Pelajar kolej yang hadir
Assalamualaikum,
Pada 4 Sept 2008 bersamaan 4 Ramadhan 1429, alhamdulillah satu ceramah berjudul 'Palestin-Masihkah kau ingat?' telah diadakan di Kolej Tun Syed Nasir, UKM kampus KL. Ceramah yang sepatutnya diadakan di dewan telah ditukar ke surau kerana dewan digunakan untuk peperiksaan. Ceramah diadakan selepas solat isya' dan tarawikh. Solat isya dan tarawikh di imamkan oleh seorang pelajar sdr Ahmad Tantawi, gemersik dan baik hafazannya, bekas pelajar ma'ahad tahfiz al Quran, Al Mannar, Kelantan. beliau sekarang mengambil jurusan perubatan dan sedang berada di tahun dua.
Ceramah ini dihadiri oleh pelajar-pelajar yang sedang menuntut dalam jurusan perubatan, farmasi dan Sains Kesihatan. Pada pembukaan ceramah saya ingatkan mereka bahawa mereka adalah merupakan 'creme de le creme' yang terbaik dari terbaik. Sewajarnya saya menjangkakan mereka ini satu hari nanti akan memacu isu Palestin di tengah masyarakat. Saya sarankan kepada mereka agar menganggap sesi ceramah ini sebagai TOT (training of trainers) untuk mereka terjun pula menjelaskan isu ini kepada masyarakat.
Oleh kerana mereka ini merupakan golongan mahasiswa terpilih maka saya mengambil sedikit masa menjelaskan punca-punca kepada kebuntuan umat Islam di dalam menangani isu Palestin. Tiga pokok masalah yang menimpa umat Islam ialah lunturnya aqidah akibat pengasingan Islam dari kehidupan (sekularisasi), tercabutnya ruh jihad dari kehidupan umat Islam (jihad menjadi istilah yang asing dan momokan) dan leburnya konsep umat yang menyatukan dunia Islam lalu diganti dengan konsep negara bangsa (nation states) akibat kesan penjajahan.
Mudah-mudahan penyampaian selama hampir 2 jam itu dapat membangkitkan kesedaran dan memacu usaha bersungguh-sungguh di kalangan mahasiswa untuk memperjuangkan isu Palestin dan masjid al Aqsa.
Dr Hafidzi Mohd Noor

0 comments:
Post a Comment