Tuesday, March 30, 2010

Ceramah Kesedaran Palestin di Masjid As-Sobirin, Jln Permata, Melawati pada 27 Mac 2010

Hadirin yang hadir mengikuti kuliah Palestin
di Masjid as-Sobirin, Jln Permata, AU5/2c
Melawati

Jualan buku selepas program.
Anakanda Qayyim sama membantu

Penyerahan sumbangan dari Kariah semasa ceramah
dan kutipan dari dua solat jumaat
(berjumlah RM3183.91)
Salam ,

Kunjungan para hadirin & hadirat pada malam sabtu 27 Mac 2010 ke masjid
As-Sobirin AU -5C Taman Permata Hulu Kelang adalah merupakan kunjungan
menggerakkan semangat jihad menentang kemelut yang melanda Bumi Suci
Al-Quds di Palestin.Tajuk ceramah "Menghayati Visi Rasulullah SAW
untuk Membebaskan Palestin " merupakan satu visi penting kepada
seluruh umat.

Kejadian pengepongan serta menyekat kemasukan umat Islam ke
persekitaran Masjid suci Al-Aqsa bukanlah sesuatu yang baru , malah
ianya telah berlangsung berpuluh tahun dahulu, namun peristiwa terkini
yang menyaksikan kebiadaban mereka amat ketara sejak akhir
ini.Hakikat ini disampaikan secara terperinci oleh Pengarah PACE,
Prof.Madya Hj.Dr.Hafidzi Mohd Noor. Beliau kali ini mennyampaikan
ceramah dengan penuh fakta serta bersemangat setelah sekian lama tidak
turun padang atas sebab kesihatan. Segala faktor keberkatan &
linkungan Barakah ,Baitul Maqdis diperincikan kepada para hadirin &
hadirat. Terpegun dengan fakta ini ramai yang diperhatikan
mengangukkan kepala .Antara yang hadir ramai juga kelihatan mengambil
nota tentang fakta-fakta yang disampaikan.

Pengarah PACE juga memperjelaskan beberapa hakikat yang amat
menyedihkan umat, panggilan untuk memboikot beberapa jenama produk
yang menyokong serta bersekongkol dengan negara haram Israel turut
tidak mendapat perhatian umat.Beliau menyatakan kekesalan ini kerana
sikap umat yang tidak prihatin lantas membeli sahaja produk tersebut
yang tambah beliau akan mengguatkan keteguhan ekonomi negara Israel
yang tidak henti melakukan jenayah keatas umat Islam di Palestin.
Seruan memboikot produk ini telah menular kebeberapa negara seluruh
dunia termasuk Britain & Amerika Syarikat sendiri,ianya mendadat
sokongan negara-negara seluruh dunia & kesan penurunan ekonomi ini
dirasai oleh pihak Israel.

Pendekatan yang digunakan oleh para sahabat serta pejuang -pejuang
Islam terdahulu sentiasa menjadi pegangan & landasan bagi perjuangan
ini.Rasulullah saw semasa hayat baginda sering menyeru umat agar
bangkit membela kedaulatan bumi Al-Quds., ujar beliau kepada
pengunjung pada malam tersebut.

Alhamdulillah para pengunjung yang terdiri dari pelbagai lapisan
masyarakat amat prihatin & mendengar dengan penuh konsentrasi.

Setelah ceramah selesai, Prof.Madya Hj.Dr.Hafidzi Mohd Noor di
serahkan sumbangan jamaah Masjid As-Sobirin dengan kutipan berjumlah
RM 3,183.91 dalam upacara ringkas malam itu.

Jualan buku-buku & barangan Palestin juga turut mendapat sambutan para hadirin.

Majlis berakhir dengan sedikit jamuan makan oleh pihak Masjid.

PACE menyatakan ucapan syukur serta berterima kasih dengan AJK Masjid
As-Sobirin, Tn.Hj.Zaid Johan serta AJK yang lain.atas undangan &
peluang yang diberikan.

sekian yang melapurkan .
Noorazian Anidin
Felo kanan PACE.

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc