Thursday, December 24, 2009

Buku baru PACE Pandangan dan Pendirian PACE dalam isu Palestin (2007 - 2009) bakal terbit insyaAllah

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah. Buku baru kedua berjudul 'Pandangan dan Pendirian PACE dalam isu Palestin (2007 - 2009) juga bakal terbit pada awal tahun 2010. JZKK ke atas sokongan semua pihak yang menjadikan buku ini insyaAllah satu kenyataan.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE

Kata sambutan buku ini disediakan oleh Tn Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin, mantan Naib Presiden JIM dan mantan Pengerusi Perhubungan Antarabangsa JIM
-------------------------------------------------------------------------------------


Pandangan dan Pendirian PACE dalam isu Palestin

(2007 – 2009)

Penyunting: Hafidzi Mohd Noor

Kandungan

PACE – Satu Pengenalan

Kata sambutan oleh Tn Hj. Zairulshahfuddin Zainal Abidin (Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa JIM)

Sekapor sireh dari penyunting – Dr Hafidzi Mohd. Noor

Bahagian I (Rencana Akhbar)

1. PACE atur strategi bantu Palestin

Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

5 Jun 2007.

2. Sebab konflik Hamas–Fatah

Oleh: HAFIDZI MOHD. NOOR.

Utusan Malaysia

23 Jun 2007.

3. Sehari sebuah buku

Oleh: AHMAD AIDID/HAKIMI ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

13 julai 2007.

4. Membebaskan Palestin perlu perjuangan.

Oleh: MOHD RADZI MOHD ZIN/HARUN OSMAN (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

17 Julai 2007

5. Kehadiran Malaysia dalam sidang damai Annapolis bagai mengiktiraf Israel – JIM

Oleh: ROY RASUL/WAN ZAHARI WAN SALEH (WARTAWAN HARAKAH)

Harakahdaily.net

30 November 2007

6. Kaji muslihat sidang damai Asia Barat.

Berita Minggu

2 Disember 2007

7. Sidang Annapolis hina demokrasi Palestin.

Oleh: WAN RAHIMAH DRAMAN (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia (Bicara Agama)

18 Disember 2007.

8. AS berdolak-dalik kembalikan hak Palestin.

Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

3 Januari 2008.

9. Derita Gaza angkara Israel.

Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

26 Januari 2008.

10. Jangan putus asa berjuang untuk Palestin.

Oleh: HAFIDZI MOHD NOOR.

Utusan Malaysia (Ruangan Ilmuan Islam)

4 Mac 2008.

11. Ke mana arah Senegal bawa OIC.

Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

13 Mac 2008.

12. Israel cuba ubah demografi Baitul Maqdis.

Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

11 Jun 2008.

13. Memperingati Masjid al Aqsa dibakar.

Oleh: MOHD SAFWAN SAPARUDIN.

Utusan Malaysia

22 Ogos 2008.

14. Rintangan rundingan damai.

Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

27 September 2008.

15. Palestin tidak letak harapan tinggi ke atas AS.

Oleh: MOHD KHUAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia.

8 November 2008.

16. Dunia Islam selamatkan Darfur

Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

15 November 2008.

17. Palestin Mangsa Asia Barat.

Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

10 Januari 2009.

18. Ikhlaskah bantuan Arab

Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

21 Januari 2009

19. Tragedi An-Naksah lengkapi penaklukan Israel di bumi Arab.

Oleh: HAFIDZI MOHD NOOR.

Utusan Malaysia

5 Jun 2009.

20. Netanyahu tidak berminat cari jalan damai.

Oleh: HAFIDZI MOHD NOOR.

Utusan Malaysia

17 Jun 2009

21. Perjanjian Damai Israel-Palestin terburu-buru

Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

16 September 2009

22. Laporan Goldstone cemaskan Israel

Oleh: MOHD KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

21 November 2009

23. PACE perjuangkan Palestin sepanjang masa

Oleh: SITI AINIZA KAMSARI (WARTAWAN UTUSAN)

Utusan Malaysia

23 November 2009

Bahagian II (Liputan Media)

1. JIM salur RM1 juta bantu rakyat Palestin

Utusan Malaysia

3 Januari 2009.

2. JIM kutuk tindakan ganas rejim Zionis

Sinar Harian

3 Januari 2009.

3. Isu Palestin perlu disampai secara tepat.

Sinar Harian

16 Januari 2009.

4. Bantuan Perubatan dari MERCY ke Gaza

Utusan Malaysia

19 Januari 2009

5. JIM beri perhatian nasib rakyat Palestin

Sinar Harian

19 Januari 2009

6. Kuala Lumpur untuk Gaza

Sinar Harian

20 Januari 2009.

7. Universiti Gaza Rayu Bantuan.

Agensi Berita BERNAMA

5.Jun 2009

Bahagian iii (Kenyataan akhbar)

1. Kenyataan Akhbar - Konferens Annapolis

(PACE – Pusat Kecemerlangan Palestin)

Dr HAFIDZI MOHD NOOR.

2. Kenyataan Akhbar – PACE Mengutuk serangan biadap terbaru rejim Zionis ke atas Gaza.

(PACE – Pusat Kecemerlangan Palestin)

Dr HAFIDZI MOHD NOOR.

3. Kenyataan Akhbar - Memperingati An-Naksah 42 tahun masjid al-Aqsa di jajah oleh rejim Zionis.

(PACE – Pusat Kecemerlangan Palestin)

Ir. MEGAT SHARIFUDDIN IBRAHIM.

Bahagian iv (Rencana)

1. Boikot Israel atau tidak?

Dr MD. ROSLAN HASHIM.

2. Kenapa Israel dilindungan Barat

Hj RIDZUAN HARUN.

3. Kehidupan di Kem Pelarian Palestin: Satu Indikator Keprihatinan Ummah.

Ir. Dr. SELAMAT ALIMAN.

4. Ulang Tahun Perang Oktober 1973 - beberapa pengajaran.

Dr. HAFIDZI MOHD NOOR.

5. 21 Ogos adalah Hari al-Aqsa.

Dr. HAFIDZI MOHD NOOR.

6. Ulangtahun peristiwa tragis Sabra dan shatila.

Hj. RIDZUAN HARUN.

7. Perjuangan Palestin dari perspektif Maulid Nabi SAW.

Dr. HAFIDZI MOHD NOOR.

8. Memperingati ulangtahun Nakbah ke 61

Dr. HAFIDZI MOHD NOOR.

9. Beberapa fakta mengenai pertentangan di antara Hamas dan Fatah.

Dr. HAFIDZI MOHD NOOR.

10. Iktibar dari kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin – Apakah faktor yang menjamin Hamas kekal berkuasa?

Dr.HAFIDZI MOHD. NOOR.

11. Israel membunuh tanpa alasan

Ir. MEGAT SHARIFUDDIN IBRAHIM

12. Operasi Cast Lead : Rejim Zionis menggunakan Bom Phosphorus putih yang terlarang.

Ir. MEGAT SHARIFUDDIN IBRAHIM

13. Operasi Cast Lead: Pembunuhan beramai-ramai yang paling kejam selepas hampir 30 tahun.

Ir. MEGAT SHARIFUDDIN IBRAHIM

14. Dari Ipoh ke Gaza: satu catatan pengalaman wakil PACE untuk memasuki Gaza

Ir. MEGAT SHARIFUDDIN IBRAHIM.

Bahagian v (Perutusan dan Teks Khutbah)

1. Perutusan Shawal PACE (1429H)

Baitul Maqdis-kewajipan setiap muslim

Dr. HAFIDZI MOHD NOOR .

2. Perutusan Shawal PACE (1430H).

Dr. HAFIDZI MOHD. NOOR

3. Perutusan Aidil Adha PACE (1430H)

Dr. HAFIDZI MOHD. NOOR

4. Perutusan Maal Hijrah PACE (1431H)

Dr. HAFIDZI MOHD. NOOR

5. Teks Khutbah Palestin Mei – Jun

WAN ABDULLAH MUJAHID HASANUDDIN.

6. Teks khutbah sempena serangan biadab zionis ke atas Gaza (Disember 2008 – January 2009).

Dr. HAFIDZI MOHD NOOR

7.Teks khutbah yang disampaikan sempena ulangtahun an-Nakbah.

Dr. HAFIDZI MOHD NOOR

8. Teks khutbah sempena tahun baru 2010 M dan ulang tahun serangan ke atas Gaza.

Dr. HAFIDZI MOHD NOOR

Bahagian VI. Antara Sumbangan PACE pada rakyat Palestin

1. Viva Palestina ke Gaza.

2. Projek Wanita Gaza melalui Gabenor Beit Lahiya.

3. Kaki Palsu untuk remaja Palestin.

4. Rabithah Ulama Palestin di Syria

Penutup

Sajak – Antara Roti dan Bom

Ir. MEGAT SHARIFUDDIN IBRAHIM

KATA SAMBUTAN

NAIB PRESIDEN (PERHUBUNGAN ANTARABANGSA),

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

Segala Puji-Pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat ALlah SWT, Tuhan Sekelian Alam yang telah mengizinkan segala-galanya di atas kehendakNya jua. Maka, dengan kehendak ALlah SWT jualah terbitnya sebuah lagi kompilasi bertajuk “Pandangan dan Pendirian PACE mengenai isu Palestin (2007 – 2009). Umat di Palestin hanya mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa. Mereka hanya menuntut hak-hak asasi kepunyaan mereka yang telah dirampas dan dirobek di luar batasan kemanusiaan. Di atas prinsip kebenaran dan keadilan tuntutan ini, mereka terpaksa berhadapan dengan kezaliman kerajaan haram Israel yang disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat & Kesatuan Eropah sendiri.

Kompilasi ini merupakan siri-siri rencana akhbar, liputan media, kenyataan akhbar dan rencana yang telah dihasilkan oleh Pengarah dan felo-felo Palestine Centre of Excellence (PACE) sendiri. Ia bakal menarik minat pembaca kerana pandangan dan buah fikiran yang dikumpulkan dalam satu naskah untuk menjadi rujukan mudah dan khazanah yang berguna kepada ahli masyarakat yang perihatin terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak berdosa ini. Naskah ini juga menjadi bukti terhadap usaha-usaha berterusan dan konsisten JIM di dalam menyokong perjuangan di Palestin melalui institusinya yang bernama PACE. Saya mendoakan agar-agar usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Pengarah dan felo-felo PACE ini menjadi amal soleh buat mereka, diterima dan diredhai oleh Allah SWT.

Usaha menerbitkan naskah ini juga selari dengan misi JIM iaitu pembudayaan perkongsian dan permuafakatan serta penegakan kebenaran dan keadilan sejagat. Saya mendoakan agar sumbangan kerdil ini serta pandangan berterusan oleh PACE di dalam media selepas ini akan membantu melakar dan mencorak pandangan umum di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya, secara lebih tepat dan adil mengenai isu Palestin ini. Semoga pandangan yang lebih tepat dan adil ini mampu untuk meningkatkan kesedaran umat, seterusnya menatijahkan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin dan warga yang menetap di dalamnya. Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya agar mengambil berat dan menolong saudara seinsan dan seagamanya seperti hadith-hadith berikut :

“ALlah akan sentiasa menolong hambaNya selagi hamba tersebut menolong saudaranya

(Riwayat Muslim)“

“Sesiapa yang tidak peduli terhadap kaum Muslimin, dia bukanlah dari kalangan mereka”

(Riwayat Al Baihaqi)

Akhir kata, bagi pihak JIM, saya ingin mengucapkan tahniah dan merakamkan penghargaan yang tiada terhingga kepada Dr Hafidzi, felo-felo PACE serta semua pihak yang terlibat di dalam penyediaan kompilasi yang penting dan berharga ini.

Semoga ALlah SWT memberkati dan meredhai usaha-usaha saudara semua.

Zairulshahfuddin b Zainal Abidin

Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa),

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM),

Lot 300.3 Lorong Selangor

Pusat Bandar Melawati

53100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +06-03-4108-9669

Fax: +06-03-4107-1754

www.jim.org.my

3 Zulhijjah 1430 / 20 November 2009

SEKAPUR SIREH

Isu Palestin adalah isu pokok umat Islam. Seluruh dunia Islam harus meletakkan pembebasan bumi Palestin sebagai satu agenda penting. Isu ini tidak harus dibataskan kepada Negara-negara Arab atau Asia barat semata-mata. Ini adalah kerana setiap muslim mempunyai tanggungjawab yang ditaklifkan untuk membebaskan bumi Palestin dan tanah suci Baitul Maqdis di mana letaknya Masjid al Aqsa dari penjajahan dan cengkaman zionis Israel. Jika tidak ada lagi isu yang dapat meleraikan kekusutan di antara Negara-negara umat Islam pada hari ini, maka perjuangan pembebasan Palestin boleh mencetuskan satu kesatuan tekad dan kehendak politik yang kuat bagi mencapai perpaduan ummah seutuhnya.

Isu Palestin juga bukan hanya terletak pada pundak pemimpin-pemimpin Negara Islam atau badan-badan antarabangsa seperti Liga Arab dan OIC (Organization of Islamic Conference) tetapi juga merupakan tanggungjawab yang harus ditangani oleh umat Islam yang bergerak secara tersusun dalam organisasi yang menangani qadhiah (persoalan) Palestin secara sistematik, berstrategi dan terfokus.

Isu Palestin juga tidak harus dilihat sebagai isu ekskulis dunia Islam. Di dalam senario globalisasi di mana mengekalkan keamanan pada satu bahagian dunia mempunyai kesan langsung dan tidak langsung kepada kepada keamanan seluruh dunia maka masyarakat antarabangsa tidak wajar meminggirkan isu pelanggaran hak asasi yang paling menyolok di dalam sejarah. Palestin sudah terjajah lebih dari 61 tahun natijah dari kebobrokan dunia khususnya Barat yang bersekongkol dengan Zionis untuk mencipta Negara haram Israel di atas tanah air rakyat Palestin. Isu pelarian Palestin sudah berlanjutan lebih dari tiga generasi tanpa sebarang penyelesaian atau usaha ke arahnya. PBB seolah-olah mandul dan gagal mengekang kebiadaban Israel meski ratusan resolusi di terima samada yang diluluskan oleh persidangan agung atau Majlis Keselamatan. PBB tidak punya kekuatan moral dan politik untuk menguatkuasakan resolusi yang mengikat setiap Negara anggota.

Atas dasar inilah maka PACE telah mengambil inisiatif untuk memperkasa rakyat Malaysia seluruhnya dengan maklumat yang tepat dan objektif mengenai perkembangan isu Palestin. Setelah menghidangkan beberapa siri buku-buku ‘Bebaskan al-Aqsa’ yang menjelaskan latarbelakang sejarah konflik di Palestin, kini PACE mengeluarkan buku terbaru yang mendokumentasikan rentetan peristiwa semasa. Dokumentasi ini dipecahkan kepada beberapa beberapa bahagian iaitu rencana yang diterbitkan dalam akhbar tempatan, liputan media mengenai aktivisme PACE dalam masyarakat, rencana yang ditulis oleh penyelidik dan felo-felo PACE, kenyataan akhbar mengenai isu-isu yang spesifik dan juga perutusan-perutusan serta teks khutbah Jumaat. Adalah diharapkan kompilasi dokumen-dokumen ini akan membongkar siri-siri penipuan dan pembohongan yang disiarkan oleh media antarabangsa yang hamper seluruhnya memihak kepada kepentingan Israel dan Amerika Syarikat. Untuk tujuan yang sama sebuah buku dalam Bahasa Inggeris dengan tajuk ‘PACE views and standpoints on the Palestinian issue (2007 – 2008) diterbitkan seiring dengan buku ini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat berbilang kaum dan antarabangsa.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kaseh kepada semua felo-felo PACE yang telah menyumbang tenaga, keringat di lapangan dan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memperjuangkan isu Palestin di tengah-tengah masyarakat. Mereka sentiasa bersedia untuk menyahut seruan masyarakat di mana sahaja yang dahagakan informasi dan maklumat tentang perkembangan semasa di Palestin dan tanah suci Baitul Maqdis. Semuga pengorbanan mereka semua diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Buku ini adalah satu tribut kepada rakan-rakan seperjuangan Ir Dr. Selamat Aliman, Sdr. Zun 'Arif Hakim b Abdul Rahman, Pn. Noorazian Anidin, Hj. Azahari Abdul Kadir (mantan Pengerusi JIM International 2001 - 2005), Hj. Mohd Rashid Hasnon (mantan Pengerusi JIM International 2005 - 2007), Ust Mazslee Malik, Prof. Madya Dr Md. Roslan Hashim, Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Mohd Yusof, Tn. Hj. Ridzuan Harun, Ir Megat Sharifuddin Ibrahim, Sdr. Mohd Safwan Saparudin, Pn. Hamisah Manan (Akademi Islah), Sdr. Wan Abdullah Mujahid bin Hasanuddin, Pn. Nihlah Johari, Tn. Hj. Shahool Hamid, Sdr. Mazlan Mohdi, Dr Hasbullah Ashaari, Hj. Zameran Jusoh, Sdr. Shamsuri Abdullah, Hj. Hasnol Basri, Sdr. Syed Umar Syed Zakaria, Sdr Abdul Muhaymin Mahmod, Pn. Normala Mohd. Daud, Cik Nurul Azeani bt Mohd Zain dan ramai lagi yang memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Saya juga mengucapkan tahniah dan penghargaan khusus kepada Tn. Hj. Zairulshahfuddin Zainal Abidin yang memegang portfolio pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa JIM yang banyak memberikan dorongan, memberi motivasi dan memudahcara gerak kerja PACE di lapangan. Kesudian beliau untuk menukilkan kata-kata sambutan untuk buku ini sangat disanjung tinggi.

Kami semua mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sdr Muhammad Nasir Tampol, Pegawai Ekskutif JKPA. Atas dayausaha beliau urusan pentadbiran dan pengurusan serta perhubungan raya dengan masyarakat bersama PACE berjalan dengan baik dan lancar. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj. Yaakob Tuan Soh serta pegawai-pegawai kewangan di ibu pejabat JIM, Taman Melawati kerana menguruskan urusan transaksi kewangan yang merupakan amanah masyarakat terhadap PACE dan JIM untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada para wartawan yang sudi membuat liputan media dan menerbitkan rencana-rencana yang dikirim oleh aktivis dan felo PACE untuk diterbitkan di media cetak Nasional. Di antara mereka yang sering menghubungi pihak kami untuk mendapatkan pencerahan tentang perkembangan isu di Palestin ialah En. Khuzairi Ismail, En. Radhi Mohd Zin, Pn. Siti Ainiza Kamsari, Pn. Azlinariah Abdullah, Pn. Wan Rahimah Draman, En. Ahmad Aidid, En. Hakimi Abdullah dan En. Harun Osman (Utusan Malaysia); Cik Nor Farhana Yaacob dan Syairi Shaari (Sinar Harian) dan En. Wan Zahari Wan Saleh dan Roy Rasul (Harakah). Kami sangat menghargai kerana memberi ruang kepada PACE untuk mengutarakan pendirian dan ulasan terhadap isu Palestin. Ruang yang diberikan pastinya membantu rakyat Malaysia untuk membuat penilaian yang seimbang terhadap pelaporan media barat yang memihak kepada kepentingan Israel dan Barat. Kami bersedia untuk terus memberikan kerjasama yang baik dengan pihak media untuk kebaikan umat Islam dan rakyat Malaysia secara umum

Saya juga mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan kepada pihak JIMedia kerana sudi menerbitkan buku ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada Sdr. Wan Mohd Zukri Che Mat Zin selaku Ahli jawatankuasa Penerangan JIM Pusat yang memegang portfolio Penerbitan yang sering member dorongan untuk terus berkarya. Ucapan terima kasih juga kepada Sdr. Wan Muhammad Wan Ibrahim kerana telah menyemak dan melakukan ‘proofread’. Kepada semua yang terlibat, anak-isteri, sahabat-handai dan semua aktivis JIM yang merupakan tonggak kekuatan kepada kami, semuga Allah memberikan saham-saham akhirat yang menyelamatkan kita pada hari yang tidak ada perlindungan selain dari perlindungan Allah SWT.

Editor

Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor

Pengarah

Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE)

19 November 2009

2 Zulhijjah 1430

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc