Tuesday, September 2, 2008

Nakbah Palestin di Wisma Warisan, Perlis

hadirin terdiri dari semua lapisan masyarakat
(ramai juga remaja dari pelbagai institusi pendidikan sekitar)

Abi (Dr Hafidzi) dan para hadirin sedang mendengar penyampaian dari SS Dato' Mufti Perlis


Antara beberapa bahan pameran




Assalamualaikum

Pada 25 Julai 2008 yang lalu, Umi telah berkesempatan menemankan abi untuk berforum bersama dengan SS Dato' Mufti Perlis mengenai nakbah Palestin. Dah lama juga tak naik flight sama-sama, ada lah peluang sikit nak jiwang-jiwang atas kapalterbang tu utk selama 45 minit.

Alhamdulillah pengembaraan kami ke sana sangat bermakna kerana sempat juga bertemu dgn anakanda Rohayatul Akma Abu Bakar aka Mama yang baru sahaja memulakan tugas sbg pensyarah di Politeknik Arau. Terima kasih buat Mama yang telah meluangkan masa menghantar Paksu ke masjid utk solat jumaat, kemudian hantar pula ke hospital untuk sesi dialysis. Sementara menunggu abi selesai dialysis, Mama bawa Umi makan angin ke Kuala Perlis. Sempat juga merasa laksa perlis dan shopping belacan perlis yang famous tu....

Sesi forum pada sebelah malam tu, ramai sungguh para hadirin. Penuh lah dewan. Yang menariknya, ramai di kalangan anak muda terdiri dari para pelajar sekolah dan IPT yang berdekatan. Baru perasan, walaupun Perlis ni kecil tapi banyak sungguh pusat-pusat pengajiannya dari MRSM, politeknik, hinggalah ke universiti. Alhamdulillah abi telah dapat menyampaikan dengan baik, sungguh pun agak keletihan dari perjalanan jauh dan juga sesi dialysis yang baru shj selesai. Semoga Allah terus mengurniakan abi kekuatan dan kesihatan.

Esoknya, abi tinggalkan umi di Jitra dalam perjalanan abi ke Pulau Pinang (utk menaiki firefly ke Kuala Trengganu pula). Umi kena hadir kempen keselamatan elektrik untuk guru-guru peringkat negeri Kedah. Abi pula ada kuliah di Univ Darul Iman, Trengganu (UDM). Terima kasih kepada ikhwah dan akhawat di perlis yang telah melayani kami sepanjang kami berada di sana.

Mudah-mudahan Allah telah meredhai perjalanan kami itu dan menggolongkan nya sbg sebahagian dari amal-amal soleh.

coretan ke belakang, ummu qayyim

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc