Berikut ialah fatwa mengenai penjualan tanah kepada orang Yahudi di Palestin yang diwartakan pada tahun 1935. hmood
Persoalan yang perlu difikirkan. Jika menjual/mengiktiraf seinci bumi Palestin kepada Yahudi penjajah/penceroboh hukumnya haram secara pasti, bagaimana agaknya hukum mengiktiraf pendudukan Israel ke atas bumi Palestin? Mana-mana umat Islam yang merasa tenteram dengan usaha ke arah penyelesaian dua negara (two state solution) yang menjadi intipati kepada perjuangan Mahmood Abbas dan Fatah bagi mendapatkan status sebuah negara Palestin yang diiktiraf oleh PBB dalam lingkungan sempadan 1967, diseru dengan penuh kasih-sayang untuk semak semula pendirian anda - demi kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah, saya akan cuba kupas lebih lanjut lagi dalam beberapa hari lagi dengan memantau perkembangan usaha sia-sia Mahmood Abbas di PBB
Dr Hafidzi Mohd Noor
------------------------
Fatwa ulama Palestin pada tahun 1935 mengenai penjualan tanah kepada orang Yahudi[I]
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Salawat dan Salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka sehingga hari kiamat.
Seperti yang tertulis
Kami, para mufti, hakim-hakim, guru-guru, pensyarah-pensyarah, para imam, khatib dan semua para ulama dan muslim yang taat di Palestin; yang telah bertemu pada hari ini dalam perhimpunan keagamaan yang telah diadakan di Palestin, di mesjid Al-Aqsa – yang diberkati di sekelilingnya (mengeluarkan kenyataan berikut) selepas penyiasatan dan penyemakan situasi yang sedang dihadapi oleh kita.
Situasi ini melibatkan penjualan tanah milik Palestin kepada Yahudi, yang akan meyampaikan kepada matlamat zionis. Matlamat ini termasuklah mengyahudikan negara suci Islam ini, mengambil alih dari pemiliknya dan mengeluarkan mereka darinya, dan memadamkan kesan-kesan Islam dengan merobohkan mesjid dan tempat-tempat ibadah yang lain dan tempat-tempat suci Islam. Semua ini telahpun berlaku di kawasan di mana penjualan tanah kepada Yahudi telah disempurnakan, dan di mana penduduknya telah diusir, kehilangan tempat tinggal. Adalah ditakuti perkara yang sama akan berlaku – semuga Allah menjauhinya – pada kiblat yang pertama dari dua kiblat, yang ketiga setelah dua tanah suci, iaitulah mesjid Al-Aqsa.
Kami telah mengkaji fatwa yang dikeluarkan oleh mufti dan ulama Islam dari Iraq, Mesir, India, Moroko, Syria, Palestin dan kesemua wilayah Islam di tempat lain. Fatwa-fatwa ini kesemuanya bersetuju dengan penegahan penjualan tanah di Palestin kepada orang Yahudi, dan (mereka juga bersetuju) dengan pengharaman bertindak sebagai orang tengah dalam penjualan tersebut, atau memainkan peranan sebagai broker, atau membantu dalam apa jua bentuk; dan juga pengharaman ke atas sikap menyenangi urusan tersebut, atau berdiam diri terhadapnya. Mereka bersetuju, di samping itu, bagi pihak setiap rakyat Palestin, bahawa kesemua yang di atas, jika dilakukan oleh seseorang yang mengetahui akibatnya dan berpuas hati dengannya, akan menyebabkan ia jatuh kufur, dan murtad (irtidad) dari agama Islam. Ini berlaku kerana meyakini dengan keharusan perkara (yang haram tersebut) seperti yang telah disebut dalam fatwa yang dikeluarkan oleh yang dihormati Sayyid Amin Al-Husaini, Mufti Palestin dan Presiden Majlis Tertinggi Islam.
Setelah mengkaji dan menyemak kesemua di atas, kami menyokong isi kandungan keputusan yang mulia itu, dan bersetuju bahawa penjual, broker tanah, orang tengah dan sesiapa yang membantu dalam urusan penjualan (tanah) Palestin adalah kesemuanya:
- Dengan penuh kesedaran membantu mengeluarkan umat Islam dari rumah-rumah mereka.
- Menghalang manusia dari rumah Allah, menyekat mereka dari mengingati namaNya di dalam (mesjid) dan berusaha untuk memusnahkannya.
- Mengambil Yahudi sebagai sekutu, kerana perbuatannya adalah dikira sebagai membantu dan menyokong mereka (memerangi) ke atas umat Islam.
- Mengganggu Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman
- Mengkhianati Allah, RasulNya dan amanah (yang diserahkan kepadanya).
Marilah kita kembali kepada sandaran-sandaran jelas kepada peraturan-peraturan di dalam keadaan seperti ini, dari Kitab Allah seperti berikut (terjemahan):
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu khianati Allah dan RasulNya, atau sengaja mengkhianati amanah yang dipercayakan kepada kamu. Ketahuilah harta dan anak-anak kamu adalah ujian, dan di sisi Allah ganjaran yang besar” (Al-Quran 8: 27 – 28).
“Sesiapa yang menyakiti orang yang beriman lelaki dan perempuan dengan sesuatu yang tidak mereka perbuat – mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” (Al-Quran 33: 58)
“Siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalang-halang manusia dari rumah Allah, di mana namaNya diingati di dalamnya, dan berusaha untuk merobohkannya? Tidaklah layak mereka itu memasukinya (mesjid) kecuali dengan taqwa. Kepada mereka ditimpakan kehinaan di dunia ini, dan untuk mereka seksaan yang pedih di hari akhirat.” (Al-Quran 2: 114)
“Allah tidak mengalang kamu dari bersikap lunak dan adil kepada mereka yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, atau mengsir kamu dari rumah-rumah kamu. Allah cinta kepada mereka yang berlaku adil. Allah Cuma melarang kamu bersekutu dengan orang-orang yang memerangi kamu kerana agamamu, dan mengusir kamu dari rumah kamu, dan membantu untuk mengeluarkanmu; barangiapa yang mengambil mereka sebagai kawan, mereka itu melakukan dosa yang besar” (Al-Quran 60: 8 – 9)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan ambil teman-teman setia dan pelindung (mereka) dari kalangan musuhKu dan musuhmu” (Al-Quran 60: 1)
“Dan barangsiapa yang mengambil pepimpin dari kalangan mereka, sesungguhnya sebahagian dari mereka” (Al-Quran 5: 51)
Para mufassir telah menghuraikan makna dari ‘sebahagian dari mereka’ sebagai seorang dari kelompok mereka dan statusnya adalah sama dengan mereka.
Ia bolih disedari dari kesemua ini yang kami telah ungkapkan melalui kaedah dan keputusan, kenyataan, peraturan dan fatwa, iaitu berkaitan penjualan (tanah) Palestin kepada Yahudi, samada secara langsung atau melalui orang tengah atau broker, termasuk mereka yang memudahkan urusan tersebut atau membantu dengan apa cara sekalipun sedangkan ia mengetahui akibat-akibatnya di atas:
- adalah tidak dibolihkan menyembahyangkan jenazahnya apabila dia mati.
- Tidak dibenarkan dikebumi di tanah perkuburan muslimin.
- Adalah wajib untuk memulau mereka, memutuskan hubungan dengan mereka, berseteru dengan mereka, tidak menyayangi mereka atau bermesra dengan mereka.
Semua di atas adalah berlaku meskipun orang yang terlibat itu merupakan ibu-bapa sendiri, anak-anak, adik-beradik atau suami-isteri.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu ambil ayah-ayah dan saudara-saudara kamu sebagai pemimpinmu, sekiranya mereka memilih untuk kekafiran dari iman. Dan sesiapa yang mengambil wali dari kalangan mereka – mereka itulah orang-orang yang berdosa” (Al-Quran 9:23)
“Katakanlah jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum kerabat kamu, harta yang kamu kumpulkan, perniagaan yang kamu takut kerugian, tempat tinggal yang kamu senangi lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah menurunkan keputusanNya. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang melampaui batas” (Al-Quran 9: 24)
Mengambil ini sebagai peringatan, untuk berdiam diri terhadap perbuatan orang-orang tersebut, dan redha dengan mereka adalah ditegah samasekali. Wahai orang-orang yang beriman! Bersegeralah menyahut seruan Allah dan RasulNya kepada apa yang mengidupkan kamu. Ketahuilah Allah berada di antara manusia dan hatinya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan. “Dan takutlah bencana yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim di kalangan kamu, dan ketahuilah Allah itu maha hebat seksaanNya.” (Al-Quran 8: 24-25)
Semuga Allah menjadikan kita di kalangan orang yang mendengar dan mengikutNya, kerana Dialah pelindung kita; Maha Pelindung yang terbaik, dan Maha pemberi pertolongan.
Di tandatangani
20 Syawal 1353 H
26 Januari 1935
[I] Al-Wathaiq al-Harakah al-Wataniah al-Filastiniah 1917 – 1939 Min Auraq Akram Zu’aitar Beirut Muasassah ad-Dirasat al-Filastiniah 1984. hlm 381 - 391
0 comments:
Post a Comment