Wednesday, September 3, 2008

Program Ihya' Ramadhan JIM DHL

Kehadiran ikhwah dan akhawat yang sangat memberangsangkan

Muallim Fadli sedang bertugas dengan ceria sekali bersama ahli-ahli Kelad Aulad


Sharah dan rakannya pula sibuk meladeni banat dengan kuiz Ramadhan


AJK Dana, Ukhti Norazian yang sgt dedicated dengan jualannya...

sana sini heret beg beroda you...

Assalamualaikum wbt

Ramadhan Kareem!

Hari ini merupakan hari keempat kita berpuasa. Moga Allah terus berikan kita kekuatan untuk beramal merebut ganjaran istimewa di bulan ini. Baru-baru ini JIM DHL telah mengadakan Prog Ihya' Ramadhan pada 8 Ogos 2008 jam 8.30 - 11.00 mlm. Majlis telah diadakan di Pejabat JIM DHL yang baru terletak di Taman kajang Utama. Pherrgh jenuh juga memanjat ke tingkat tiga tuuu. Apapun Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kita semua kesihatan yang baik untuk mampu mendaki anak tangga setinggi itu.

Penyampaian telah dibuat oleh yang dikasihi Ustazah Arpah Abd Wahab. JZKK Ustazah di atas penyampaian yang berkesan dan tidak jemu-jemu bersama kami warga JIM DHL, sungguhpun diarak ke pejabat yang tinggi tu.

Anak-anak Karisma UKM & Uniten datang berbondong-bondong (over sket) untuk mendengar peringatan Ustazah bagi persediaan menyambut Ramadhan. Program selari untuk anak-anak Kelab Aulad JIM DHL turut diadakan di bilik-bilik sebelah. Mereka kena menjawab soalan-soalan kuiz tentang Ramadhan. Sesi ini dibimbing oleh Muallim Fadli dan Ukhti Sharah dan rakannya (sorry mkck tak ingat nama).

Sebelum bersurai, Bendahari Wanita JIM DHL yg dedicated Puan Noorazian sudah mula buka gerai jualannya. Banyak juga T-Shirt labuh terjual pada mlm itu. Tempahan pun byk diterima. Usaha kecil-kecilan beliau ini telah banyak membantu menjana kewangan Wanita JIM. Selain T-shirt ada juga rempah soto dan mee bandung, barangan HPA, kurma & frozen foods. Sudi-sudi kan lah membeli untuk menaja perbelanjaan urusan dakwah kami.

Tu dulu, ummu qayyim

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc