Thursday, September 22, 2011

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pernah mengiktiraf Israel - Dibantah keras oleh Prof Zulkifli Muhammad


Assalamualaikum,

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pernah mengiktiraf Israel. Tindakan ini ditentang hebat oleh Prof Zulkifli Muhammad dalam ucapannya di Parlimen pada 1 Disember 1960

Zulkifli Muhammad (PAS)... saya bangun mengemukakan cadangan: Iaitu Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menarik balik akan pengakuannya ke atas negara Israel

Dalam mengakui negara Israel sebagai sebuah negara yang berdaulat, penafisran telah dibuah oleh kerajaan dahulu iaitu kita mengaku kerana itu adalah satu perkara yang biasa bagi kita dengan kemerdekaan kita dengan mengakui negara-negara yang sudah diakui oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Inilah keterangan dibuat di dalam rumah ini (parlimen) pada satu masa dahulu, ketika perkara ini ditarik perhatian kerajaan dan diminta supaya pengakuan ini ditarik balik oleh seorang ahli Persatuan Islam Setanah Melayu (PAS). Kerajaan telah juga menerangkan bahawa dalam mengakui negara Israel itu tidak mesti bermakna kita mengadakan perhubungan diplomasi dengan negara itu.”

Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut.

Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Profesor Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara ‘Zionis’ di atas wilayah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau “…dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirnya menganggap negara itu sah.”

Dr Hafidzi Mohd Noor

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc