Sunday, December 27, 2009

Penyerahan memo dan bantahan di depan kedutaan Mesir - Orangramai diminta turun memberi sokongan

KONVOI KE GAZA – PENYERAHAN SURAT KE DUTA BESAR MESIR

Kini, serangan Israel keatas Gaza telah genap setahun. Seramai 1,400
orang telah terkorban, termasuk 400 wanita & kanak-kanak.


Ketika ini 250buah kenderaan yang sarat dengan bantuan perubatan dan
bekalan makanan sedang dalam perjalanan ke Gaza. Mereka memulakan
perjalanan pada awal Disember dari London, melintasi Eropah ke Turki,
Syria dan sekarang berada di Jordan. Terdapat Sembilan (9) buah
kenderaan dari Malaysia yang menyertai konvoi tersebut – 4 buah ambulans lengkap dengan peralatan perubatan canggih daripada Viva Palestina Malaysia (dahulunya dikenali sebagai COMPLETE)
dan 5 buah truk dari Perdana Global Peace Foundation.

Mereka berada hanya 4 jam perjalanan dari GAZA,tetapi kini
terkandas di Aqaba, Jordan. Kerajaan Mesir mengarah mereka melakukan

perjalanan 500 km kembali ke Syria dan memasuki Mesir daripada laluan
yang berbeza. Keizinan daripada pihak Israel diperlukan untuk mereka memasuki Gaza melalui pintu masuk Rafah yang dikawal oleh Mesir.


Kami dari Viva Palestina Malaysia akan menyerahkan surat
permohonan kepada Duta Besar Mesir, meminta agar semua kenderaan
dibenarkan masuk melalui Mesir ke Gaza dengan aman dan selamat.

Hadirlah bersama menyokong kami:

Tarikh: 28hb Disember 2009 (Isnin)
Masa: 12 tengahari


Tempat: Di hadapan kedutaan Mesir, 12 Jalan Ru, Off Jalan Ampang
Hilir, 55000 KL.

Sebarkan berita ini kepada seramai mungkin kenalan anda.

Marilah kita bersama-sama menjayakan usaha ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Pn. Azra Banu 016-209 4500

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc