Monday, December 14, 2009

Statement from COMPLETEMalaysia @ Viva Palestina Malaysia (VPM) - Ulangtahun Serangan biadap Israel ke atas Gaza

Kenyataan COMPLETEMalaysia - Memperingati Gaza

Tanggal 27 Disember 2009 hingga 18 Januari 2010 menandakan ulang tahun pertama kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Selama 22 hari, Israel membedil Gaza dengan bom, fosforus putih dan menggempurnya dengan jet pejuang F16, helikopter tempur, angkatan kapal laut , kereta kebal dan tentera bersenjata.

Seramai 1,400 jiwa terkorban , 5,000 orang tercedera, 20,000 kehilangan tempat tinggal dan 50,000 menjadi rakyat pelarian. Sekolah, universiti, hospital, bangunan awam, rumah dan kedai juga tidak terselamat daripada kekejaman tentera Zionis Israel.

Ulang tahun pembunuhan dan pencabulan hak asasi rakyat Gaza, Palestine akan dikenang oleh masyarakat madani seluruh dunia.

Viva Palestina Malaysia (dahulunya COMPLETE) menyahut seruan ini dan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menzahirkan sokongan kita terhadap rakyat Palestin dengan melakukan perkara berikut :

1. Mempamirkan skaf Palestin pada tarikh 27 Disember dengan memakai skaf tersebut atau mengikatnya pada beg tangan dan memaparkan pelekat Palestin dicermin kereta anda.

2. Memboikot syarikat yang menyokong regim Zionis Israel. Syarikat tersebut termasuk Nestle, McDonald's, Coca-cola dan Loreal. .Paling minima jangan membeli jenama tersebut dari 27 Disember 2009 sehingga 18 Januari 2010

3. Memasang pelekat kereta memboikot empat barangan tersebut. Pelekat kereta boleh didapati secara percuma daripada No. 6, Jalan SS1/24A, Kampung Tunku, Petaling Jaya. Sila hubungi Cik Jemaimah di talian 013 231 4596.

4. Mengamati “satu minit tanpa bicara” pada tepat jam 12 tengah hari pada 27 Disember 2009. Keheningan ini melambangkan rintihan kita terhadap perderitaan rakyat Palestin dan bantahan kita terhadap kekejaman rejim Zionis Israel.

Pada 27 Disember ini, anda digalakkan untuk menganjurkan aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan sempena menyahut seruan solidariti bersama rakyat Palestin. Sila ambil gambar atau video bagi tujuan tersebut dan emailkan ke complete2009@gmail.com . Kami akan memuat turun ke rangkaian web dan Facebook Viva Palestina Malaysia.

Viva Palestina Malaysia dan sukarelawannya akan berkumpul di ruang legar,Mid Valley Megamall pada jam 11.00 pagi , 27 Disember 2009. Jumpa disana!

Gaza masih dikepung. Pencerobohan ke atas Gaza dan penindasan terhadap rakyat Palestin tidak boleh di biarkan berlalu begitu sahaja. Perjuangan pembebasan Palestin adalah suatu seruan kemanusiaan dan perubahan kearah penyelesaiaan yang adil dan saksama mesti didokongi oleh masyarakat dunia sejagat.

Abraham Joshua Heschel menulis:
"Hanya segelinitr yang bersalah, tetapi semua yang bertanggungjawab."

Sila edarkan email ini kepada seramai mungkin kenalan anda. Marilah kita bersama-sama mengembeling usaha kearah memperingati dan memperjuangkan nasib rakyat palestin yang telah lama dibiarkan menderita dan dipinggirkan oleh kuasa dunia..

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Puan.Azra azrabanu@gmail.com 016 209 4500

Cik Jemaimah jemma.mustapha@gmail.com 013 231 4596

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Badan gabungan dalam CompleteMalaysia)

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc