Assalamualaikum,
Sebahagian dari justifikasi yang digunakan oleh puak-puak pendukong asobiyah melayu sebagai wasilah dakwah menggunakan argumen Ibnu Khaldun tentang kedudukan orang-orang Quraish sebagai orang paling layak untuk memegang tampuk kepimpinan umat Islam. Argumen ini jelas keliru.
Apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW tentang Quriash dan hak mereka sebagai pemimpin (nanti hadis tentangnya akan dirujuk apabila penulisan ini dimurnikan utk diterbitkan dalam bentuk buku - mohon semua adek-adek dan anak-anak mendoakan) adalah diasaskan kepada kekuatan yang ada pada orang Quraish. Ia tidak memnbawa maksud bahawa orang Quraish berhak memegang pimpinan sehingga 'eternity' (akhir zaman). Makna kata orang Quraish bukan pemimpin by default. Mereka diberikan mas'uliah kerana kualiti iman dan kekuatan peribadi yang ada pada mereka. Apabila quality ini luput dari diri mereka maka mereka tiada berhak ke atas mas'uliah itu.
Buktinya Rasulullah SAW pernah menyampaikan (words to the effect) Taatlah kepada pemimpin kamu meski dari seorang negro yang kepalanya seperti kurma kering (rambut kerinting). Pastinya tidak ada orang Quraish yang berambut afro.
Baiklah, mari kita lihat dari sudut sejarah. Bani Ummayyah adalah dari keluarga Utsman bin Affan (Banu Abdu Shams - kerabat juga dgn Abu Sufyan bin Harb dan Hindun Bte Utbah (yang memamah hati Sy Hamzah) kemudiannya masuk Islam, Utbah bin Rabiah, Al-Walid bin Utbah (pemuka kafir Quraish), Muawiyah bin Abi Sufyan dll). Mereka memegang tampuk kepimpinan melalui dinasti (Bani) Umayyah. Mereka adalah orang Quraish. Pemerintahan Bani Umayyah akhirnya diganti oleh Bani Abbassiyah. Bani Abbasiyah (Keturunan Abbas - Bapa saudara Nabi SAW). Mereka mendakwa mereka lebih berhak kerana mereka dari Banu Hashim (Keluarga Rasulullah SAW). Bukan sahaja mereka kaum Quraish bahkan mereka banu Hashim lagi. Pemerintah Bani Abbasiyah berakhir juga di hujung pedang Monggol sehingga tidak meninggalkan waris Khalifah. Semasa pemerintaha Bani Abbasiyah muncul satu kaum di Asia Tengah (orang-orang seljuk - kerabatnya kaum Tartar-Monggol). Mereka ini mempunyai ciri-ciri kekuatan yang impressive sehingga merebut kepercayaan Khalifah di Baghdad. Mereka menjadi golongan yang didekatkan dengan pemerintahan Abbasiyah di Bahgdad. Kaum Seljuk ini meluaskan pengaruh dan jajahan takluknya sehingga Anatolia, Turki. Mereka inilah kemudiannya mengasaskan Khilafah Uthmaniah. Sejarah menunjukkan bahawa kepimpinan itu akan diwarisi oleh golongan yang kuat. Ini adalah hukum alam yang tidak boleh disanggah. Bany Abbasiyah (kaum Quraish) akhirnya diganti oleh kaum Seljuk (bukan Quraish, bahkan bukan Arab, bahkan kaum Tartar - kerabat kepada Genghis Khan dan Kublai Khan). Siapa sangka golongan ini akhirnya membina sebuah empayar Islam yang hebat dan menjuarai isu-isu umat Islam di peringkat Global termasuklah isu Palestin sehingga hari ini.
Di mana kita hendak letak kepercayaan bahawa kepimpinan mesti dipegang oleh kaum Quraish? Apa yang dirumus oleh Ibnu Khaldun itu menunjukkan bahawa kelayakan Quraish ialah kerana mereka memiliki kekuatan untuk menyatukan semua umat Islam. Apabila mereka memiliki semua ciri-ciri yang melayakkan mereka untuk meminpin maka sudah tentu umat Islam akan memandang kepada mereka dan mengangkat mereka sebagai pemimpin. Apabila ciri-ciri kepimpinan dan kekuatan itu luput dari mereka maka diangkat pula kaum yang lain yang boleh menggantikan mereka sebagai pemimpin.
Dalam nada yang sama kepimpinan umat Islam di Malaysia tidak semestinya diterajui oleh orang melayu. Sekiranya orang melayu masih memiliki kekuatan dan ciri-ciri kepimpinan yang boleh menyatukan seluruh umat Islam di Malaysia maka so be it. Tetapi jika orang melayu sudah tidak layak memimpin kerana mereka korup, rendah akhlak dan jauh dari cara hidup Islam maka kita memerlukan orang lain untuk menyerlamatkan orang melayu dan sesiapa sahaja di Malaysia samada muslim atau tidak.
Di dunia ini ada waris Bani Hasyim yang memegang tampuk pemerintahan. Mereka itu ialah the Hashemite Kingdom of Jordan. Kalau ikut pegangan bahwa kaum Quraish layak pemimpin maka Raja Jordan adalah yang paling layak memimpin. Apakah kita hendak menyerahkan kepimpinan ummah ini kepada Kerabat diraja Jordan? Engkau fikirlah sendiri. Tapi kalau masih kabur aku bagitau ni. Jordan telah menjalin hubungan damai dengan Israel melalui Washington Declaration 1994... (nota tambahan . Al-Marhum Al-Malik Hussein Jordan berkahwin dgn bekas Ratu cantik California...)
Hafidzi MN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment