Saturday, December 19, 2009

Syarahan Perdana as-syeikh Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi di Mesjid Negeri Shah Alam

As-Syeikh Dr Yusuf al-Qardahwi berdoa dgn penuh syahdu

Syarahan as-Syeikh diterjemahkan oleh al-Ust Abd Ghani Shamsuddin dari SYURA


Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khaled kyusyu' mengaminkan doa

Hadirin mengikuti syarahan]




Menteri Besar Selangor menyampaikan ucapan aluan

Dato' Dr Hassan Ali dan Penasihat PKR Dato' Sri Anwar Ibrahim hadir (JZKK kepada Dato' Seri yang mengusahakan jemputan ke atas As-Syeikh Dr Yusuf Qardhawi)


As-Syeikh solat dalam keadaan duduk (umur beliau sudah menjangkau 80 tahun tetapi masih mersik suara dan tegas message syarahannya)

As-Syeikh Dr Yusuf Qardhawi dididik langsung oleh as-Syahid Hassan al-Banna dari umur remajanya. Semuga Allah memanjangkan usianya untuk terus memandu umat ini di zaman yang penuh dengan cabaran global

Suasana dalam mesjid negeri Shah Alam yanhg dibanjiri oleh lautan hadirin. Tidak mahu melepaskan peluang mendengar dari ulama yang tersohor masa kini.
Assalamualaikum,
Semalam 19 Disember umat Islam di Malaysia amat bertuah dan bersyukur kerana dikunujungi oleh ulama tersohor abad ini iaitu as-Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi. Saya merasa amat rugi kerana masih belum berkesempatan untuk hadir atas sebab-sebab kesihatan. walaubagaimanapun anakanda Mawardi dapat bersama malam tadi. JZKK kpd akh Aisharuddin yang menumpangkan anak kami. Juga jzkk kepada akhi Zulkarnain (bangi 3), akhi Alwi Hasrat dan Dr Mahamud ismail (yang turut menawarkan untuk tumpangkan Mawardi)
Bersama ini dikongsikan gambar-gambar yang dioambil oleh ukthi Nashitah Mohd Noor dari blog beliau ummuAsiah setelah mendapat kebenaran beliau. Gambar suasana dalam mesjid turut di ambil dari akh Ahmad Jamali yang mengirimkannya secara lintas langsung di dalam e-mail.
Di antara catatan Ummuasiah ialah kali terakhir Syeikh Yusuf Qardhawi datang ke Malaysia ialah 15 tahun lalu. Beliau pernah datang ke Malaysia selama 8 kali dan berikrar tidak akan datang lagi sehinggalah Dato' Seri anwar dibebaskan dari penjara.
Syeikh juga menggambarkan bahawa pemimpin umat Islam adalah pemilik sebuah kedai yang dikunjungi oleh pelanggan. Jika pemimpin itu buruk maka kedainya juga akan dikunjungi oleh pelanggan yang buruk. beliau juga akan bercakap tentang kezaliman ISA (InsyaAllah jika ada ulasan tentang ini akan dikongsikan nanti).
Berikut ialah beberapa catatan yang dikongsikan oleh beberapa sahabat yang hadir malam tadi. JZKK atas perkongsian kalian. Semuga ia dapat dimanfaatkan juga oleh pengunjung blog ini.
--------------------------------------------------------------------------
Berikut ialah beberapa poin ringkas dari ceramah ustaz yusuf qardhawi: Tema utama ialah pengajaran dari hijrah rasulullah s.a.w. Dalam proses hijrah, ustaz telah menjelaskan apakah yang telah dilakukan oleh rasulullah secara berperingkat, kemudian beliau mengaitkan suasana masakini.

Pertama, beliau pertegaskan utk dihidupkan semula fungsi masjid yang sebenar seperti menyatukan masyarakat, menjalankan aktiviti masyarakat yang tidak sekadar jumud dgn sembahyang 5 waktu sahaja.

Perkara kedua yang ditekankan bagaimana rasulullah mewujudkan pasar tempat masyarakat islam bermuayashah dan berjual beli. Dengan adanya pasar, rasululullah sendiri turun padang meninjau dan mengodit jual beli yang dilakukan. Sampai tahap pada satu ketika rasulullah sendiri yang menyeluk tangan ke dalam bekas kurma yang nampak tersusun cantik dari luar. Tetapi di dalam bekas bah bawah basah menunjukkan kurma itu sebenarnya tidak elok.

Pada tahap ini lagi, rasulullah telah menunjukkan betapa pentingnya ketelusan, transparency dalam perniagaan. Contoh kurma pada zaman itu boleh kita kaitkan dengan betapa korupnya pimpinan dan kroni pemerintahan pada zaman ini yang jelas menipu dan mendusta rakyat secara terang lagi nyata.

salam
Ahmad Jamali Sepihie
---------------------------------------------------------------------------------------
Shaikh Qardhawi ada sentuh, dalam 'air time' yang agak lama pasal kaum munafikin. Ana kira2 ada dalam 13 minit, dia cerita pasal kisah kaum munafikin, berserta beberapa nas.

Antaranya; kaum munafiqun... wujud bersama kaum muslimin. Mereka ini dilidah beriman. Namun mereka berusaha menghalang manusia sedaya mungkin dari jalan Allah. seperti ayat yang dibacakan Syaikh, awal juz 1 surah baqarah. Mereka juga tergamak memfitnah dan menyakiti Rasul dan kaum muslimin (hadith al-ifk dll). Dan munafikin ini berada di tengah kaum muslimin di setiap tempat dan zaman.

Dan satu point menarik lain, Syaikh menyatakan Islam yang dibawa Rasul adalah praktikal dan sistem yang tuntas kepada manusia. Jika dibandingkan dengan falsafah2 greek sebelum itu misalnya, mereka hanya berfalsafah, namun falsafah itu sendiri pincang dan tidak membina masyarakat yang baik dan stabil.

Begitu juga jika dibandingkan Islam dengan apa2 ISMA dalam dunia ini. (ini komen tambahan ana - yakni sosialisma, komunisma, serta apa2 Isma yang lain, tidak berjaya membawa penyelesaian kepada masyarakat dan dibuktikan sejarah).

Allahuaklam.
zulkarnain
jk penerangan
--------------------------------------------------------------------------------------
Ini apa yang sempat Dr. Har catatkan dalam buku nota, untuk perkongsian ikhwah dan akhawat yang tidak berpeluang hadir di majlis amat bersejarah kelmarin :

1. Muqaddimah - A'llamah Prof Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (YAQ) memilih tajuk hijrah untuk dikupas memandangkan suasana sambutan awal hijrah 1431H masih hangat diperkatakan, namun beliau tidak mahu menghurai dari aspek penceritaan semata-mata seperti contohnya pengkisahan adanya dua ekor merpati yang membuat sarang di muka pintu gua Thur, yang menurut Prof YAQ, masih belum ditemuinya nas berkaitan yang kukuh di dalam rujukan yang sohih! ( Komen Dr.Har : beware of pengkisahan mengenai Hijrah Rasul SAW yang ditokok tambah dgn kisah dongeng Israilliyat!)

2. Prof Dr. YAQ menekankan khusus mengenai keperluan membina kekuatan berjamaah (teamwork) - melalui ibrah dan iktibar yang boleh diambil dari gerakerja Rasulullah SAW semasa sampai ke Madinah - di mana Ar Rasul SAW terus mencari `pasukan' beliau kerana amat arif akan kekurangan serta kelemahan bekerja sendirian atau bergerak secara individu. Rasulullah SAW melihat potensi tersebut dalam kelompok Aus dan Khazraj yang menduduki Madinah. Lantas Rasulullah mengasaskan sebuah komuniti ulung umat Islam yang tersusundan berteraskan iman serta aqidah yang sohih.

3. Prof. Dr YAQ mengingatkan, jika diamati dalam Al-Quran, perbezaan jelas antara ayat-ayat yang diturunkan di Makkah dan Madinah, antara lain adalah ayat-ayat Madinah banyak menjurus kepada peraturan dan dasar-dasar sosial. Banyak ayat Madaniyah yang dimulakan dengan seruan ` Ya aiiyuhal ladzi na aamanu...', wahai orang-orang yang beriman - kerana ketika di Madinah sudah ada kelompok orang beriman untuk diseru sebegitu, tidak seperti semasa di Makkah, di mana Ar Rasul SAW belum dapat menyeru dngn seruan sebegitu rupa. Oleh itu, Prof YAQ mengatakan, menurut banyak pendapat para sahabah, jika kita membaca ayat yang dimulakan dgn seruan `wahai orang beriman', segeralah perhalusi saranan dan seruan tersebut untuk diambil pengajaran yang penting yang terkandung di dalamnya, ataupun segera menjauhi larangan yang dinyatakan sekiranya dlm ayat tersebut dijelaskan batas dan sekatan tertentu.

Yang selainnya, sebagaimana yang dilaporkan oleh Akh Jamali dan Akh Zulk.

Moga dapat dimanfaatkan bersama - mutiara yang dikeluarkan oleh Prof. Dr YAQ dalam nada suara yang begitu mantap dan bertenaga, membangkitkan semangat dan mengisi kehausan kepada ilmu yang begitu bijaksana. Terasa sungguh suasan indah majlis ilmu atau mega daurah tersebut.

Sempat bertemu begitu ramai ahli JIM dan rakan-rakan lain Begitu ramai yang datang - semua yang merasakan bahawa Prof. Dr. YAQ adalah `tuan guru' mereka!

Dr.Har hantar sms berikut pada K. Jije utk disampaikan kepada Abu Urwah :
` Kerajaan negeri kena kerap buat mega daurah macam ni on regular basis, panggil tokoh iklmuwan terkenal, Dr.Har yakin akan menurun kes rempit, gejala sosial at least di shah alam on weekends like this!' Mana tidaknya, bandar Shah Alam tampak begitu bercahaya dgn nur ilmu malam kelmarin - berpusat di masjid negeri yang menjadi tumpuan kerana adanya sebuah `permata' ilmu yang datang bertandang. Allahu Akbar!

Dr.Harlina Halizah Hj Siraj (Naib Pres JIM)
Dr Yusuf Qardawi
Masjid Negeri 19/12/09
---------------------------------------------------------------------------------------
Harapan supaya tahun ini Al-Aqsa akan dibebaskan
Kisah burung merpati & labah2 tiada sandaran kukuh dari hadith. Yg sahih adalah bantuan dari malaikat.
Hijrah adalah satu kemenangan walau pun terpaksa meninggalkan kampung halaman kerana berjaya pertahankan prinsip dan aqidah walau pun diancam. Hijrah diizinkan selepas ummah diuji dgn hebat termasuk syahidnya beberapa sahabat spt Sumayyah dan Yassir. Pemulauan menyebabkan penderitaan sehingga terpaksa memakan daun berduri. Kenapa tidak mahu menyokong perjuangan Radul sedangkan Allah sendiri menyokongnya?

Ibrah
o Kesabaran Rasul adalah kemenangan
o Perancangan -Penyusunan hijrah serta pemilihan individu spt Saidina Abu Bakr, Ali, penunjuk jalan yg mahir, Asma' sbg pembawa berita.
o Yakini bantuan Allah - Dlm keadaan genting dlm Gua Tsur, Rasul menegaskan bhw Allah menjadi yg ke3 dlm misi hijrah ini.
o Umat Islam wajib buat perancangan dlm semua tindakan.
o Hijrah adalah permulaan kpd pembinaan masyarakat berasaskan Islam.
o Rasul mencari rakan utk bersama berjuang secara berjamaah menunjukkan Islam bukan agama individu. Seruan disambut oleh bani Aus dan Khazraj. Krn itu Madinah dipilih.
7. Ayat yg bermula dgn "wahai orang2 yg beriman.." diturunkan di Madinah. Mekah ketika itu hanya ada individu beriman sedangkan masyarakat beriman hanya ujud di Madinah.
8. Pembinaan Madinah
o Baginda memulakan dgn pembinaan masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat
o Kemudian Baginda membina pasar yg sebelumnya dikuasai yahudi. Pasar ini lengkap dgn bahagian2 binatang mengikut jenis, tanaman dan sebagainya.
o Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar antaranya bagi urusan bantuan awal yg akhirnya telah melahirkan jutawan dari kalangan Muhajirin.
9. Masyarakat Madinah adalah masyarakat contoh yg pernah cuba dibina oleh ahli falsafah lalu tetapi gagal - masyarakat beriman, merdeka, sama rata, berasaskan keluhuran budi dan jati diri, pentingkan org lain berbanding diri sendiri, masyarakat yg cepat menyesali kesilapan (kisah Abu Dzar dgn Bilal), yg memberi lebih dari yg diminta dan kemampuan (kisah wanita berikan unta kecil yg satu2 miliknya)
Surah Al-Taubah banyak dedahkan keburukan golongan munafik termasuk fitnah mrk terhadap Saidatina Aisyah.
Golongan munafik pergi solat dgn malas dan memberi dgn amat berat sekali. Golongan munafik kini lebih dahsyat lagi.

Itu antara catatannya, tetapi semangat dan kecintaan terhadap Islam dan para ulama ikhlas yang terzahir dari pertemuan ini tidak dapat dinukilkan dengan kata-kata.

Ridzuan Harun

Bagi ana Ust Abd Ghani Shamsuddin telah menterjemahkan pesanan-pesanan Dr YAQ dengan begitu baik sekali hampir patah demi patah dan bukannya semta-mata bentuk ulasan. Begitu juga intonasi yang digunakan persis lantunan suara Dr YAQ sendiri.
-----------------------------------------------------------------------------------
Dr Hafidzi Mohd Noor
tukang sampai

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc