Odi berdiri pada tetingkap di mana masuknya cahaya matahari yg disebut dalam ayat ke 17 surah al-kahfi Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
Surah al-Kahfi ayat 13 - Demikian kami ceritakan kepada mu (wahai Muhammad)
kesah mereka dengan sebenarnya. Mereka itu adalah pemuda
yang beriman lalu kami tambahkan untuk mereka petunjuk
kesah mereka dengan sebenarnya. Mereka itu adalah pemuda
yang beriman lalu kami tambahkan untuk mereka petunjuk
Bergambar ramai (abi, umi, odi, nubhan, syafiq, furqan, hafiz dan umar Mutaqqi rakan
rakan odi dari Univ Yarmouk dan JUST, Irbid, Jordan)
Assalamualaikum,rakan odi dari Univ Yarmouk dan JUST, Irbid, Jordan)
Lama juga tak update blog. Banyak perkembangan sejak dari bulan Ramadhan lepas tidak diupdate. Kini cuba menghidupkan semula blog keluarga ini. Mudah-mudahan ada manfaatnya bagi kami dan pengunjung.
Baru-baru ini sewaktu menghadiri konferens Akademik di Kaherah dari 1 - 3 Nov sempat singgah ke Amman Jordan dari 4 hingga 7 Nov menziarahi anakanda Mawardi. Kami berdua sempat menziarahi beberapa tempat bersejarah. Antaranya ialah Bahr mayyit (Laut mati). Laut Tibaria (yg disebut di dalam hadis Nabi SAW) dan Gua pemuda al-Kahfi (yang disebut di dalam surah al-Kahfi). Dalam beberapa siri pendek akan dikongsikan beberapa entri tentang catatan perjalanan ke tempat-tempat tersebut.
Untuk kali ini kami akan kongsi pengalaman kami melawat gua al-Kahfi. Kesah pemuda al-Kahfi ini disebut di dalam al-Quran dalam surah alKahfi dari ayat 9 - 26. Dalam tafseer al-Maudoodi (meaning of the Quran) yang merujuk kepada tafseer Maulana Abdul Kalam Azad, kesah pemuda yang tertidur dalam gua (al-Kahfi) dirakamkan oleh sejarawan islam ulung Ibnu Jarir at-Tabari. Mengikut catatan sejarah yang ditulis oleh seorang paderi Kristian, Yaakub dari Sarug, peristiwa ini berlaku pada zaman pemerintahan Maharaja Rum yang bernama Decius (245 - 251 Masehi; iaitu kira-kira 400 tahun sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW , 630 Masehi). Tempat di mana peristiwa ini berlaku ialah di kota Ephesus. Di manakah letaknya kota Ephesus ini; jika sumber tulisan Yaakub ini boleh dipegang bererti ia hampir dengan kota Amman, Jordan pada hari ini.
Maharaja Decius berlaku zalim kepada pengikut Nabi Isa AS dan memaksa sesiapa sahaja yang beriman supaya kembali kufur dan menyembah berhala 'Diana' (dewa sembahan [penduduk kota Ephesus). Tujuh orang pemuda ini diketahui beriman dengan risalah Tauhid lalu dipaksa supaya kembali kepada agama nenek moyang mereka. Pemuda-pemuda ini melarikan diri lalu bersembunyi di dalam sebuah gua. Mereka tertidur dan dibangkitkan oleh Allah SWT sekitar 447 Masehi (iaitu selama 197 tahun jika mengikut sumber bertulis ini - namun hanya Allah SWT yang maha mengetahui) dan mereka dapati penduduk Ephesus telah menganut agama Kristian.
Yaakub dari Sarug sendiri lahir pada tahun 452 Masehi dan beliau menulis tentang kesah pemuda al-Kahfi ini pada tahun 474 Masehi. Ini bermakna jika berdasarkan kepada sumber sejarah bertulis ini maka kesah ini ditulis 30 tahun selepasnya. Al-Quran tidak menyatakan tarikh atau tempat di mana peristiwa ini berlaku. Kerana yang penting dari peristiwa ini bukannya tarikh dan tempat tetapi iktibar dan pengajaran yang perlu dimanfaatkan dari peristiwa ini. Bahkan al-Quran membongkar beberapa penyelewengan dan kekufuran yang terus menyelubungi manusia di sekitar kesah ini. Mereka yang hidup dan menyaksikan peristiwa ini bukan sahaja tidak mendapat petunjuk bahkan terheret semakin jauh ke dalam kesesatan. Keadaan mereka adalah sama dengan orang-orang Quraish yang cuba untuk menggagalkan misi dakwah Rasulullah SAW dengan menguji pengetahuan Nabi tentang kesah pemuda al-Kahfi. Mereka telah mengunjungi paderi-paderi Kristian di Syam dan meminta pandangan mereka apakah soalan-soalan yang boleh diajukan kepada Muhammad SAW bagi mendustakan baginda. Tiga soalan mereka tanyakan iaitu tentang pemuda al-Kahfi, kesah Iskandar Zulkarnain dan persoalan tentang ruh. Dua persoalan yang pertama di jawab dalam surah al-Kahfi sedang soalan tentang ruh di jawab dalam surah yang lain. Sebaik sahaja Nabi diajukan soalan tersebut, Nabi lalu berkata - "aku akan berikan jawapannya esok". Allah SWT menegur Rasulullah SAW dalam ayat ini
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. (23) Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): Insya Allah dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini. (24)
Selama hampir sebulan wahyu tidak diturunkan sehingga orang-orang Quraish menyangka behawa mereka telah berjaya mendustakan Rasulullah SAW. Di sinilah Allah SWT menempelak mereka dengan ayat
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (10) Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11) Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (12)
Sebenarnya sikap orang-orang Quraish yang menolak Kerasulan Nabi Muhammad SAW itu lebih menakjubkan lagi, sebagaimana sikap dan perbuatan orang-orang yang hidup pada zaman pemuda al-Kahfi itu. Peristiwa ini bukan menambah keimanan mereka bahkan mereka menjadi semakin jauh dari petunjuk Allah. Mereka disibukkan dengan berbalah sesama sendiri berapa bilangan mereka dan berapa lamakah pemuda-pemuda itu tertidur di dalam gua. Lalu Allah SWT menmempelak mereka dengan menegaskan bahawa hanya Allah yang mengetahui berapakah bilangan mereka dan berapa lama mereka tertidur di dalamnya.
Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka. orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka. (21)
Inilah pengajaran sebenar dari kesah al-Kahfi. Peristiwa ini membuktikan bahawa kehidupan akhirat adalah pasti dan amat mudah bagi Allah menghidupkan orang yang sudah mati. Peristiwa ini berlaku pada saat pengikut Nabi isa as sudah mula terpengaruh dengan kepercayaan kaum Pagan (Greek) pada zaman itu bahawa tidak ada kehidupan selepas mati. Mereka gagal mengambil iktibar dari peristiwa ini sebaliknya mengkultuskan pemuda-pemuda al-Kahfi dengan membina bangunan dan tempat ibadah di atasnya.
Al-Quran mendedahkan peristiwa ini dan membongkar penyakit-penyakit hati yang ada pada golongan yang kufur. Sekiranya Allah SWT tidak menceritakan peristiwa ini nescaya kesah pemuda al-Kahfi akan terus diselubungi oleh persoalan-persoalan yang tidak menjurus kepada pemupukan tauhid dan keimanan kepada Yaumul akhirat. Mereka akan dipuja sebagai 'keramat-keramat' yang dikultuskan oleh orang-orang yang jahil.
Ziarah kami di Gua al-Kahfi benar-benar menjadi bekal dalam kehidupan ini. Surah yang sering dibaca pada hari Jumaat ini kini memberi kesan yang mendalam setiap kali ia dihayati selepas ini.
نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى
Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka
Dr Hafidzi Mohd Noor
4 comments:
tahniah pakcik hafidzi! penulisan yg sangat baik seperti biasa~
-anakanda Abdullah Omar bin Muhamad Fuad-
Salam Sheikh,
Tak teringat pula ana nak minta antum ziarah budak2 MORO - 7 orang dan Kemboja - 5 orang (yang di bawah ACT Malaysia). Mereka sedang menunggu-nunggu program tarbiyyah dari ana (kitalah tu!). Sedang koordinasi dengan Us. Wan Subki. Target by end of November, dah ada usrah. Tapi kalau dapat sentuhan anta dulu, lebih baik insyaALlah.
Ana suggest buat Jaulah ke Mindanao 2... :-)
mubarak Dr Hafidzi, mohon dikongsikan post ini ke YG lain
Salam,
Dato' Mus depa tu di Urdun? Tak ada pulak pelajar Malaysia bagitau? mungkin sebab tak tanya. Atau depa ada di sini. Mindanao? last time kita pi 2000. ten years ago.
Kpd Bee family... silakan, silakan
Post a Comment