Monday, December 28, 2009

Penghargaan dari SUA JIM terhadap semua ahli JIM/Karisma yang hadir di kedutaan Mesir

Banner yang bertulis 'We are with you Palestine'

Wakil kedutaan Mesir menemui delegasi VPM/JIM/PACE

Kelihatan Presiden JIM (Hj Zaid Kamaruddin) di belakangnya Ir Dr Selamat Aliman, Felo Kanan dan Tim. Pengarah PACE

Yang kelihatan dalam gambar ini Presiden Karisma, Abdullah Umar Fuad, Tn Yaakub Tn Soh (Bendahari JIM), Hj Nahar (SUA JIM), Wan Muhammad (Wan Am - JKP JIM Media)

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, walaupun notis yang diberi tidak sampai 5 jam, kita dapat kumpulkan sekitar 80 orang aktivis (80-90% merupakan aktivis JIM/Karisma) untuk berhimpun di hadapan Kedutaan Mesir.

Pada mulanya beberapa orang wakil NGO dan pihak media telah dibenarkan masuk bertemu dengan Duta Mesir di Malaysia.

Sdr Presiden, ana, Dr Ir Hj Selamat dan Wan Am yang mewakili JIMedia dapat masuk ke dalam. Duta Mesir menjelaskan bahawa pihak Kerajaan Mesir sedang berusaha untuk melepaskan konvoi ini.

Ini merupakan konvoi yang ketiga. Konvoi yang pertama dan kedua dahulu berjaya masuk dengan lancar kerana mereka menggunakan jalan lain yang mudah dilalui. Konvoi yang ketiga ini, oleh kerana jumlahnya melebihi 200 kenderaan, berhadapan dengan masalah untuk memasuki Gaza kerana mereka mengambil jalan yang berlainan. Mungkin Dr Selamat boleh jelaskan lebih lanjut tentang hal ini.

Duta tersebut menjelaskan bahawa ini merupakan masalah teknikal kerana pintu sempadan ada dua: satu di kawal oleh Mesir (di sebelah Mesir) dan satu lagi di kawal oleh Israel (di sebelah Israel). Menurutnya pihak Mesir sedang berunding dengan pihak Israel untuk melepaskan konvoi ini.

Pihak VPM telah mendesak agar pihak Mesir mempercepatkan proses tersebut.

Pihak VPM menerima penjelesan ini dengan baik, menyerahkan memo kepada Duta dan memohon agar beliau turut memberi penjelasan kpd semua yang berkumpul di luar.

Semua yang di luar kemudiannya dijemput ke perkarangan/halaman pejabat dan beliau memberi penjelasan yang serupa.

Walaupun VPM menerima penjelasan dengan baik tetapi pihak VPM akan memeriksa maklumat dengan pihak konvoi, apakah benar ia hanya masalah teknikal.

Jzkk kepada semua yang hadir..walaupun dengan notis yang singkat, "our presence are felt"...alhamdulillah..

Jzkk kepada orang Melaka yang datang, AKh Aris Sipan dan SU Melaka, Zairi dan adiknya Hazmir.

Dr Selamat dari Ipoh yang juga aktivis palestine PACE..juga Felo Kanan PACE Ukht Norazian yang hubungi ana petang semalam dan menyusun demo aman ini bersama Dr Hafidzi..

YDP Sgr, Kamal serta ahli-ahli JIM Sgr..juga ahli-ahli JIM KL..

Juga Presiden Karisma serta ahli-ahli Karisma..

Juga staf Ibu Pejabat yang sediakan banner dan bendera..

Tak dapat nak tulis semua nama-nama, takut tak berlaku adil...senarainya panjang..namun nak buat special mention untuk YDP Klang Akh Farid dan KW Klang, Ukht Ainon yang datang dengan anak-anaknya..

Pohon yang banyak ambil gambar tadi, termasuk JIMedia, uploadkan gambar-gambar agar yang tak sempat hadir dapat juga merasai suasananya..

Wassalam

Hj Nahar Mohd Noor
SUA
JIM

0 comments:

 

Lambaian-Islah. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc