Tuesday, September 20, 2011
Deklarasi Balfour yang melahirkan negara haram israel sebenarnya diluluskan oleh US (sempena 21 September 1922)
Assalamualaikum,
Pada 21 September ini genaplah 90 tahun US menyokong dan merestui deklarasi politik keji yang dinamakan 'The Balfour Declaration'.
Mari kita telusuri latarbelakang kepada sehelai dokumen yang mengandungi hanya satu ayat yang terdiri dari 67 perkataan dan menjadi asas kepada berdirinya negara terkutuk Israel pada tahun 1948. Kalimah yang membentuk deklarasi yang dibentang dan diluluskan di Parlimen British pada 2 November 1917 ini adalah seperti berikut:
"His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country"
Hakikatnya apa yang dikatakan sebagai 'deklarasi' ini hanyalah sepucuk surat dari Arthur Balfour (Setiausaha Luar British - Foreign Secretary) kepada Baron Rothschild, ketua Yahudi
Britain untuk dikemukakan kepada Zionist Federation of Great Britain and Ireland
Deklarasi ini terhasil dari hasrat Theodor Hetzl untuk melihat berdirinya sebuah negara Yahudi di Palestin. Beliau sebagai pelopor kepada gerakan Zionis telah menggariskan ide penubuhan negara Yahudi ini di dalam tesisnya 'The Jewish State'. Ide ini diperjuangkan oleh Hertzl selama 14 tahun sebelum ianya mendapat sokongan kerajaan British melalui pengistiharan Deklarasi Balfour pada tahun 1917.
Hetzl meninggal dunia pada tahun 1904 dan hasratnya diteruskan oleh Chaim Weizman. Chaim Weizman adalah seorang chemist dan penemuannya terhadap kaedah untuk menghasilkan acetone melalui penapaian (fermentation) membantu British menghasilkan cordite, bahan peledak yang diperlukan oleh tentera British dalam perang dunia pertama. George Llyod (menteri persenjataan - Minister of munition) amat berterima kaseh kepada Weizman dan berjanji untuk membantu gerakan Zionis untuk mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin.
Llyod George (kemudiannya menjadi Perdana Menteri Britain) dan Arthur Balfour adalah anak didik kepada seorang tokoh zionis C.P. Snow yang merupakan seorang jurnalis yang berpengaruh. Seorang lagi anak didik C.P. Snow ialah Winston Churchill (juga menjadi Perdana Menteri Britain dalam era Perang Dunia ke 2). Weizman telah menemui kelompok anak didik CP Snow ini untuk mendapat dokongan padu ke atas projek Zionis di Palestin.
Apa pula hubungan US dengan deklarasi Balfour? British menghadapi kekalahan yang teruk di pelbagai medan dalam Perang Dunia Pertama. Kehancuran tentera British dan sekutunya Peranchis di Somme (western front) dan di Gallipolli (Turki) meletakkan British dalam keadaan yang goyah. Presiden US Woodrow Wilson telah mengambil pendirian tidak akan melibatkan negaranya US dalam perang dunia pertama. Namun pendirian kerajaan US berubah pada tahun 1917 apabila ia menyertai peperangan tersebut. Penglibatan US pada penghujung peperangan menimbulkan tanda tanya. Di sinilah pakatan yang wujud di antara Kerajaan (kabinet Britain) dengan Zionist Federation of Britain. George Lloyd dan Arthour Balfour (mewakili kabinat Britain) telah bersekongkol dengan British Zionis Baron Rothschild, CP Snow dan Chaim Weizman antara lain bagi mengheret US terlibat dalam perang dunia pertama. Zionis Federation of Great Britain akan memastikan US terlibat dalam perang bagi menyelamatkan Britain dari kekalahan. Sebagai imbalannya Kabinat Britain akan menerima hasrat Zionis Federation untuk mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin.
Di sini kita bongkar apakah pula hubungan di antara Mark Sykes dan Weizman. Mark Sykes adalah wakil British yang terlibat bersama Picot dari Peranchis dalam perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1916, di mana ekoran kekalahan Turki Uthmaniah, maka negara-negara Asia Barat (Bilad-us-syams) akan dibahagikan kepada wilayah pengaruh dan jajahan British dan Peranchis. Perjanjian ini juga memperuntukkan Palestin sebagai wilayah yang bakal diberikan status 'mandated' (British akan memperoleh mandat untuk mentadbir negara Palestin yang ditawan dari Turki sehinggalah negara Arab mendapat kemerdekaannya dengan damsyik sebagai ibu negara - satu penipuan yang tidak menjadi kenyataan). Chaim Weizman telah menemui Sykes supaya menerima agenda Zionis di timur tengah. Perjanjian Sykes-Picot meletakkan kedudukan zionis dalam keadaan yang sangat selesa bagi mendirikan negara Yahudi di palestin di atas wilayah mandat British. Oleh kerana itu apabila kerajaan Turki Uthmaniah tewas dalam perang dunia pertama dan palestin jatuh ke tangan British, Deklarasi Balfour diterima sebagai sebahagian dari piagam kerajaan mandat British di Palestin.
Ketika Deklarasi ini diumumkan di Parlimen British, ia sudah pun mendapat persetujuan dari Presiden Woodrow Wilson. Hakikatnya George Llyod tidak akan berani meneruskan agenda Zionis sehinggalah mendapat restu dari kerajaan US. Zionis Federation of Great Britain memang berkerja di tahap yang tertinggi dalam Kongres Amerika bagi memastikan sokongan dari US. Persetujuan Amerika ke atas pelan Zionis ini tidak didedahkan kepada umum, sebagaimana yang ditetapkan oleh Presiden Woodrow Wilson. Sokongan ini hanya diumumkan secara rasmi pada 21 September 1922 melalui Senat dan Kongress (House of Representative) berdasarkan Public Resolution No. 73, 67th Congress, Second Session
Dengan pembongkaran proses kelulusan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917, teranglah kini bahawa yang meluluskannya adalah kerajaan US dan kerajaan US lah yang akan memastikan Deklarasi ini menjadi kenyataan dengan berdirinya negara haram Israel pada tahun 1948.
Dr hafidzi Nohd Noor
Pengarah
PACE (palestine Centre of Excellence)
Pengerusi Aqsa Syarif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment