Diambil dari laman web Pertubuhan IKRAM Malaysia -http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=426%3Aperasmian-bersejarah-sri-al-amin-kerteh-&catid=54%3Autama&Itemid=52 | | |
KERTEH - SRI Al Amin Kerteh (SRIAAK) pada Sabtu 18 Jun lalu mencipta satu lagi sejarah apabila telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Hafidzi bin Mohd Noor, ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM dan juga Pengerusi Aqsa Syarif Berhad dalam satu majlis yang meriah dan sederhana di SRIAAK. Majlis perasmian sekolah turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan untuk masyarakat sekitar Kg Baru, Kerteh. Antaranya ialah acara Beach Soccer for Teens untuk remaja, program explorace untuk kanak kanak,dan lain lain. Gerai-gerai jualan juga turut dibuka dan pameran kesedaran juga turut diadakan oleh pihak polis, bomba dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
SRIAAK pernah mengalami tragedi kebakaran pada 15 September 2006 yang telah memusnahkan bangunan asal sekolah ini yang dibina dari kayu. Namun, dengan semangat tidak berputus asa pihak sekolah dan bantuan dari orang ramai, bangunan baru telah berjaya didirikan dan digunakan dalam sesi persekolahan tahun 2007. Guru Besar SRIAAK, Puan Hjh Norsalwati Abd Manan berkata, pihak sekolah akan terus memacu kehadapan, dan dengan adanya bangunan baru ini, ianya dapat memenuhi kemasukan ke SRIAAK yang bertambah setiap tahun. Koperasi Sri Al-Amin Kerteh (KOSERI) turut memeriahkan program pada hari tersebut dengan mengadakan mesyuarat agung tahunannya kali ke-2.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua (YDP) IKRAM Terengganu, Ustaz Hj Mohamad Lokman bin Dato’ Awang, YDP IKRAM Kemaman, Hj Zameran Jusoh, wakil dari sekolah sekolah berhampiran, ketua balai polis Kerteh dan pemimpin masyarakat setempat. Pada sebelah malamnya pula, diadakan forum pendidikan yang bertajuk ‘Tarbiyah dalam pendidikan : dari lahir sehingga ke liang lahad’ yang disampaikan oleh ahli panel iaitu Prof madya Dr Hafidzi dan Ustaz Mahmud Mat. Forum dipengerusikan oleh YDP IKRAM Terengganu, Ustaz Hj Mohamad Lokman. |
0 comments:
Post a Comment