Author: wmzukri
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengarah PACE
Padang Balang, 9 April 2010 - Pengarah PACE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dalam ceramahnya mengajak jemaah Masjid Saidina Ali KW bersama-sama dalam perjuangan membebaskan Baitul Maqdis supaya sama-sama mendapat keberkatan yang melimpah daripada bumi penuh barakah itu.
Di dalam al-Quran, Baitul Maqdis dinyatakan sebagai bumi Barakah sebanyak lima kali dalam empat surah iaitu al-Anbiya ayat 71 dan ayat 81, Saba’ ayat 18, al-A’raf ayat 137 dan al-Isra’ ayat 1. Beliau juga menekankan bahawa bumi Palestin hanya dapat dibebaskan melalui Jihad, bukannya melalui meja rundingan atau perjanjian damai.
Di samping ceramah, JIM Batu dan PACE juga mengadakan pameran Palestin, jualan buku-buku dalam Siri Bebaskan Al-Aqsa dan kutipan sumbangan. Jumlah sumbangan yang diterima ialah sebanyak RM296.40. Pada akhir majlis, JIM Batu juga telah menyerahkan buku “Tip Urus Kelab Remaja Masjid” kepada pihak Masjid SAKW yang diterima sendiri oleh pengerusinya Tuan Haji Zainal Abidin Maas.
Di laporkan oleh Wan Mohd Zukri Che Mat Zain
Friday, April 9, 2010
Ceramah Dr Hafidzi di Masjid Negeri Shah Alam - 10 April 2010
Ceramah
Tajuk: Memuliakan masjid al-Aqsa yang penuh barokah
Tarikh: 10 April 2010 (Sabtu)
Masa: Maghrib hingga Isya
Tempat: Masjid Negeri Shah Alam
Penceramah: Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga Aqsa Syarif
Merangkap
Pengarah PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin)
Tabung kutipan untuk Masjid al-Aqsa akan disediakan. Sumbangan anda akan diuruskan oleh Aqsa Syarif.
Selepas waktu Isya akan diadakan forum berkaitan dengan Masjid al-Aqsa dan perjuangan rakyat Palestin. Ahli-ahli panel di antara mereka ialah Dato. Hj Hassan Ali.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir demi memuliakan al-Aqsa dan meningkatkan iltizam kita untuk membela dan membebaskan Masjid ketiga termulia dalam Islam di Tanah suci Al-Quds.
Dr Hafidzi Mohd Noor
Wednesday, April 7, 2010
Kempen Produk dan Cenderahati Aqsa Syarif
Aqsa Syarif telah menghasilkan pelbagai produk seperti Kemeja T, Vest, Sticker Kereta, book mark, note book, mug, botol air, pen, cap, keychain dan lain-lain. Barangan ini boleh dibeli dari wakil-wakil Aqsa Syarif seluruh Malaysia. Aqsa Syarif mempunyai wakil di seluruh negara di setiap negeri dan Insya Allah setiap daerah. Jualan barangan ini adalah sebagai usaha untuk mempromosikan kewujudan Aqsa Syarif, mempromosikan perjuangan pembebasan Aqsa & Palestin dan bagi mengumpul dana bagi disalurkan kepada rakyat Palestin. Anatara program khusus Aqsa Syarif ialah mengumpul bantuan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan rakyat yang dicederakan oleh regim Yahudi. Pasangkan sticker kereta tersebut di kereta-kereta anda, sematkan batch Palestin di dada anda sebagai sokongan moral dan menyemarakkan semangat ingin membantu rakyat Palestin yang ditindas.
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Prof Madya Dr Zin Kandar zin2000@yahoo.com atau 013-4352539
Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga Aqsa Syarif
Friday, April 2, 2010
An appeal from PACE for all of humanity: In the name of solidarity with the Palestinians
An appeal from PACE for all of humanity: In the name of solidarity with the Palestinians
It is incomprehensible that in this modern era when we have reached the zenith of civilization, that we allow a segment of the human society in Palestine to endure the most horrendous persecution history has ever recorded. Our history is so tainted with man-made tragedies that have caused untold sufferings for the last 100 years. The first Great War was dubbed ‘The War to end all wars’ judging from the horrific consequence on human lives and properties. Later it was renamed ‘The First World War’, because it was soon followed by a far greater calamity. The Second World War has unveiled the limitless potential a human being can unleash to inflict pain on another. The Holocoust, the rape of Nanking, the carpet bombing of Europe and the Atomic bomb has dwarfed the First war in terms of human lives perished and the trail of devastation it has left. The war ended with a solemn pledge ‘Never again’ with the birth of the United Nations where every effort would be exhausted to find a peaceful solution to every human conflict. Alas, barely three years passed from the inauguration of the United Nations, the indigenious people of Palestine became the first victim of systematic persecution. In 1948, the same year that the United Nations adopted the Universal Declaration of human rights, drafted by nations that convened in San Fransisco in 1945, Palestinian people lost their homeland and dignity. Right up to this day, sixty two years on, the Palestinian people are still stripped of their basic human rights and denied the right of return to dear homeland, a birthright that every human being takes for granted.
Some has dismissed this issue as a conflict of a religious or a sectarian nature or somewhat shaped by religious motives. No doubt, the Palestinians are predominantly muslims, although there is a significant Christian minority; and the Israelis are predominantly Jewish, or eventually exclusively Jewish as Israel aspired to be a Jewish state. But this is no excuse to act indifferent to the sufferings endured by one as a result of the atrocities commited by the other. Every human being has the right to be treated with dignity without exception. No person should condone any form of persecution on a fellow human being. It is incumbent upon every single human being to stand up and delivers anyone from wanton persecution.
Perhaps we can all learn from the annals of history of Islam in the early days of her inception. Prophet Muhammad SAW (PBUH) and the small community of the believers were once boycotted and banished to the far end of the Meccan city outskirts. The nobles of Mecca has issued a decree banning all forms of business dealings and transactions with the muslims. Food and supplies were blocked from entering the muslim quarters. At first only the muslims were targeted but in the name of solidarity every person that belongs to Banu (the sons of) Abdul Manaf, Banu Hashim and and Banu Abdul Mutalib to which Prophet Muhammad (PBUH) belongs retreated to the muslims enclave (Shi’ib Abi Talib), where they cordoned and shielded themselves from the hostile Quraish tribe who were bent on destroying the nascent muslim community. The boycott campaign now was extended to everyone who supported Prophet Muhammad whether they were muslims or otherwise. The siege they laid lasted for three long years.
They endured the most trying situations. Food shortage lead to widespread starvation which began to take its toll especially on the children and infirm. A companion of the Prophet, Saad bin Abi Waqqash RA related how out of desperation, he sustained himself and the others for three days with a dried out camel hide he stumbled upon in the valley.
Not only the non-muslims community stood alongside their muslim brethren in solidarity and endured the persecution, they also made arrangements to smuggle in food and other basic necessities, often jeopordising their own safety. A nephew of the prophet’s wife, Hakim bin Hizam, a non-muslim and his friends made several attempts in the middle of the night to send help by releasing camels laden with goods hoping that it will wander into the enclave unnoticed by the ever watchful eyes of the Quraish patrol.
The boycott ended due to the public opinion of the people of Mecca who could not bear hearing the cries of starving children. They were driven by their own conscience and collectively decried the boycott. Even though the leaders insisted on continuing the siege, they could not go against the public sentiments and the siege was eventually lifted.
The Palestinian people is now experiencing the same predicament as the muslims of Mecca. Comprehensive economic blockade and total siege was imposed on the small Gaza enclave. All crossings were completely closed. Now the government of Egypt has planted steel platings along the Raffah crossing blocking the tunnels that has served as the only lifeline into Gaza. The daily movements of Palestinian in East Jerusalem and West Bank has been impeded by the presence of the apartheid wall that snaked through Palestinian lands carving up large swath of land and blocking access to schools, water wells and farms.
Now news has came through that the people of Gaza is again subjected to aerial bombing and strafing by Israeli airforce. They have been pounding schools, houses and whatever little that has left from the last massive attack in 2009.
PACE appeals to all of humanity regardless of race and religion to stand firm with our brethren in Palestine. Let us emulate the Quraish of Mecca who in the face of adversity, showed their solidarity with Prophet Muhammad (PBUH) and his followers to the end. We believe that the Palestinian tragedy will continue to haunt all of humanity for posterity if we turn our back on the Palestinians today.
Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE