Sunday, December 13, 2009

Gambar ambulance yang disumbangkan oleh VPM + PACE + MPF dan FIMA



Assalamualaikum,
Inilah dua dari empat ambulance yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui VPM (Viva Palestina Malaysia) untuk menyertai Convoy Viva Palestina 3 anjuran ahli Parlimen British George Galloway. Badan-badan NGO yang bergabung di bawah VPM @ CompleteMalaysia yang memjana dana untuk tujuan ini ialah FIMA (Federation of Islamic Medical Association), MPF (Muslim Professional Forum) dan PACE (Palestine Centre of Excellence). Sebanyak RM230k lebih telah berjaya dikumpulkan untuk membeli 4 buah ambulan bersama bekalan ubat-ubatan. PACE telah menyumbang sebanyak RM100k dari jumlah ini. Convoy ini kini telah melepasi Greece dan akan memasuki Turki. Dijangka tiba ke Gaza pada 27 Disember 2009 sempena setahun serangan baiadap zionis ke atas penduduk Gaza.
Terima kaseh kepada sokongan dan dokongan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap penderitaan saudara-saudara kita di palestin.
(gambar ambulance ini adalah dalam bentuk yang asal sebelum dihiasi dengan logo VPM dan PACE. InsyaAllah gambar-gambar lain yang diterima akan dikirim).
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin)

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc