Wednesday, September 3, 2008

Pertandingan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan

Eh eh sapa tu??? Macam oghang!
Peserta SMI Hira' mula mengambil tempat
Ahh segak sekali anak-anak muda nih...mesej yang dibawa pula amat bermakna

Keadaan di dewan sebelum acara berlangsung

Assalamualaikum wbt

Pada 23 Ogos 2008 yang lalu, Ummi dan Amin telah ke Auditorium 3, Putrajaya untuk menyaksikan Pertandingan Choral Speaking Peringkat kebangsaan (Bhg Sek Swasta). Ini utk meraikan anakanda Mawardi dan pasukan dari SMI Hira' yang mewakili Negeri Selangor.

Tahniah diucapkan kepada SMI Hira' dan guru pembimbing Muallimah Nila Kesuma yang telah berjaya membawa SMI Hira' ke peringkat ini. Sudah tentu ia merupakan peluang yang julung-julung kalinya datang untuk anak-anak di bawah sistem pendidikan musleh. Peluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dari beberapa sekolah swasta lain seperti Kolej Yayasan Saad dari Melaka, Sek Sri Darmesh Kuala Lumpur, dua buah sekolah dari Sabah dan yang pastinya SMI Hira' adalah satu-satunya Sek Islam yang menyertai pertandingan ini.

Kami hanya sempat mengikuti pertandingan Choral Speaking sahaja kerana terpaksa meninggalkan majlis untuk mengejar flight ke Kuala Trengganu. Mesej adalah di sekitar Hari Kemerdekaan. Kebanyakan sekolah membawa mesej kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan menjulang beberapa nama individu yang dikatakan telah mengharumkan nama negara. SMI Hira' membawa kelainan dengan mesej "What is the meaning of independence". Menarik sungguh. Tahniah! kerana mengambil peluang keemasan itu untuk mengketengahkan fahaman dan mesej Islam ttg kemerdekaan. Ya, bebas dari pengaruh negatif, bebas akal dan fikiran utk menerima kebenaran!

Sungguhpun kemenangan tidak berpihak kepada SMI Hira', sekalung tahniah diucapkan kerana penyampaian yang sungguh baik dan at par dengan sekolah-sekolah lain. In fact, pada pandangan Ummi, Hira' patut menang!!!!!

Semoga Smi Hira' terus maju, ummu qayyim



0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc