Sunday, September 4, 2011

liputan aqsa syarif OZ tour siri 3 (Adelaide - 15-16 ogos 2011)

Booth jualan buku Palestin dan sumbangan utk Tabung Palestin


Seorang pelajar dari Palestin Fatimah bint-ul-Palestin (nama yang beliau beri sebagai ingatan dirinya terhadap tanah air kelahirannya yang terjajah)
yang hadir di talk 'Palestine the Unrivalled Oppression' di
University of Adelaide Student Union - menyatakan hasrat
untuk bersama dengan usaha Aqsa Syarif dalam perjuangan
pembebasan bumi Palestin

Bersama penggerak-penggerak Misi Kasih Palestin Adelaide
yang hadir di Student Union utk mengikuti talk

Siri Talk "Palestine the unrivalled oppression" dibuat dalam 2 sesi
di tempat yang sama (Student Union)
(15 dan 16 Ogos 201

Beberapa pelajar locals dan non-muslim hadir semasa
untuk memahami isu Palestin dari perspektif kezaliman
dan penafian hak asasi rakyat Palestin

Assalamualaikum,

Selepas selesai sohur di rumah Ust Azizee kami berlepas ke Airport untuk kejar flight ke Adelaide (jam 6.10 pagi). Alhamdulillah sampai jam 7 pagi dan dijemput oleh Sdr Safwan Saparuddin dan Ajil. pada sebelah tengah hari kami dibawa melawat muzium of migrants sebelum siri talk yang pertama di University of Adelaide, Student Union; bertajuk 'Palestine: Unrivalled Oppression. Majority yang hadir adalah pelajar Malaysia dengan beberapa pelajar locals dan non-muslim. Talk siri ke dua dengan tajuk yang sama 'Palestine: The unrivalled Oppression II' telah diadakan di tempat yang sama. Seorang warga Palestin, yang memperkenalkan diri beliau Fatimah bintul Palestin (sebagai mengingatkan beliau tentang tanggungjawab beliau terhadap pembebasan tanah kelahiran beliau sendiri) mengungkapkan rasa penghargaan yang besar kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh Aqsa Syarif. Beliau telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama dengan inisiatif yang diambil oleh Aqsa Syarif bagi memperjuangkn pembebasan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa. Kami dari Aqsa Syarif pula sebaliknya menyuarakan rasa bangga kami kepada inisiatif yang diambil oleh pelajar dan warga Malaysia di Adelaide dalam menggerakkan kempen kesedaran Palestin di Australia melalui wadah Misi Kasih Palestin. Misi Kasih Palestin telah menyalurkan lebih dari Aus$30,000 untuk menaja projek kilang roti di Gaza dan juga penajaan anak-anak yatim yang dilaksanakan melalui Aqsa Syarif di Malaysia.

Semuga Allah SWT memberkati usaha-usaha gigih pelajar-pelajar Malaysia di Adelaide khususnya dan di seluruh Australia umumnya dalam menjalin kerjasama bersama Aqsa Syarif untuk perjuangan pembebasan Palestin. Allahu Akbar!

Dr Hafidzi Mohd Noor

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc