Monday, September 28, 2009

Anakanda Amin Husaini pulang ke IKIP selepas bercuti Hari Raya

Bergambar sekeluarga sebelum melepaskan
anakanda Amin berangkat ke IKIP
Pose istimewa (sudut 30 darjah)

Senyum dalam tangis (sedih sebenarnya..
nak tinggalkan umi dan abi)

Tolehan akhir sebelum berlepas
(alhamdulillah selamat tiba ke IKIP sebelah petang)
Assalamualaikum,
Alhamdulillah setelah seminggu berada di rumah kerana bercuti menyambut Hari Raya, anakanda Amin berangkat balik ke IKIP International College, Kuantan (Kampus Taman Gelora). Anakanda Amin mendapat pengalaman baru apabila balik kampung dengan motorsikal bersama rakan-rakannya. Pulang ke kampung (rumah) hari Khamis dan sampai hari Jumaat tengah hari setelah berteduh di rumah kawan di Seremban semalaman kerana hujan.
Pada hari Ahad 27 Sept lebih kurang jam 10.30 anakanda bertolak balik ke IKIP. Kawan dia join di Seremban dan seorang lagi di Felda Bukit Keratong. Pukul 5.30 petang lebih kurang anakanda Amin call mengatakan sudah sampai di Gambang. Tetapi mengalami kebocoran pada filter tangki minyak. Kawan dia tolong belikan filter baru.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana melindungi perjalanan anakanda pulang dan kembali dengan selamat tanpa sebarang masaalah. Abi, umi dan abang-abang sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan anakanda.
Abi, Umi dan abang-abang



1 comments:

QAYYIM HAFIDZI said...

anakanda Qayyim & Odi balik takde report ke abi?hehehe

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc