Assalamualaikum,
Terima kaseh atas ucapan ulang tahun selamat hari lahir dari kawan-kawan. Saban tahun bila tiba tarikh kelahiran maka bertambahlah usia. Di samping ucapan tahniah ucapkanlah juga ucapan takziah kerana dgn berlalunya masa bertambah pendeklah usia. hakikatnya umur tidak bertambah tetapi terus berkurangan ibarat pasir pada jam pasir dlm jam pasir yg terus mengalir.
Ada satu hal lagi tentang tarikh lahir. Kita sepatutnya menyambut tarikh lahir (sebagai zikr-ul-maut) berdasarkan tarikh hijri. Kita berpandukan kepada taqwim atau kalender Gregorian dalam mengukur masa dan merancang kehidupan. Cabaran bagi kita semua. Siapa yang tahu tarikh lahir berdasarkan taqwim hijri? Mari kita tanam azam untuk ketahui tarikh lahir kita mengikut kalender Islam kerana itulah tarikh lahir yang sebenar kita. Bahkan kita semua harus kembali kepada taqwim hijri kerana itulah identiti kita sedang kalinder Gregorian yang kita pakai pada hari ini adalah kalender Kristian. 2010 AD (AD bermaksud Ano Domini bermaksud 'dalam tahun tuhan kami - Tuhannya agama Kristian) atau 2010 CE (Christian era)
Firman Allah
“Sesungguhnya jumlah bulan di sisi Allah ialah duabelas bulan dalam ketetapan Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus..”
Surah at Taubat ayat 36
“Sesungguhnya mengundurkan atau menambah bulan adalah tambahan dalam kekufuran”
Surah at-Taubah ayat 37
Tahun Islam mengandungi 354 hari
Tahun gregorian mengandungi 365 (bilangan hari dalam sebulan kalender Gregorian ialah 30 atau 31 hari – untuk mengambil kira perselisihan ¼ hari dalam setahun maka pada tahun ke 4 di tambah sehari lagi dalam bulan Februari menjadi 29 hari – tahun lompat
Kita telah menggunakan taqwim hijri sejak dari zaman Nabi SAW bahkan bulan-bulan Islam telah digunakan sejak Nabi Adam AS. Hanya kiraan tahun hijrah bermula pada zaman Umar al-Khattab RA.
Sedangkan kalender Greagorian pada hari ini disesuaikan dari kalender Julain (Rum) dan diwartakan oleh Pope Gregory XIII pada 24 Feb 1582 M (AD).
Ini bererti setelah lebih 900 tahun umat Islam menggunakan taqwim hijrah kita beralih kepada kalender Gregorian akibat dari penjajahan tanah air dan lebih gawat lagi penjajahan minda yang menggerogoti umat Islam.
"Tidak akan redha Yahud dan Nasara sehinggalah kamu mengikuti 'millat' (cara hidup) mereka. termasuklah dalam urusan kiraan bulan dan tahun.
Memandangkan taqwim Islamin berselisih dengan Kalender hijrah sebanyak lebih kurang 11 hari setahun maka seseorang yang berusia 33 tahun berdasarkan kalender gregorian pada hakikatnya dia berusia 34 tahun. Seseorang yang berusia 66 tahun pada hakikatnya dia berusia 68 tahun.
Oleh kerana pada 13 Dis 2010 saya menyambut ulang tahun yang ke 48 bererti umur saya yang sebenar ialah (lebih kurang) 49 tahun 161 hari. (Nak tahu kiraannya? Setahun dalam taqwim Islami ada 354 hari lebih kurang.
jadi 48 - 33 = 15
15/33 = 0.45
0.45 x 354 = 160.9
48 tahun (gregorian) = 48 + 1 tahun (Islami) + 161 hari
Jadi kawan-kawan kena ucap takziah lebih dari tahniah. Pertama usia makin pendek. Kedua umur kita lebih tua dari yang kita sangka selama ni. Kesimpulannya pintu kubur semakin hampir, jauh lebih hampir dari congakan kita.
Ya Allah berkatilah usia kami yang tersisa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam, KakMaznah doakan akhi dianugerahi kekuatan dan kesihatan supaya dapat terus memberi sumbangan kepada dakwah dan umat manusia seluruhnya. Moga dipanjangkan umur dalam mentaati Allah 'Azza wa Jalla.
Post a Comment