Sunday, March 28, 2010

Majlis Pelancaran Buku-buku JIMedia dan Diskusi bedah buku Palestine - Oppression Unrivalled' tulisan Dr Hafidzi Mohd Noor di KLIBF 2010

Pengunjung pesat buku KLIBF 2010
mula membanjiri tempat duduk di ruang pentas utama untuk
mengikuti majlis pelancaran buku JIMedia

Dr Har yang merasmikan Majlis pelancaran
dan diskusi bedah buku PACE: Palestine-Oppression Unrivalled'

Penulis-penulis buku bergambar bersama
(Dr Harlina, Dr Hafidzi, Pak Utih, Cikgu Azmi dan Cikgu Ruzain)

Bergambar bersama bunting
(Hj Riduan, Pak Utih, HMN, Cikgu Azmi dan Cikgu Ruzain)

Diskusi Bedah Buku

Making a point - "Buang sticker McD pada
windshield tuan-puan..!!

Kumpulan Nasyid DAE'I
menyerikan dan menggamatkan dewan
dengan nasyid perjuangan

Assalamualaikum,

Semalam 28 Mac 2010 telah berlangsung pelancaran tiga buah buku yang diterbitkan oleh JIMedia dan PACE. Pelancaran buku tersebut berlangsung dari pukul 1 hingga 2 tengah hari di pentas Utama ruang legar di mana berlangsungnya pesta buku KLIBF di PWTC. Tiga buah buku tersebut ialah buku yang ditulis oleh Ahmad Shafi'ai Uda Jaafar (Pak Utih) iaitu 'Suami Memimpin dan Isteri Mengurus', buku yang ditulis oleh Cikgu Ruzain Syukur Mansor dan Cikgu Mohamad Azmi Che Musa berjudul 'Tips Urus Kelab Remaja Masjid' dan buku 'Palestine - Opression Unrivalled' oleh Dr Hafidzi Mohd Noor. Pengerusi Majlis pelancaran buku ialah Hj Riduan Harun felo kanan PACE dan aktivis AQSA SYARIF. Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj, Naib Presiden JIM telah sudi menyempurnakan perasmian pelancaran dan Majlis bedah buku Palestine - Opression Unrivalled'. Ini diikuti dengan diskusi Bedah Buku oleh penulis selama 30 minit dan di serikan di akhir majlis dengan dendangan nasyid dari kumpulan DAI'E. Mereka telah menyampaikan 3 buah nasyid dengan penuh semangat. Yang paling menggemakan suasana ialah nasyid 'Ruhul Jadid'. Alhamdulillah ramai pengunjung berkumpul di ruang legar mengikuti majlis pelancaran JIMedia dan menghayati pesan-pesan yang terkandung dalam diskusi bedah buku terhadap tuntutan perjuangan pembebasan al-Aqsa. Penulis sempat memperkenalkan juga AQSA SYARIF dan penglibatannya bersama PACE dalam program boikot barangan Israel di Pasar Tani Shah Alam yang berlangsung pada sebealh apginya. Syukur ke hadrat ilahi atas peluang amal yang diberikan untuk menyemarakkan jihad di bumi al-Quds.

Dr Hafidzi Mohd Noor

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc