Assalamualaikum,
Sajak ini dinukil pada tahun 2006. Masih lagi relevan dan perlu diperlu di terbitkan semula sebagai 'new edition' (perlu ditambah) dgn mengambil kira cubaan utk mendapat pengiktirafan PBB.
HMN
------------------------------
Satu Penipuan Bernama Perdamaian
Aku masih ingat
Seluruh dunia terpaku
Menyaksikan satu perdamaian bersejarah
Antara dua bangsa berseteru
Kini mereka bersekutu
Untuk memecahkan masalah Al-Quds yang satu
Dijulanglah dua nama itu
Sebagai pahlawan-pahlawan perdamaian terbilang
Yang satu...
Dulu ketua gerombolan Irgun Zvai Leumi
Pembunuh Deir Yassin yang keparat itu
Yang satu lagi...
Mati terkapar ketika lintas hormat soldadu
Atas nama Islam beliau dihujani peluru
Sudah lama perjanjian Camp David itu
Pelarian masih menunggu
Perdamaian yang disambut dunia itu
Hairannya mereka masih di situ
Di khemah-khemah pelarian itu..
Setelah Camp David datang pula tawaran di Madrid
Kini bukan seorang Presiden yang masuk perangkap
Tetapi seluruh raja-raja Arab
Diumpan dengan kalimah 'perdamaian'
Sehingga termeterailah satu persetujuan
Sekali lagi dunia meraikan kejayaan
Kononnya akan membawa keamanan
Pelarian tetap menunggu
Kata Israel...
Jangan sentuh soal pelarian..
Kita selesaikan masalah wilayah dulu
Peta dilakar di Oslo I, Oslo II, di Cairo, di Taba, di Sharm el-Sheikh I
... dan Sharm al-Syeikh II
Kali ini bukan seperti Camp David
Sekadar menamatkan permusuhan
Tetapi melepaskan tuntutan
Ke atas 77% kawasan
Yang dirampas oleh 181 setengah kurun lalu
Tak cukup dengan itu
Baitul Maqdis mereka yang tentu
Kerana telah diisytihar ibu negara yang satu
Dan abadi pula statusnya itu
Bagaimana pula dengan Al-Aqsa
Mereka bahagikan pula kepada dua lapisan
Apa-apa yang ada di atasnya milik Palestin
Yang selebihnya milik mereka
Ibarat sebuah binaan, hanya bumbung yang menjadi kepunyaan
Begitulah liciknya mereka
Mengabui rampasan dengan umpan perdamaian
Bangkitlah umat
Melaungkan intifadah
Sebagai jawapan kepada penjualan maruah dan wilayah
Kepada Zionis laknatuLlah
Mereka bentangkan pula 'Pelan Damai'
Pelan menuju sebuah negara Palestin yang merdeka
Dan berdaulat..
Berdaulat tanpa Baitul Maqdis?
Berdaulat tanpa Al-Aqsa?
Berdaulat dan pelarian masih di situ?
Di khemah-khemah pelarian itu?
Seperti biasa jawapan-jawapan pada persoalan itu
Nanti kita akan selesaikan
Dengan syarat hentikan intifadah dulu
Dan pemimpin-pemimpin itu mengangguk-angguk
Memberi kepercayaan kepada
Sebuah penipuan
Yang bernama perdamaian
Ibarat memasuki lubang
... yang sama berulang-ulang.
Hafidzi MN
1 Jun 2006
2 comments:
Salam, Dr.
Mohon untuk share post..
Jzkk.
silakan.
Post a Comment