Tuesday, December 21, 2010

Temubual Utusan dengan Ahli Konvoi Aqsa2Gaza

Temubual Utusan dengan Ahli Konvoi A2G

by Aqsa Syarif on Tuesday, December 21, 2010 at 3:31pm

Kuala Lumpur, 20 Disember 2010 – Aqsa Syarif telah dijemput ke pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur untuk sesi temubual bagi ahli-ahli konvoi Aqsa2Gaza (A2G).

Pengarang Agama Utusan, En. Mohd Radzi telah menemubual 3 ahli konvoi A2G yang berkesempatan untuk hadir. Mereka ialah Tuan Haji Norazmi Talib, Tuan Haji Mohd Taufek Abd Rahman dan En. Abdul Wahab Yahya.

Di samping itu, pihak Utusan juga sempat menghubungi Ketua Konvoi A2G, Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar melalui telefon bagi melengkapkan sesi temubual.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad (ASB) , Prof. Madya Dr. Hafidzi Md. Noor dan Pengurus Besar (ASB), En. Muhamad Munawer Ismail.

Aqsa Syarif mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Utusan kerana memberi peluang berkongsi pengalaman dengan pihak media.

Sesi perbincangan antara rombongan Aqsa Syarif dan Utusan Malaysia.
Dari kiri: Tuan Haji Mohd Taufek Abd Rahman, Prof. Madya Dr. Hafidzi Md. Noor, En. Mohd Radzi, Tuan Haji Norazmi Talib, En. Muhamad Munawer Ismail dan En. Abdul Wahab Yahya.


Sesi penerangan berkaitan 6 projek utama yang dikenalpasti hasil misi Aqsa2Gasa ke Gaza. Termasuk dalam projek ini ialah Projek Perdana Kilang Roti Malaysia di palestin. Aqsa Syarif telah mensasarkan tempoh 3 bulan untuk menjadikan kilang ini satu reality.


Penyerahan cendrahati dari rombongan Aqsa Syarif kepada pihak Utusan Malaysia.

InsyaAllah liputan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 31 Disember 2010 dalam ruangan MEGA. Hasratnya ialah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menanam azam tahun baru 2011 untuk membantu rakyat Palestin.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Aqsa Syarif

1 comments:

Unknown said...

selamar maju jaya team aqsa syarif.

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc