Tuesday, December 22, 2009

Update Program Print 2009





Ulu Yam 22hb Disember 2009: YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia melahirkan keyakinan bahawa pendidikan yang dikendalikan oleh Jaringan Sekolah-Sekolah MUSLEH mampu untuk mendidik murid-murid dan pelajar-pelajar keluar dari kemelut 'captive mind' atau minda yang terpenjara.
Walaupun ramai pelajar cemerlang dalam pencapaian akademik tetapi teperangkap dalam penjara minda. Ada dua mata tetapi mampu melihat dengan satu mata sahaja. Ada dua telinga tetapi hanya mampu mendengar dengan satu telinga sahaja. YB Timbalan Menteri Pendidikan berkata demikian dalam ucapan perasmian Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRS MUSLEH) - PRINT 2009.
Perkhemahan ini turut disertai oleh dua kontigen dari Indonesia dan Thailand. Indonesia menghantar 40 Pramuka Puteri dan 40 Pramuka Putera dengan 20 pegawai pengiring. Thema perkhemahan Satu Rumpun Satu Matlamat. PRINT 2009 ini telah menhimpunkan 1200 orang peserta dari sekolah-sekolah jaringan MUSLEH serta sekolah-sekolah swasta. Aktiviti ko-kurikula adalah sebahagian dari program pendidikan yang akan membangunkan pelajar yang punya jatidiri dalam menggarab cabaran-cabaran masakini. Pandangan dikemukakan oleh Mejar KRSM Abd. Rahaim bin Md Isa dalam ucapan aluan selaku Pengarah Pelaksana PRINT 2009. Perkhemahan ini bermula secara rasmi hari ini dan akan berakhir pada 24hb Disember 2009.
Majlis penutup pada hari khamis nanti akan disempurnakan oleh Ustaz Megat Mohamed Amin bin Megat Mohamed Nor selaku Pengerusi MUSLEH.
Dilaporkan oleh:Fadzil bin Hj Abdullah (Musleh)
ps masih menunggu kalau ada gambar Mawardi semasa perkhemahan

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc