Sunday, September 20, 2009

Ziarah hari Raya rumah Acik Melah - satu-satunya adek beradek (satu ibu) arwah mak yang tinggal

Wan Chik yang sudah uzur di atas kerusi roda
(ya Allah engkau rahmatilah ibu saudara kami
dan berilah kesabaran padanya dalam menghadapi
keuzuran dan hari tuanya)
Abi dan umi bersama Acik Molah

Bergambar bersama Wan cik

Bergambar ramai (antaranya Mawardi, amin, umi, abi, adi, along aya dan Imah)

Assalamualaikum,
Kami sempat ziarah achik melah (adek arwah mak yang bongsu dan satu-satunya adek beradek yang tinggal). Achik sudah uzur dan sebak setiap kali diziarahi. Pesannya 'jenguklah achik ni' InsyaAllah selagi ada umur kita akan terus memenuhi tuntutan ziarah pada satu-satunya mak saudara yang masih ada (dari sebelah ibu). Kata Nabi 'Ibu saudara (khaulah) itu adalah ibu jua. Mudah-mudahan sedikit bakti kami kepada mak saudara kami dihitung sebagai berbakti kepada ibu kami sendiri.
Sudah lama tidak bertemu sepupu-sepupu. Masing-masing sudah berkeluarga dan anak-anaknya tidak dicam lagi. Achik kata dia sudah punya hampir 30 orang cucu. Semasa kecil rumah arwah acik Mail/acik molah adalah rumah yang kami suka bertandang sebab mereka duduk di kuarters Askar melayu di Raja di Port Dickson. Kami memang tidak lepas peluang mandi-manda di Pantai Port Dickson (sekitar 1970'an). Ketika itu air laut pantai Port Dickson masih cantik dan jernas airnya.
Sudah lama tidak ketemu Adi, sepupu teman sepermainan semasa kecil. Roman (rupa) Adi (Ismadi) saling tak tumpah dengan rupa arwah ayahnya acik Mail. Along Aya (Rohaya) juga sudah lama tidak bersua.
muga-muga pertemuan pada 1 Shawal ini kembali mengeratkan silaturrahim. Semuga Allah menghitung pertemuan ini sebagai amal soleh yang diberi ganjaran yang besar. Ameen.

Pak Ngah dan anak Adi no 2 (panggilnya angah)
Puas dipujuk-pujuk utk bergambar dgn pak ngah
Dr hafidzi dan keluarga
1 Syawal 1430H



0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc