Wednesday, January 13, 2010

PACE dikunjungi oleh al-Aqsa working Group dari Jakarta

Bergambar ramai di Kompleks JIM. Pace/JIM diketuai oleh Pres Hj Zaid kamaruddin, Timb Pengarah PACE, Dr Ir Selamat aliman, Felo Kanan PACE, Pn Norazian Anidin dan Peg Eksekutif En Nasir Tampol

Hj Zaid Kamaruddin dan Imam Muhyidin Hamidy (Ketua Al-aqsa Working Group) bertukar-tukar cenderahati


salam,

pada isnin, 11/1/2010 delegasi seramai 15 orang daripada jmh telah mengadakan lawatan silaturrahim ke kompleks jim. delegasi diketuai oleh presidennya muhyidin hamidy (panggilan mesra pak imam) dan agus sudarmaji, pengerusi aqsa working group (awg).

mereka disambut oleh sdr presiden, hj selamat dan noorazian serta saya dan hazwan (pe jkpa) di bilik islah. pertemuan berlangsung lebih 3 jam diakhiri dengan makan tengahari dan solat zuhor berjamaah.

selepas aluan majlis dan takruf ringkas, sdr presiden memulakan ucapan aluan jim/pace. beliau menekankan antara lain realiti umat nusantara yang bebas bergerak tanpa sempadan sebelum dan semasa penjajahan tetapi kemudiannya terkongkong oleh sempadan negara nusa selepas mendapat kemerdekaan.

beliau juga menekankan bahawa konflik di palestin adalah konfrontasi diantara timur dan barat yang akan shape geo-political outcome in the future.

beliau menambah lagi yang sistem yang terbaik adalah sistem islam itu sendiri di mana keadilan dan jaminan hak manusia terjamin sepanjang masa. walhal demokrasi yang dicanang dan diagungkan barat jatuh hancur lebur dengan ketiadkadilan dan pilih kasih mereka dalam menangani isu palestin.

pertemuan diteruskan dengan aluan daripada pak imam. beliau menjelaskan awg diasaskan oleh jmh pada 2006 dengan penegasan 3 perkara: al-aqsa adalah hak mutlak muslimin/ kewajipan setiap muslim memperjuangkannya/ keanggotaan adalah terbuka.

beliau menambah bahawa awg berbeza daripada ngo palestin yang lain kerana fokus utama adalah al-aqsa dan bukan palestin.

kata beliau lagi islam itu daripada Allah telah sempurna segalanya. umat mesti yakin beriman kepada Nya. semua keperluan dan penyelesaian kehidupan ada pada kitab dan sunnah nabi Nya. masalah timbul apabila umat tidak yakin dan mengambil selain daripadanya. berkali-kali beliau menegaskan bahawa kita mesti yakin dan percaya bahawa penyelesaian isu palestin adalah dengan perjuangan jihad fi sabilillah.


setelah itu pengerusi majlis meminta sdr agus sudarmaji meneruskan perbincangan. basically 3 things: presentation ppt awg/ projek dinar emas (disampaikan oleh sony, ceo koperasi dinarku)/ mou (nanti scan dan post dalam net)- pernyataan dukungan nyata terhadap perjuangan pembebasan masjid al aqsa dengan penubuhan sekretariat awg malaysia.



dilampirkan beberapa foto untuk tatapan semua. harap maklum. tq.

md. nasir tampol
penolong pengurus jkpa

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc